February 9, 2011

Fikir dulu sebelum buat

Petang semalam selepas habis waktu kerja aku jumpa kawan lama.Kawan lama yang mendiamkan diri setelah sekian lama disebabkan terasa hati dengan perkara yang remeh temeh.Dengan sikap keras kepala dan ego yang tinggi perselisihan yang cuma sekecil kuman itu membiak menjadikan kami tidak bertegur sapa selama hampir setahun.

Malam sebelum itu tiba-tiba terima mesej dari kawan lama.Teruja sebab dia masih ingat aku walaupun hampir setahun mendiamkan diri.Paling teruja bila dia tak pernah delete nombor handset aku.Beria-ia ajak jumpa dengan alasan banyak yang mahu diceritakan bila sudah lama sangat tidak berjumpa dan berbual.Selepas dipertimbangkan aku bersetuju untuk berjumpa petang esoknya dengan niat mahu menjernihkan apa yang telah keruh.

Seperti biasa port paling dekat dengan rumah aku menjadi pilihan disebabkan sifat malas mahu mencari tempat yang tak tahu hala tuju atau lebih tepat takut sesat.Rupanya kawan lama bawa seorang kawan untuk join kami malam itu.Memang aku tidak diberitahu tapi baguslah..sekurang-kurangnya aku tidak kekok berdua.Sedang rancak berborak member kawan lama mula buka cerita tentang MLM.Even that thing disebut as akademi yang memang aku tak faham dan tak nak faham ape jadahnya hati dah semakin sakit.Sakit bila terfikir berjumpa untuk berbaik dan let everything go but yang jadi adalah sebaliknya.Tambah mengeruhkan bila mereka berdua masih tak sedar dan tak faham reaksi muka dan gelagat aku yang tak senang duduk dan mula mengeluarkan muncung sedepa tanda tak puas hati.

Sampai di rumah..dapat mesej dari kawan lama.

"Haa macamana?Terkejut tak saya bawa kawan akademi?"

Oh God apa jenis soalan 2??

"Terkejut sampai rasa nak tampar orang je" tapi as usual benda lain yang terfikir benda lain yang ditaip.

Aku sanjung niat dia untuk menolong aku yang memang tengah dilanda masalah kewangan yang teruk ini.Tapi cara dia mengenalkan bisnes itu salah.Tak kena pada masa dan tak kena dengan cara.Sebelum berniat untuk menolong atau menarik seseorang join bisnes yang kau masuk fikir dulu sesuai atau tak dengan keadaan orang itu.Niat untuk menjernihkan keadaan bertukar menjadi semakin keruh.
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers