December 29, 2010

My bad

Aku rasa berat hati nak keluar rumah pagi tadi bukan memang selalu ke berat hati tu?Berat je nak melangkah ke kereta.Jalan pun slow je dengan harapan lambatlah sikit nampak kereta.Tak perlu nak rushing-rushing macamkan kau ada share dalam company tu kan.Pesan umi sebelum melangkah keluar baca bismillah dan berdoa supaya tak ada apa-apa yang berlaku tapi selalunya memang tak la kan.Keluar rumah pun dah kelam kabut tambah dosa memaki lif yang slow sangat nak naik turun padahal sendiri yang saja melengahkan masa. T_T

Masuk dalam kereta jam dah tunjuk angka 9.15.Tak boleh jadi ni.Nak memecut terasa kecut..jalan Sentul pukul 9 pun kereta bergerak macam semut lagi jadi membebel je la sorang-sorang dalam kereta.Kelajuan meter 60km/h.Masuk simpang bandar baru sentul kelajuan diturunkan kepada 40km/h.Sampai satu simpang nak keluar dari bandar baru sentul menuju ke setapak seorang amoi cina tengah drive myvi se silver macam makan angin depan aku.Lenggang lenggok macam joyah pakai kebaya ketat masuk kampung sambil bimbit raga sayur.Jalan besar dah clear sehabis clear.Tak ada sebiji kereta pun lalu masa tu.Aku pandang depan sekali imbas dan terus toleh kanan untuk keluar ke jalan besar.Alih-alih amoi depan belum start jalan lagi.Dia masih diawang-awangan.Bang!Kuat jugalah kereta aku bergoyang menandakan kereta amoi kat depan dah selamat dilanggar gile lah kau letak mata kat lutut!Amoi tu dengan muka ketat keluar dari kereta kat tengah-tengah simpang tu juga untuk bersinsing lengan bertumbuk.Eh bukan..muka ketat untuk cari masalah dengan aku yang memang dah bermasalah dengan dia.

Aku dengan cuaknya tapi masih control muka angkat tangan dan bagi isyarat supaya dia berhenti di tepi jalan.Kalau tiba-tiba ada adegan tarik rambut tak lah malu sangat tepi jalan.Amoi tadi dengan bengangnya masuk dalam kereta dan bagi signal emergency.Sampai satu bus stop dia berhenti dan keluar sambil mulut mengomel-ngomel.Belek-belek depan kereta aku memang tak ada kecederaan apa-apa tapi bila toleh belakang kereta amoi tu aiyoo itu bumper belah kanan dah terkeluar dari landasan.Kuat juga kereta proton ni ye..jadi kepada sesiapa yang nak beli kereta proton janganlah ragu-ragu.Saya dah langgar kereta orang dan boleh lihat hasilnya sendiri hoi hoi kau boleh serius sikit tak?Amoi tadi dah mula bising-bising minta aku bayar cash.Cash?Jangan kata 200ringgit..20ringgit pun tak ada dalam wallet.Damn!Duit tak ada kredit tak ada bateri handset mati.Saat-saat cemas macam ni semua benda tak ada.Apa yang ada hati yang gundah gulana sahaja.Sempat call ofis sesaat dua untuk minta pertolongan.

"Im a beautician.I have 10 customer waiting for me in the office".

Cuak hilang timbul rasa nak bertumbuk pula."I'm a lawyer and my clients are waiting for me.I have some court case this morning and I'm late too.So can u please be patient and wait for my friends?They will come to see how much I have to pay to you.Is it difficult for you to keep quiet?" tapi tu semua hanya terluah dalam hati.Yang aku mampu buat cuma terkulat-kulat.

Beberapa minit menunggu budak ofis sampai.Amoi tadi tak sudah-sudah tarik muka.Aiyaa amoi..u beautician tapi muka u manyak masam wooo.Buruk benor.Kot ye pun marah kasi manis sikit laa

"Boleh cepat sikit tak?"

Amoi tadi mula menunjukkan kesamsengan.

"Akak..member saya cakap benda ni boleh ketuk je masuk dalam.Tak payah tukar satu bumper."

Dengan muka berlagak amoi tu jalan laju-laju menuju ke arah kami. 

"U tau ini bumper kos berapa?Satu ribu wooo"

Aku dah tak nak masuk campur.Duduk kat tepi sambil jadi pemerhati.Kepala dah terasa panas dengan perangai amoi tu.Kepala kasi letak kat lutut la amoi.Itu kalau bumper u tercabut memang la satu ribu.Tapi sekarang bumper u tak ada calar pun.Cuma terkeluar sikit.

Tak nak benda melarat lebih buruk aku hulur 300 macam yang amoi tu minta.Masuk kereta terus pecut ke ofis.Terasa ada beban berat dalam hati.Tiba-tiba air mata berguguran..laju.Dah tak peduli orang kiri kanan.Sepanjang perjalanan aku menangis.Bodohlah!Tiba-tiba kau menangis ni apasal?Macam-macam perasaan datang.Sebal geram sakit hati.Melayang 300 ringgit untuk benda tak berguna macam tu.Macamana boleh careless sangat?Tengah-tengah kegawatan ekonomi macam ni kau dah bazirkan 300 untuk amoi gila tadi.Bila orang langgar kereta aku sampai tinggal kesan dalam tak ada pun aku nak mengamuk.Try to be cool walaupun tahu siapa yang melanggar.Aku ada choice untuk kemek atau calarkan kereta yang langgar aku bila hari-hari kereta tu parking depan kereta aku tapi tak perlulah.Anggap je tak sengaja.Tapi bila aku langgar kereta orang dan-dan tu juga aku kena bambu.Ohh manusia memang menyakitkan hati.Terpaksa masuk ofis dengan mata yang bengkak. :'(

December 28, 2010

Happy Birthday Mr. Big Boss

Hari ni bangun awal dari kebiasaan.Jarang dapat semangat untuk bangun awal macam pagi ni.Kenapa bersemangat sangat pagi ni?..teng teng teng

"TODAY IS MY BIG BOSS BIRTHDAY"

Boss kau punya birthday tapi kenapa kau yang excited sangat?Ehem ehem adakah?Oh tidak tidak.Buangkan fikiran kotor dan jelek tu jauh-jauh ye.Mestilah aku excited nak jadikan celebration ni as a celebration yang tak boleh lupa dari staf-staf untuk bos yang hebat (ayat ampu minta gaji lebih) tapi memang takkan dapat naik gaji disebabkan kau bersusah payah nak celebrate je lainlah kalau kau buat kerja tip top da vaas kan.Bukan senang nak dapat bos yang memahami hati pekerja bawahan..yang jadikan pekerja bawahan sebagai kawan dan menghargai setiap apa yang dilakukan oleh pekerja-pekerja.Dapat cari?Satu dalam seribu rasanya.

Mata dah tak boleh tutup disebabkan excited sangat dengan apa yang nak jadi hari ni.Ambil keputusan untuk bangun dan cari pinggan mangkuk umi untuk dibawa ke ofis.Memandangkan ofis tak ada peralatan memasak periuk belanga jadi macam biasa pinggan mangkuk umi yang bersusun cantik dalam almari jadi mangsa.Pilih-pilih yang berkenan di hati dan sesuai untuk hidangan.Asingkan ke luar dan susun dalam beg dengan habuk-habuk tebal melekat atas pinggan.Memandangkan aku kena tempuh orang dalam lif dan bertembung dengan orang ramai yang sarat kat bawah sebelum berjaya bawa masuk pinggan-pinggan tu dalam kereta terpaksa keluarkan balik dari dalam beg dan basuh sebelum dipandang pelik atas bawah kerana bersikap pengotor.

Sampai ofis berlaku beberapa kejadian yang tak diingini tapi end up semuanya under control :D 11.15 pagi masing-masing dah bergerak untuk surprise party boss.Actually dah tak surprise sebab semalam aku dah inform dush dush kau ni memang kepoh kan.Have to lah kan kalau tak boss tak nak masuk memandangkan orang-orang iran kat luar tu lagi penting dari kami sob sob T_T.Time tu lah baru nak beli belon kek kfc pizza.Hoho orang melayu yang malas memang suka buat kerja last minit.Tapi kerja last minit tu la lebih membahagiakan =D bahagia lah sangat kalau kau semput berkejar ke sana ke mari kan.Dengan semangat berkobar-kobar dan kelajuan yang maksimum kitorang start decorate bilik bos.Kan bagus kalau time kerja pun ada semangat membuak-buak macam tu tapi tak mungkin selagi akaun facebook wujud (ecece salahkan facebook pulak).Pukul 1 tepat Mr. Big Boss masuk ofis.Bersusah payah kitorang tahan beliau kat luar sebab decoration tak siap lagi keje last minit yang membahagiakan kan?15 minit bos tak boleh masuk ofis sendiri berdiri di luar sambil ditemani oleh abang hensem whis is kawan bos yang begitu sporting.Tadi tolong aku angkat barang lepas tu sama-sama tiup belon..ecece.Ok stop berangan-angan.

Selesai semua urusan angkat mengangkat tiup meniup bos masuk sambil diiringi lagu 'hepi birthday'.Tiup lilin sambil make a wish.Wish lain tak penting just nak highlight kan satu wish yang terpenting 'tahun depan boleh dapat 6 bulan bonus'.Hoho lebih rajin untuk datang ofis lepas ni ^_^.Akhirnya selepas berhempas pulas seharian birthday party boss di ofis hari ni memang success.Kawan-kawan boss pun sangat sporting join kami orang bawahan ni celebrate birthday boss.The best part is bertentang mata dengan abang hensem pang ko jangan nak perasan lah!No no the best part is bila bos excited dan terharu dengan sambutan dari staf-staf beliau.We are happy together and enjoy the party even thought dibuat dalam ofis tanpa ada lagu-lagu sentimental sebagai iringan atau karpet merah sebagai pelapik kaki mr big bos atau lampu-lampu yang bergemerlapan bagai dalam restoran mewah.Akhirnya apa yang dirancang selama sebulan berjaya.Thanks a lot to everyone that make this party great especially to abang hensem kau jangan nak mengada la!I will never forget every single moment on that day.Love

December 27, 2010

Ceritera hujung minggu

Buka facebook hari ni ramai yang bercerita pasal bola semalam.Kehebatan Malaysia yang terbukti selepas sekian lama.Masuk ofis pun cerita pasal bola lagi.Lalu Shani cafe bawah pun hangat pasal bola lagi.Masing-masing gah bercerita pasal kejohanan semalam.Jadi aku tak nak bercerita pasal bola hari ni yang memang semua orang dah tau.

Ahad-
Pagi-pagi dah bangun bila terdengar suara kecoh jiran sebelah bertandang ke rumah nak pinjam tudung hitam.Kami sekeluarga memang rapat dengan jiran sebelah menyebelah.Harta mereka harta kami juga dan harta kami kadang-kadang je jadi harta mereka.Heh tipu je.Sharing is caring right bak kata nabil.Bangun terus kemas baju yang dah berlipat atas meja selama seminggu.Sebelum umi gegarkan bilik lebih baik buat tindakan bijak kemas segala benada yang bersepeh-sepah dalam bilik.Great bilik anak dara rupa tongkang pecah.Hoho tipu lagi T_T.Selesai kemas tilam bantal baju terus capai iron board dan mula menggosok baju untuk sebulan.Mood rajin datang hujung minggu.Gosok 2-3 helai berhenti untuk makan.Sambung lagi 2-3 helai berhenti lagi untuk makan.Ohh nafsu makan lebih hebat dari mood rajin
-_-".Baru habis gosok baju untuk 2 minggu akal dapat idea baru.Teringin nak pergi karaoke.Sambil iron baju sambil berfikir.Kira-kira cukup ke duit nak belanja 3 kepala lagi?Dalam wallet ada lagi 80 ringgit.Lepas fikir-fikir lantaklah apa nak jadi lepas ni.Nekad.Terus sms akmal yang tengah kerja lagi.

"Mal..nak pergi karaoke tak kejap lagi?"

"Ok set..ambil aku lepas kerja pukul 3"

Terus masukkan baju-baju yang tak siap bergosok lagi dalam almari.Hehe ada juga alasan untuk berhenti buat kerja hoh taktik kotor kebudak-budakan.Terus rajin nak mandi.Rupanya buat kerja dari pagi tak mandi lagi.Gile buruk perangai anak dara.Siap-siap angkut adik dengan akmal terus keluar bergerak ke e-box quality hotel (adik nama panggilan untuk adik bongsu aku akmal satu-satunya adik perempuan yang aku ada).Sampai e-box kelam kabut parking kereta sebab dah lambat 15 minit dari waktu asal.Rugi-rugi.Oh lupa nak bagitau waktu untuk 6 hours dah bertukar dari 3-9 jadi 4-9.See betapa lamanya aku tak jejak kaki ke karaoke sampai waktu bertukar pun aku tak tau jangan buat dosa ok yang lama tak jejak tu e-box tapi superstar ktv musix box sampai tinggal kesan tapak kaki kau selalu sangat masuk.Tapi tu semua orang belanja tak pe kot ^_^v

Macam orang tak pernah jumpa mic kitorang nyanyi.Suara kasi pecah dinding ke pecah tv ke pecah muka ke ada kami kesah?Bayar RM17.25 per person selama 5 jam rugi woo kalau disia-siakan.Keluar duit terakhir dalam wallet tuuuu nak lepas gian.Lepas ni boleh tolak kereta ramai-ramai ye adik-adik.Nak isi tank minyak 10 ringgit pun tak lepas T_T.Pukul 9 malam kitorang keluar dari pusat karaoke.Masuk kereta adik bersuara..

"Along jom pergi lepak mapley hartamas nak?Minum-minum dulu ke?"


Buat muka pura-pura terkejut dan tak percaya

"Makan kat rumah je lah..kesian umi sorang-sorang duduk rumah."

Yes dapat alasan terbaik untuk menyelamatkan duit.

"Alaa.." muka toya habis supaya aku kesian.

Erghh kena kuatkan semangat.Duit dalam wallet ada 10 ringgit je.Mana lepas nak lepak mapley.Hartamas pula tu.Makan untuk 3 orang mau kena 40 ringgit.Nafsu makan masing-masing boleh tahan macam buaya tembaga.Tak boleh tak boleh.

On the way dapat mesej.Tekan butang hijau untuk read perlu ke instruct satu-satu how to read your sms? Mesej dari umi..

"Hari ni bola..flat bising orang jerit-jerit..nak buka tv tak reti"


Sayunya~Untuk kepuasan diri sendiri aku sanggup tinggalkan umi sorang-sorang kat rumah.How bad ='(



December 24, 2010

DBKL vs Polis

Hari-hari asal masuk kereta nampak surat cinta dari pakcik DBKL atas wiper.Tapi hari-hari pun aku biarkan surat cinta tu lenjun kat cermin kereta.Esok sebelum pergi kerja baru aku buang surat cinta yang dah rupa kain buruk tu.Tapi bila balik kerja dapat surat baru lagi.Macam tu lah hari-hari pu pakcik DBKL tak jemu hantar surat cinta atas wiper kereta aku.Masuk hari Rabu lepas aku dah ada lebih kurang 10 surat saman parking DBKL.Itu kat kawasan ofis baru je belum campur kawasan ofis lama.Rasa-rasanya dah hampir 30 surat saman aku dapat.

Haiyaa Incik DBKL..mana saya mau parking wooo.Kereta banyak tapi parking tak ada.Semua orang pun terpaksa double parking sampai tepi jalan pun double parking lagi.Cuba toleh-toleh sekeliling berapa banyak bangunan ofis kat sini maa.Banyak kan kan kan??Jadi kat mana kami boleh parking kereta supaya tak kena saman Encik DBKL yang baik hati?Kadang-kadang sampai ofis lambat sikit parking double pun penuh.Sapa mau jawab encik?

Dulu masa kat ofis lama setiap kali DBKL datang mamak kedai bawah akan tekan loceng ofis inform kat kitorang.Memang berjasa mamak tu walaupun kitorang jarang order makan kat kedai beliau.Time tu barulah kitorang yang buat double parking kelam kabut turun bawa kereta round-round sekitar ofis.Lagipun time tu ofis tersangat lah rendah.Tingkat satu dengan senang hati kitorang turun.Bila van DBKL hilang kitorang akan parking balik kat tempat tu.Apa nak buat lagi?Takkan nak parking atas bumbung ofis?Macam ni kena beli aeroplane lah lepas ni kan.

Masuk ofis baru masalah yang sama juga.Parking sikit tapi kereta banyak.Yang tak ada moral parking berterabur sampai masuk lot parking sebelah.Terpaksalah kereta lain mengalah cari parking tempat lain.Selalunya aku akan park kereta betul-betul tepi corner ofis yang memang tak ada petak.Maka hari-hari lah aku dapat surat cinta dari abang DBKL.Kalau ada kedai mamak yang baik hati tekan loceng kat ofis pun aku akan fikir beribu kali untuk turun naik tangga.Dahlah tingkat 3..dapat pula tangga yang tinggi-tinggi.Rasa nak tercabut jantung bila sampai kat atas.Jadi macam biasa surat tu jadi kertas lap cermin je la.

Tengahari semalam kitorang satu ofis keluar lunch ramai-ramai.Bila sampai kat kereta ternampak satu kertas putih celah wiper.Memang dah agak akan dapat surat cinta lagi.Still buat tak tau sampai la aku tertoleh ke arah parking atas bukit.Oh my God!Kali ni bukan pakcik DBKL tapi pakcik polis dengan pakaian seragam biru tengah menulis sesuatu atas kertas sambil berdiri tegak ala-ala gaya berkawad depan kereta wira hitam.Hampir pitam.Maknanya kertas putih atas wiper dari pakcik polis.Cepat-cepat aku turun dari kereta.Ambil kertas putih atas wiper sambil pandang kiri kanan.Huh!Hilang ego aku terpaksa tebalkan muka kutip kertas putih yang biasanya jadi pengelap cermin kereta aku.Pakcik guard atas moto kat kaki lima tersengih-sengih.Dalam hati dia mesti cakap 'baru kau tau ye' T_T.Kertas putih tu aku tenung lama-lama belek depan belakang tapi tak ada amount untuk saman kali ni.Lipat elok-elok letak dalam dashboard.Dah ada satu saman polis untuk kereta yang baru setengah tahun.Tu belum campur speed trap masa memandu ke Kedah dengan Penang.Oh janganlah tambah lagi hutang nie T_T.Mana mau korek duit.

Ok sekarang tengok perbezaan saman DBKL dengan saman polis.

10 saman DBKL
1)boleh buat bodoh
2)tak ada rasa risau takut gerun ngeri dan sebagainya
3)siap boleh cakap ada aku kesah
4)hari-hari nak saman..saman je la.aku park lagi kat sini
5)boleh buat kertas pengelap cermin
6)boleh dijadikan kapal terbang mainan untuk main dengan adik-adik sedara
7)jadikan pembungkus karipap seketul
8)kertas conteng-conteng time emergency untuk catit no telefon atau map atau budget perjalanan
9)boleh dikoyak-koyak bila bergaduh dengan bf atau saat putus cinta
10)pengganti tisu kalau tak perasan tisu dah habis dalam kereta dan time tu nak batuk atau hingus meleleh

1 saman abang polis
1)seram sejuk
2)menggelabah tak tentu pasal.ehh tu berpasal lah..kena saman woo
3)tak lena tidur malam
4)fikiran bercelaru
5)berfikir mana nak korek duit untuk bayar segala saman sebelum tahun depan
6)jangan main-main wooo..takut
7)macamana nak buat roadtax tahun lepas??
8)habislah aku habislah aku
9)boleh kurang tak saman ni?tak ada duit ni
10)porak peranda la life lepas ni

Damn pakcik polis.Hang telah mengharu birukan hidup aku!Macamana nak bayar ni?Duit tinggal 10 ringgit dalam bank 1 ringgit dalam wallet 50 sen dalam kereta.Tahun depan nak bayar roadtax 2 ribu.Huwaaa =((

Alalalalatok alalalalatok jangan saman..tolong
Alalalalatok alalalalatok jangan saman..tolong la tok

December 23, 2010

Mimpi 'dia'

Pagi ni bangun dengan nafas yang sesak.Dah lah malam tadi tidur tak selesa.Bila sakit perempuan datang mulalah pinggang sakit..perut sakit..nafas sesak.Macam orang tua lama lah kau ni segala benda nak sakit alasan tak nak datang kerjalah tu kan.Aku datang kerja hari ni okey dengan muka yang kusut masai macam tak mandi pagi.Tak ade selera nak jumpa client hari ni.Oppss bukan aku tak ade selera nak jumpa client tapi sebenarnya client yang tak ada selera nak jumpa aku melihat keadaan aku yang macam makcik-makcik yang duduk kat kampung bangun pagi-pagi tak suka gosok gigi menyinggah rumah orang untuk bergosip T_T.Sangat menyedihkan.Pagi-pagi masuk ofis kawan sebelah hulur keropok ikan.Aku yang tak ada selera nak sarapan pagi tadi menyambar dengan rakusnya terus lupa yang keropok ikan tu kawan sebelah punya bukan aku yang punya (tiru tone jin dalam cerita ahmad albab) tak ada selera nak sarapan ye kak habis satu pinggan cekodok bilis kau bedal sampai umi kene goreng balik untuk orang lain.Ok stop cerita pasal sarapan dan makan sebab nafsu makan aku dah mula membuak-buak.Mau belum sempat pukul 1 aku dah berkejar-kejar pergi NZ berebut-rebut beli nasi campur dengan abang-abang macho yang rushing nak pergi solat jumaat.

Sebenarnya nak cerita pasal mimpi pagi tadi tapi intro pasal makan dah melibihi had.Pagi tadi lepas solat subuh (ok tipu dah sah-sah aku mention kat atas sakit perempuan kan -_-" aku tersedar masa ayah balik masjid) aku sambung tidur dalam bilik.Favourite place aku masa tidur depan tv.Senang nak tengok tv sampai pukul 3-4 pagi esok bangun mata macam panda tua gile buruk lah.Pukul 8 baru aku tersedar.Tapi still relax lagi tengok jam macam aku penganggur setia yang kerja memang duduk kat rumah je hari-hari.Imbas balik mimpi pelik yang menjelikkan selepas melelapkan mata pagi tadi.Masuk kali ni dah 2 kali aku mimpi pasal 'dia'.'Dia' yang menjelekkan..hoho perlu apa 'dia' sampai masuk dalam mimpi aku.Termenung, terpinga-pinga fikir macamana boleh tiba-tiba mimpi 'dia' yang dah lama terkubur dalam perut bumi.Huh!Pagi-pagi dah buat aku kusut dengan jelmaan 'dia'.


Apakah ini maksudnya aku masih merindui 'dia' atau masih mencintai 'dia' atau mungkin sekadar mengingati orang yang bertahun-tahun aku habiskan masa bersama.Hooyeh memang tak ada maknanya cinta dan rindu bagai

Oh tak mungkin tak mungkin aku kembali
Oh tak mungkin tak mungkin ku datang lagi
Cukup sudah kau menyakiti hatiku
Cukup sudah kau berdusta padaku
*Bersusah payah cari lirik lagu ni untuk menunjukkan perasaan sekarang.


Aku boleh ingat satu persatu mimpi aku pagi tadi.Oh apakah?Ehem 1 2 3 testing.'Sayang..maafkan saya.Saya bersalah pada awak.'Tut tut tut tut 'Oh tiada maaf bagimu.'Canggihlah mimpi mengikut kata hati.(tut tut adalah bunyi mesej masuk dalam mimpi aku cuma bersms je dengan makhluk asing kat sana tak perlu nak menghadap muka nanti mimpi jadi lain bertumbuk bertendang lebih ganas dan lebih 18SG).


Jangan cuba merayu lagi
Takkan ku ulangi bertemu dengan mu
Jangan cuba menggoda lagi
Takkan ku ulangi bercinta dengan mu
*lirik lagu Ramlah Ram memang sesuai untuk manusia yang berhati batu seperti aku


Dulu aku mungkin lembik bila senang-senang mengalirkan air mata untuk lelaki yang tak berguna.Senang ditolak dan ditarik bila perlu dah macam laci almari rasanya.Aku mungkin gila meroyan bila merana ditinggalkan lelaki yang tak betul.Aku mungkin bodoh bercinta dan setia pada orang yang tak sepatutnya selama bertahun-tahun.Aku mungkin stupid idiot bila sanggup berkorban segala-galanya demi kekasih hati yang tak mengenang jasa sedangkan umi dan ayah yang banyak berjasa aku biarkan ke tepi.Semua kenyataan di atas bukan 'mungkin' tapi 'memang'.Memang aku bodoh dan memang aku lembik.Tapi tu semua dulu.Dulu yang dah menjadi bukti sejarah kesilapan gila yang pernah aku lakukan sampai memakan diri sendiri.


Kesilapan gila tu menukarkan hati yang dulu selembut baldu menjadi sekeras batu kelikir.Kesilapan tu juga menjadikan aku seorang yang lebih matang,kuat dan tabah.Alhamdulillah kerana kesilapan tu aku lebih dekat dengan keluarga yang banyak memberi dorongan di saat terjatuhnya aku.Dan mimpi pagi tadi tak mencacatkan life aku hari ni.Itu maknanya 'dia' dah tiada nilai untuk aku.Wow!Cayalah sama kamu..lepas ni boleh cepat-cepat cari calon suami (,") 

December 22, 2010

A great holiday

Memang best bila dapat bercuti satu keluarga.Minggu lepas aku bawa ayah, ummi dan adik-adik pergi bercuti ke Kedah dan Pulau Pinang.Tapi tertinggal seorang adik yang hensem (bodek untuk mengambil hati supaya tiada yang terluka dalam cerita ini) Aizuddin diberi nama yang tak dapat pulang kerana terpaksa menghabiskan sisa-sisa paper yang tinggal.Tak apa next time kita lengkapkan group 7 orang holiday kat Bukit Tinggi pula ye (oh terpaksa ikat perut lagi T_T).Plan sebenar untuk bermalam di Penang 2 hari dan Cameron 1 hari.Nama Kedah langsung tak termasuk dalam senarai.Kemudian plan diubah haisshh banyak sungguh ubah plan bila mau pigi macamnni 2 hari di Penang dan singgah sebentar tanpa bermalam di Cameron untuk menjimatkan kos bilik (memang memahami ayah ni ^_^).Setelah kata sepakat dipersetujui plan berubah untuk kali ke-3.Hoho memang tak boleh jadi leader yang baik aku ni plan tunggang langgang.Memandangkan kawan ayah akan berkahwin di Pokok Sena,Kedah (ayah saya berkawan dengan muda-mudi ya) ayah plan untuk bermalam di Kedah 1 malam dan Penang 2 malam.Cameron dah dibuang dari list akibat kesuntukan masa.

Kami bertolak dari Kuala Lumpur pada hari Sabtu seawal jam 7.30 pagi.Sepanjang perjalan suasana dalam kereta riuh rendah dengan suara adik-adik tapi macam biasalah sampai separuh jalan masing-masing senyap sunyi melayan taik mata.Tinggal la aku terkulat-kulat paksa buka mata supaya tak tertidur sebab nak teman ayah yang tengah drive sorang-sorang.First time pergi Kedah teruja nampak sawah padi sepanjang jalan."Haa sini ada..kat sini pun ada..sini lagi cantik..sini pun cantiknya".Lihat betapa teruja dan jakunnya kami ibarat lembu masuk bandar.Eh betul ke peribahasa tu?Kalau boleh nak lekatkan muka kat cermin kereta atau keluarkan kepala sambil melambai-lambai ke arah sawah tapi bila memikirkan kemungkinan kereta kami dikejar sebab orang ingat kami diculik atau hilang kepala hasrat tu dibatalkan.Sampai kota Alor Setar..berpusing-pusing cari hotel Royale.Terpaksa berhenti tepi bus stop untuk tanya pada abang jual kacang.Bila jumpa hotel Royale..wow teruja sekali lagi.Hotel 3 bintang yang murah tapi elegant.Nampak macam English building.Masuk bilik sekali lagi teruja bila lihat keadaan bilik yang besar..selesa..bilik mandi yang luas.Aku cuma perlu bayar RM138 untuk 2 katil besar.Murahkan?Golek-golek atas katil sementara tunggu turn untuk mandi sebab masing-masing berebut tak nak mandi.Lepas asar kami gerak dari bilik hotel menuju ke Pekan Rabu.pekan Rabu tak ubah seperti Pasar Payang kat Terengganu.Sebelum sampai Alor Setar kawan ofis suggest aku untuk pergi makan di Pekan Rabu dan aku dengan bodoh-bodohnya jawab 'laa..hari rabu je la buka ye'.Sangat memalukan T_T Makan di medan selera Pekan Rabu..makanan dan servis memang tip top.Tak payah nak tunggu sampai berpuluh-puluh minit.Order pejam celik terus hidang depan mata.

Habis makan kami dah tak ada hala tuju nak pergi memandangkan first time sampai Alor Setar dan masing-masing memang tak plan nak pergi mana-mana.Ayah mencadangkan kami pergi ke Kuala Kedah.Tujuan utama nak merasa laksa marvelous kat Kuala Kedah.Tapi bila dah berpusing dekat sejam dalam kereta untuk mencari gerai laksa hati mula bosan.Kami singgah di Kota Lama untuk bergambar.Sebelum pulang ke hotel kami singgah pasar malam yang paling kecil pernah kami jumpa.Adalah dalam 10 gerai je kat sana.Sangat tak bernafsu untuk beli apa-apa walaupun kat tangan dah ada satu plastik besar jagung rebus.Hati memberontak nak rasa laksa kedah..mesej kawan yang tinggal kat Alor Setar.

'Hang tau dak mana laksa yang best kat sini'

'Hang pi cari kat belah sana.Nanti jumpa la kedai tepi jalan.Selalu ramai orang' 
-minta maaf di atas kelembapan sendiri aku dah lupa nama tempat laksa best tu

Dalam perjalanan pulang jumpa kedai yang dimaksudkan.Memang ramai orang.

'Kak bagi laksa bungkus 5 peket'

'Laksa bungkuih tak dak..makan ada'

Terpinga-pinga mendengar jawapan akak kedai tu..aku pun beredar.Dalam otak still berfikir apa maksudnya bungkus habis makan ada.Dalam hati nak menjawab 'awat hang tak bungkuih sekali ngan warung-warung hang' tapi sebab negeri orang maka jagalah adab dan tingkah laku.Akibat frust tak dapat makan laksa kami singgah warung yang dekat dengan hotel.Kebetulan masa tu game bola tengah berlangsung apa lawan apa aku tak ambil tahu tapi memang bingitlah warung tu.Makanan kat situ pun tak kurang hebatnya.Murah pulak tu!Makan 6 orang nasi ayam dan air plus sate tak sampai RM50 pun habis.Memang kedah jadi destinasi budget aku tahun depan.

Esoknya kami dah mula packing untuk bertolak ke Pulau Pinang.Pening kepala dengar adik-adik bercakap loghat Penang.Mesti ada tambahan I di tengah perkataan dan Q di belakang.Bukan bunyi orang penang bercakap tapi lebih kepada orang asli.Memang berbakat adik-adik aku.Kami menginap di homestay Palm Apartment Batu Feringghi.Homestay ni pun murah je.RM150 satu malam untuk 3 bilik lengkap dengan alatan memasak.Niat untuk makan laksa diteruskan lagi malam tu.Satu Penang kami pusing tapi tak jumpa-jumpa. Singgah medan selera famous tepi bulatan jalan gurney ternampak satu gerai pasembor mamak.Tukang potong pasembor menari-nari sambil potong satu-persatu bahan-bahan dalam gerak perlahan.Selesai potong semua bahan-bahan kuah kacang ditarik dalam pinggan sambil bergelek.Hoh!Ni baru pasembor tarik.Cayalah sama lu mamak.Tak ada apa yang menarik kat Penang sebab kami banyak melepak berehat atas katil empuk sambil tengok tv.

Entry ni memang panjang.Next time aku boleh terbitkan novel bertajuk 'Percutianku bersama keluarga'.Sumpah macam karangan time sekolah ayat-ayat aku!

December 3, 2010

Menipu untuk kepentingan diri sendiri

Tajuk hampir sama macam entry sebelum nie.Sebenarnya entry sebelum nie diberi tajuk "menipu untuk menjaga hati orang lain VS menipu untuk kepentingan diri sendiri" tapi memandangkan ulasan untuk menipu untuk menjaga diri sendiri je dah berjela-jela sampai tak cukup page untuk cerita terpaksalah di asingkan menjadi dua entry.Tengok!Bagi penjelasan pun dah sampai suku page -_-" Apa benda lah kau merepek nie!

Cerita 1 -
Munah dengan Minah incharge fail yang sama.Tapi Munah handle file tu dulu sebelum Minah yang baru masuk beberapa bulan.Bila Minah tanya info tentang fail Munah akan cakap tak tau walaupun sebenarnya dia tau.Tapi mungkin sebab rasa sakit hati dan tak puas hati Munah terhadap Minah..Munah melancarkan perang secara senyap dan tak nak involve apa-apa pasal Minah.Satu hari client datang ofis dan serang Minah sebab ada beberapa perkara yang dah salah.Munah dengan tiba-tiba rela hati nak attend client yang dah dirasuk tu sendiri tanpa Minah.Tapi Minah nie bijak masuk juga dalam bilik meeting dengan Munah.Monah,Mimik dan Momok dah berdebar-debar bila dengar suara tegang client macam nak runtuhkan satu bangunan.Client balik Munah ngan Minah pun keluar dari meeting room.Munah muka memang dah tak boleh blah..kelat tegang pucat tapi Minah sangat cool.Siap boleh borak senyum gelak-gelak.Tak lama lepas tu Munah menangis.Jadi Monah dan Mimik yang sangat prihatin ajak lah Munah turun tenangkan fikiran.Munah pun cerita lah dari A sampai Z tentang kejadian di bilik meeting.A sampai Z totally Minah yang salah sebab careless dan tak nak cek betul-betul kerja yang dibuat.Monah dan Mimik yang prihatin pun jadi agak geram dengan Minah sebab boleh buat muka selambe badak je macam tak ada apa-apa yang terjadi.Sampai lah satu hari officemate yang prihatin minum kopi dengan Minah.Terbongkarlah cerita sebenar pada hari malang client menyerang ofis.Minah dah cari pasal dengan client sampai client bertukar menjadi incredible hulk.OMG!Cerita Munah dengan Minah memang lain.Sanggup Munah tipu Monah dan Mimik sampai diorang percaya bulat-bulat dan salahkan Minah dengan apa yang jadi.The worst thing is Munah dengan Monah dan Mimik sangat rapat..kawan laga pipi.How dare her >.<

Cerita 2 -
Pagi-pagi ofis dah kecoh.Ingatkan ada apa-apa kejadian ngeri atau dasyat tapi rupanya topik perbualan adalah pantry yang kosong tanpa makanan.Memang nafsu gorilla lah masing-masing T_T Maka tanggungjawab yang berat tu diberi kepada Joyah yang ternyata paling kuat makan sebab dia lah yang selalunya yang menghabiskan makanan yang ada.Salah seorang dalam ofis iaitu Gayah terus-terusan buat kerja tanpa mengendahkan kekecohan yang berlaku.Tak tau lah betul-betul tekun buat kerja atau cover line untuk pasang telinga.Bila kekecohan dah reda dan masing-masing dah sepakat minta Joyah belikan barang-barang yang perlu mereka pun bersurai.Gayah yang dari tadi tekun buat kerja terus masuk bilik big bos dan keluar balik dengan muka berseri-seri.Tak semena-mena dia bersuara "siapa yang nak ikut Joyah pergi beli barang pantry?Big bos bagi seratus untuk beli barang".Suasana dalam ofis senyap macam kena langgar garuda tanpa seorang pun bagi respon pada Gayah sebab masing-masing terkejut dengan statement yang baru keluar dari mulut Gayah.Ok kalau dah big bos punya arahan siapa boleh bantah.Semua pun buat tak tau sampailah ke sudah.Selang beberapa hari lepas tu Gayah claim seratus untuk barang pantry.OMG!Apa yang jadi dengan statement sebelum nie?What is she trying to do?Joyah and the geng terus diam seribu bahasa.Dalam hati ada taman bunga taik ayam...sudah lekat wooo itu bau.Aiiyoooo ~.~

Cerita 3 -
Benten adalah orang yang disayangi dan dihormati dalam ofis.Disebabkan Benten disenangi oleh semua orang maka Girlie,Patrick,Sponge dan Garfield yang penyayang pun rancanglah nak buat surprise party untuk hari jadi Benten.Dora yang memang bermusuhan dengan Benten adalah orang terakhir yang diberitahu memandangkan yang lain keep thinking Dora akan bersetuju atau tak dengan cadangan tu.Dora dengan muka yang berpura-pura terpaksa bersetuju memandangkan yang lain dah buat kata sepakat berpadu teguh bercerai bawak haluan masing-masing roboh.Tibalah saat-saat yang ditunggu masing-masing sangat excited untuk surprise party malam nanti.Dalam keributan mesyuarat tingkap tu Girlie dengan lantangnya bersuara "i harap tak ada siapa yang wish Benten birthday dia hari ni sebab kita kan nak buat surprise party for her tonight" dan dengan muka selamber Dora bersuara "alamak!i dah wish lah semalam.sebenarnya tak ada niat untuk wish tapi kebetulan nak tanya pasal kerja jadi lepas tu reminder bunyi tengok-tengok Dora punya birthday teruslah wish sekali".OMG!Workaholic sampai tanya pasal kerja tengah-tengah malam?Hello aci..kasi alasan munasabah yang sesuai denan pendengaran orang-orang dewasa yang matang dan tau berfikirlah.Janganlah bagi alasan untuk budak-budak tadika walaupun tengah terdesak..aiyayayaya

Dear..tak salah untuk mengaku kesilapan dan kesalahan diri sendiri.Tak ada siapa pun yang perfect kat dunia ni.Semua orang buat salah jadi janganlah malu untuk tundukkan sedikit ego mengaku kesalahan diri sendiri.Kalau terpaksa berdepan dengan pandangan sinis atau kemarahan orang lain pun tu semua sementara je.Bila kata maaf terucap reda lah hati masing-masing.Tak perlu nak memburukkan dan menjatuhkan orang lain untuk kepentingan diri sendiri.Kalau kau berjaya menyelamatkan diri sendiri dengan menipu hari ini belum tentu kau akan terselamat esok sebab setiap penipuan tu pasti akan terbongkar.

December 2, 2010

Menipu untuk jaga hati orang lain

Perlu ke ade statement macam nie?Boleh terima tak wujudnya pembohongan bila kita tak nak seseorang marah atau terluka atau sakit hati atau terasa?Tapi bila pembohongan tu diketahui bukan ke lebih menyakitkan?Ada tak choice lain selain dari membohong contohnya dengan berterus terang.Tapi boleh ke orang yang mendengar terima apa yang didengar?Banyak persoalan bermain pagi ni bila TERbaca satu status rakan facebook.Terfikir-fikir kesalahan sendiri yang dah banyak kali menipu untuk menjaga hati orang lain.

Situasi 1 - Parking kereta jauh-jauh dari ofis supaya si dia tak akan nampak
"hari ni aku tak bawa kereta..naik teksi datang ofis"
tapi situasi sebenar 
"macamana aku nak cakap tak boleh hantar dia hari-hari balik rumah lepas nie..kalau hantar dia tak boleh ambil adik-adik dari keje..balik rumah pun lambat"
kan senang kalau 
"lepas nie aku tak boleh nak hantar kau hari-hari sebab aku ada tanggungjawab lain yang lebih penting"

Situasi 2 - Plan untuk pergi tempat lain-lain masa lunch supaya si dia tak ikut sekali
"aku nak pergi bawah je..si A nak pergi jaya jusco..si B nak pergi makan dengan boyfriend"
tapi situasi sebenar
"kita nak plan macamana supaya si dia ni tak ikut sekali.memang tak ada mood kalau si dia ni ada.tak suka kot tengok muka dia"
kan senang kalau
blah je buat tak tahu..kalau dia tanya cakap xpayah sebuk-sebuk

Situasi 3 - Fikir macam-macam excuse untuk tak ambil si dia dari rumah bila ada apa-apa function.Biarlah si dia berusaha sikit untuk pergi ke rumah kami dan kami boleh gerak sama-sama
"rasanya aku tak balik rumah..tunggu sini sampai malam nanti terus gerak dari sini"
tapi situasi sebenar
"macam puteri pulak nak berjemput berhantar depan rumah setiap kali ada apa-apa majlis..tak boleh ke nak jumpa kat mana-mana"
kan senang kalau
"kau datang rumah aku..kita gerak sekali"

Situasi-situasi di atas terjadi bila si dia tak faham orang sekeliling dah tak suka dengan perangai dan sikap dia dan si pencerita tak reti nak berterus terang dengan alasan tak sampai hati nak bagitau walau dalam hati ada rasa marah yang membeku dan beban yang tak tertanggung.Maka terpaksa kumpul dosa hari-hari demi orang yang tak penting pun T_T

November 26, 2010

Tak boleh berjauhan

I really miss my ummi yang banyak sangat cakap dengan kami adik beradik.Gantikan 'leter' dengan 'cakap' untuk penggunaan bahasa yang lebih sedap didengar.Kalau ummi baca entry ni harus aku dicop sebagai anak kurang adab.Tapi ummi memang banyak sangat celoteh dengan kami.Kali ni betul-betul celoteh yang celoteh ada yang makan penampar pulak ulang-ulang banyak kali perkataan celoteh tu ribut betul.Ummi suka loyar buruk membuatkan rumah tu tak lekang dengan gelak ketawa.

Rindu dengan ayah yang lebih banyak diam dari bersuara tapi bila buka cerita P.Ramlee gelak tak ingat orang depan belakang.Bila bersoal jawab dengan adik dan ummi selalu keluar jawapan yang tak munasabah sambil buat muka selambe.Adik dah buat muka tak puas hati..ummi dengan senyum kambing tanda protes..ayah masih control senyum dan kami dah gelak guling-guling dalam bilik.Riuh lagi rumah kami.

Aku rindu adik aku yang penyayang walaupun kadang-kadang menaikkan darah kami yang ada kat rumah dengan perangai tak makan saman.Adik je yang akan letakkan bantal bawah kepala dan selimutkan aku bila aku tidur depan tv sorang-sorang sebab layan cerita sundal bolong setiap malam dan akhirnya sundal bolong tu yang terpinga-pinga tengok aku.Adik je yang suka menyanyi-nyanyi dalam bilik air dan bila keluar sebuk-sebuk tanya "sedap tak suara mirul" -_-" Tak tahan nak layan kerenah dia tapi sunyi bila berjauhan.

Rindu nak dengar riuh rendah suara adik dan akmal bergaduh.Rindu nak berpakat dengan akmal mengusik adik sampai dia menjerit macamkan budak perempuan tak cukup umur.Sentiasa risau macamana akmal pergi balik kerja sebab tu semua tugas aku.Tak sampai hati bila fikir adik perempuan berjalan sorang-sorang pergi kerja pagi-pagi..bersusah payah lintas jalan..penat balik kerja tapi terpaksa menapak sebab aku tak ada.

Baru 4 hari tapi aku rasa macam tak sanggup nak teruskan lagi.Bila fikir pasal ummi..siapa yang temankan ummi kat rumah..siapa yang hantar ummi pergi pasar..terasa nak sentiasa ada dengan ummi.Aku bukan anak manja yang tak reti berdikari tapi bila dah sentiasa berjauhan dengan keluarga sampai satu tahap peningkatan usia macam aku terasa nak habiskan kehidupan bujang ni dengan berbakti pada keluarga.

November 22, 2010

Jaga tepi kain sendiri

Entry tak puas hati dengan sikap segelintir manusia zaman sekarang.Suka jaga tepi kain orang lain sedangkan tepi kain sendiri dah rabak tak boleh nak dijahit lagi.Tapi sebuk juga kau nak menempel tepi kain orang lain macam kan kau dah tak ade kerja lain nak buat.Macam haram.

Benda-benda nie selalu terjadi dalam ofis yang ramai orang.Kalau tak ramai orang pun boleh jadi juga bila ade perasaan tak puas hati sesama sendiri.Busuk hati..iri hati semua yang berkenaan dengan hati yang tak berapa nak elok.Patut dalam satu komuniti tak perlu ada perasaan yang tak elok.Dia punya kerja dia patut tahu..kalau dah tak buat tu dia sendiri akan tanggung.Tak perlu kau nak menyampai-nyampai dia tak buat itu tak buat ini.Nak jadi kaki kipas pun tak perlu sampai jatuhkan orang sekeliling kau.Kau punya hal kau punya pasal lah kan.

Satu hari bos panggil si A tanya kenapa awak tak puas hati dengan saya padahal sebelum nie si A tak pernah pun tunjukkan apa-apa rasa tak puas hati kepada si A apa lagi untuk bersikap kurang ajar dan tak sopan dengan majikan sendiri.Sampai rakan sekerja pun tak tau si A nie tak puas hati dengan majikan mereka.Betapa pandainya si A sembunyikan perasaan tak puas hati tu.Yang tau cuma si B iaitu rakan sekerja si A yang tak berapa baik dengan semua orang bila dia sendiri secara tak sengaja terdengar luahan si A.And the best part is bila si B mengadu dengan bos pasal si A.Macam kau bagus-bagus sangat nak mengadu pasal orang lain dengan bos.

Perlu ke ada mengadu domba sesama pekerja?Masing-masing makan gaji maaa..kau buat kerja kau aku buat kerja aku.Cukup bulan sama-sama dapat gaji.Kalau kau jadi mata-mata tak bertauliah pun tak ada maknanya cukup bulan kau dapat bmw sport sebiji sebagai upah.Eloklah kumpul dosa banyak-banyak untuk bekalan akhirat kau.

November 16, 2010

Penat jadi orang baik

Tajuk memang nak gempak konon macam bagus-bagus je.Aku tak ade lah baik pon walaupun orang cakap aku baik (,") ngeh3.Ok sebenarnya situasi yang menyebabkan orang cakap aku baik bila ada kawan-kawan yang minta tolong dan aku tak pernah menolak walau macamana pon keadaan aku masa tu.Kalau orang ajak aku teman pergi somewhere dan masa tu aku kat luar aku tetap akan cakap aku tak ade apa-apa nak buat pada hari tu dan dengan kelam kabutnya aku akan rushing balik jumpa kawan aku tu untuk temankan dia.Baik ke stupid tu? T_T

Bila ada officemate yang kena balik rumah naik cab sorang-sorang even masa tu petang terang benderang taxi stand memang ramai orang confirm tak akan ada orang berani nak rompak dia tapi dengan baik hatinya aku pelawa untuk hantar dia balik walaupun jalan ke rumah dia bertentangan dari jalan ke rumah aku.Dah lah kene masuk ke dalam redah jem depan sekolah 3 kali traffic light pon tak lepas lagi nak masuk simpang kanan tambah pulak aku nak kena u-turn balik untuk balik ke rumah aku.Bila sekali dah tolong hantar officemate pon dengan lagak manja macam mintak pelempang berharap aku akan hantar hari-hari.Memang banyak sangat lemak tapi aku boleh senyum dan cakap ok walau dalam hati mendidih macam megi kari baru angkat dari dapur.Dan hari-hari pon aku akan maniskan muka untuk hantar dia balik dulu sebelum aku boleh balik ke rumah.Kerja gila ke tak tu???

Kawan-kawan tengah kering call mesej mintak tolong dengan aku.Dalam purse ada beberapa ringgit.Dalam bank ada la juta-juta.Ok yang tu memang tipu sebab aku memang bukan jenis orang yang suka berjimat cermat apatah lagi mengamalkan sikap menabung.Dalam bank tinggal beberapa ratus.Hari ni baru 4 hari dapat gaji.Ada lagi 26 hari untuk survive isi minyak dan dalam bank tu la duit standby sampai hujung bulan walaupun biasanya memang takkan sempat hujung bulan duit dalam bank tu bertahan.Aku korek kasi habis bagi lah pada sapa-sapa yang nak pinjam tu.Tinggalkan aku dua tiga kupang.End of the day aku akan korek-korek syiling yang berterabur dalam kereta..bawah katil..tepi almari.Biar aku susah jangan orang lain susah.Patut ke macam tu?

Perlu ke ade kesusahan macam ni untuk gembirakan hati orang sekeliling?Perlu ke ada rasa simpati yang melampau pada orang sekeliling dan akhirnya bila kau susah orang lain takkan pandang kau pon.Penat jadi orang yang ada hati rapuh.Semua orang akan datang time diorang susah dan hilang bila senang.Tinggallah kau sorang-sorang tanggung kesusahan sendiri.Time kau susah belum tentu diorang akan ingat apa kebaikan yang kau dah buat dulu.Jadi nak buat baik pon kena berpada-pada.Jangan sampai kau di bodoh-bodohkan mereka yang suka ambil kesempatan.

November 11, 2010

Hipokrit

Ape sebenarnya maksud hipokrit?Aku sangat suka guna perkataan nie masa di awal-awal remaja dulu. Adakah ini bermaksud aku menginjak usia tua atau lebih sopan warga emas? T_T Bukan tua cuma semakin dewasa dan matang dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang penuh dengan onak dan ranjau yang berduri. Tolong fokus sebelum aku bertukar jadi ultraman like karangn budak darjah 4 tahun 2007.Memang gempak orang-orang sekeliling yang boleh bertukar menjadi ultraman dan transfomer bila tengah marah.Berbalik pada tajuk di atas hipokrit nie selalu orang guna bila seseorang yang berpura-pura dan cover habislah perangai buruk diorang depan orang yang diorang sayang.Tak semestinya yang tersayang tapi kebanyakannya macam tu lah kan.Tak kan dengan jiran sebelah atau mamat-mamat tepi jalan yang kau tak tau asal usul dan kau tak teringin pon nak jeling inikan pulak nak jatuh hati pon kau still nak cover2 ayu budget cun kan.Tu dah tahap sengal badak.Semestinya lah kite akan cover cun habis depan orang yang kita suka.Betul tak?

Pertama kali aku wujudkan facebook untuk ummi semua kawan-kawan sekolah add ummi. Tak kira tua muda yang dah pencen tak terkecuali.Memang moden cikgu-cikgu dan warga-warga emas zaman sekarang.Bila dah semua kawan-kawan ummi ada semestinya lah aku akan perasan diorang akan view page aku walaupun hakikatnya TIDAK. Otomatik aku buang semua post dan gambar-gambar yang aku rasa akan jadi buah mulut dan buah fikiran kawan-kawan ummi especially gambar berfoya-foya aku bersama kawan-kawan di night club karaoke.Aku tak nak ada yang berteka-teki 'ini ke anak ustazah khatijah' atau 'teruknya..ustazah tak marah ke keluar malam-malam macam nie' dan spekulasi yang bermacam-macam lagi. Kenapa aku cuma segan dengan kawan-kawan ummi je?Sebab ummi ustazah dan aku rasa aku perlu jaga nama baik ummi.Takkan sebab aku sorang ummi pon buruk sama-sama.Aku terpaksa bersikap hipokrit demi nama baik keluarga.

Bila keluar dengan ummi dan ayah aku akan berpakaian sangat sopan.Semua nak longgar..labuh.Tapi cuma dengan ummi dan ayah.Bila dengan kawan-kawan baju aku macam tak cukup inci.Kalau boleh nak cari baju kat bahagian kanak-kanak saiz 3-4 tahun.Ok tu memang boleh masuk takat kepala aku je.Aku segan bila orang sekeliling pandang semacam dan mula bermonolog sendiri 'mak pakai jubah tudung labuh..ayah janggut panjang tapi baju anak macam barut nangka'.Memang lah orang yang terkena akan cakap kau peduli apa..aku susahkan kau ke..ade mintak duit kau ke..buat ape nak dengar cakap orang asal kita happy cukup lah.Tapi happy ke kau bila orang mengaitkan mak ayah kau yang cukup baik dengan perangai buruk dan tak senonoh kau?Happy ke kau bila mak dan ayah kau tertunduk malu disebabkan cercaan 'mak ayah tak pandai tegur anak macam tu la jadinya'?Aku terpaksa hipokrit untuk membuatkan ayah dan ummi tersenyum puas.

Dulu masa hati tengah memberontak perangai tengah menggila aku selalu keluar malam.Keluar hampir tengah malam dan balik awal pagi.Time semua orang dah tidur nyenyak masa tu lah aku keluar.Beberapa jam lagi nak azan subuh baru aku teringat nak balik.Kemaruk dengan karaoke walaupun suara tahap panggil ribut petir.Tutup pusat karaoke sambung lepak kat kedai mamak solaris makan indomee cerita-cerita pasal hantu pontianak pocong lepas tu semua takut nak balik pukul 3 pagi terpaksalah lepak sampai 4 pagi untuk bagi laluan kat hantu-hantu tu dulu walaupun sebenarnya hantu-hantu tu akan lebih takut dengan kitorang -_-" Bila mata masing-masing dah tak boleh nak angkat barulah teringat bantal tilam kat rumah.Selalunya aku akan suruh kawan aku berhentikan aku jauh dari rumah.Aku rela berjalan kaki sorang-sorang daripada turun bawah rumah sambil mata meliar takut ada jiran-jiran nampak kacang hantu baru balik.Anak dara pakai tudung jalan sorang-sorang tengah pagi buta memang sangat tak sopan bila orang nampak.Dalam otak cuma terfikir satu kalau orang nampak malunya ummi ngan ayah.Disebabkan ummi ustazah sekolah depan rumah dan ayah imam surau sebelah rumah maka semua orang pun kenal otomatik aku pon dikenali ramai.Apa je yang aku buat kene fikir ummi dengan ayah dulu. Walaupun tau apa aku buat tu salah tapi tetap nak tunjuk keras kepala konon nak merawat hati -_-" Baca quran kat rumah pon lagi tenang hati rasanya..dosa pon kurang..pahala lagi dapat.

Babak-babak penuh kepuraan di atas boleh dipanggil hipokrit tak?Kalau memang tu lah makna sebenar hipokrit..memang hari-hari pon aku hipokrit.Bagi aku hipokrit tu perlu dalam life aku bila aku terpaksa berdepan dengan orang-orang yang kenal mak ayah aku dan menganggap aku pon sebaik mak ayah aku.Ada niat nak berubah cuma hati sentiasa tergoda dengan bisikan-bisikan syaitan T_T

November 3, 2010

Piala Malaysia

Ahad lepas aku tengok siaran langsung Piala Malaysia secara kebetulan.Aku memang tak minat dengan bola sampai kenapa ade game hari tu pon aku tak tau dan tibe-tibe dengan penuh confident tanya nie piala dunia ke walhal dah terang-terang negeri sembilan lawan kelantan mana datangnya piala dunia -_-" Betapa tak minat dan tak ambil port nye aku tentang bola.Walau sekacak mana pon pemain tu berapa ramai pon peminat kau..aku tetap tak kenal kau ^_^ Tapi kebetulan hari tu adik-adik lelaki aku yang memang sentiasa bekerjasama untuk menjatuhkan aku dah bertarik-tarik rambut bertumbuk berebut remote jadi terpaksa juga aku mengalah dan buat-buat fokus jugak lah tengok game yang terpampang dalam tv tu walau hati dan mata sama laju mengira bila nak tamat separuh masa terakhir. Betul ke ade separuh masa terakhir ni?Abaikan..

Makin lama makin aku bagi tumpuan sepenuhnya.Sangat kusyuk sampai adik-adik aku gelak pasal ape pon aku tak tau dan lepas diorang habis gelak baru aku sambung gelak yang tak tau ujung pangkal cerita tapi terasa nak tumpang gelak.Ok..aku memang selalu ketinggalan keretapi T_T Tapi apa yang aku fokus sangat bukan disebabkan ke mana bola tu pergi atau pihak mana yang dah tawan bola tu tawan sangat skema sebab aku sendiri pon memang tak kenal sape yang main malam tu tapi apa yang berlaku di luar padang. First time aku tengok piala malaysia walaupun tiap-tiap tahun pon akan ade game nie dan aku memang tak tau keadaan game-game sebelum nie.Aku akan tau keadaan dalam padang esoknya lepas keluar dalam paper.Itupun kalau berita tu keluar muka depan dan jadi tajuk utama.Kalau tak memang aku tak ambil tau.Tapi kali nie bila mata sendiri dah saksikan keadaan dalam padang walaupun cuma menonton melalui televisyen baru aku faham kenapa akan ade kekecohan setiap kali  final game.

Sampah sarap bersepah-sepah luar padang.Pemain pulak yang kene kutip botol-botol yang bersepah sebelum boleh pass bola.Erghh sangat memalukan!Pemandangan dalam stadium elok sikit jer dari tempat pembuangan sampah kat Selayang tapi dah sama macam tempat buang sampah bawah rumah aku!Tak ade ke perasaan malu peminat-peminat fanatik tu?Kalau pon fanatik sangat tapi jangan la tunjuk sikap kurang sopan tu sampai menyusahkan orang lain termasuk la pemain sendiri.Tak pasal-pasal kene kutip sampah kau yang dah masuk dalam padang.Tak ke mengganggu namanya tu.Siap bakar mercun pulak tu.Aii memang memalukan.Sebab kau sorang..tak kire la sorang ke 2 3 orang ke tapi habis satu negeri dapat nama busuk.Puncanya dari kau yang buat apa-apa tak gunakan akal yang waras.Bila menang kau senyap la kan..bila kalah satu stadium kau bakar.Jangan buat perangai syaitan.Kau cuma memalukan tempat kelahiran kau sendiri sampai aku pon sama-sama malu T_T

October 27, 2010

Blank + blur

Last update 15/10/2010.Tu macam dah berminggu-minggu yang lepas.Tehehe..memang confirm!Perangai hangat-hangat tahi ayam dah start.Teruja masa awal-awal pembikinan jer lepas tu aku pon ke laut bersama-sama angan-angan mat jenin T_T Sebenarnya memang totally out la mind nie.Tak ade idea langsung tak ade isu langsung tak ade kejadian menarik pon nak dinobatkan disimpan dalam page nie. Macamana aku boleh berangan-angan nak jadi penulis novel dulu. Bukan setakat berangan-angan tapi sangat-sangat admire dengan job tu ape kau ingat setakat hobi membaca novel kumpul novel sampai dah jadi library kat rumah tu kau boleh kalahkan Norhayati Ibrahim Ahadiat Akashah Memang molek aku ditakdirkan menjadi setiausaha boss yang bergaya manis peramah lemah lembut pendek kata ade kelllasss lah rasanya tu dialog syurga cinta boleh hentikan ayat-ayat dusta tu sebelum makin banyak dosa kau terkumpul Kali nie memang terasa nak lempang diri sendiri sebab terpaksa ulang balik dialog kat atas (-_-") Memang elok aku ditakdirkan menjadi setiausaha boss dan bukannya penulis novel macam yang diangan-angankan kalau tak musnahlah kerjaya idaman aku T_T

Ok kepala dah start blank.Pusing-pusing rasa nak pitam bila idea dipaksa datang. Ayat pon dah tunggang langgang macam budak india buat karangan bertajuk Saya Dikejar Hantu. Sangat funny sampai aku gelak sorang-sorang kat ofis walaupun orang lain tengah kusyuk buat kerja nampak sangat memang kau banyak curi tulang dari buat kerja Tapi page kali nie lebih terasa menjengkelkan daripada funny plus memang tak funny langsung lah.Oh God!Tak tau ape dah jadi dengan otak yang sentiasa berputar laju mengenakan orang dengan idea-idea busuk bercakap bukan-bukan sampai tak ade sape larat nak dengar T_T Dear diary forgive me for not using you for the whole week. My mind was stuck in traffic jam!Sangat rindu nak merepek panjang-panjang macam dulu.Ini ke salah satu simptom dimamah usia?? T_T

October 15, 2010

Bersabarlah

Perlu ke suasana tegang berlaku dalam ofis setiap pagi?Muka yang masam..rungutan yang macam-macam..kau perli aku..aku perli kau.What the hell!Ok aku dah mengeluarkan kata-kata kesat.Aku sangat sangat sangat TAK SUKA dengan keadaan macam nie.Kalau kau nak sesuatu tak perlu la sampai nak meninggikan suara sampai kau jadi punca ketegangan dalam ofis.Kau nak bagi arahan tak perlu la nak cakap kasar-kasar.Ape dah hilang ke adab sopan hormat menghormati dalam diri kau?Aku tak suka marah-marah apatah lagi nak bermasam muka pagi-pagi.PAGI ok!Kalau dah tengahari menginjak ke petang tu aku pon tarik muka empat belas akibat kebosanan tak sabar-sabar nak balik rumah dalam kepala asyik teringat lauk ape mak masak hari nie.Die dah buat perangai dah this girl haa suke la nak out of topic!dush dush!Fokus Fokus!Aku dah semangat nak start kerja merajinkan diri tapi kau dah spoil my mood.Eh sambung emosi balik T_T Baru permulaan hari tapi aku dah tak ade mood untuk bekerja.Marah tu datangnya dari setan.Suka la bila setan dah berjaya goda kau.Kau pun dengan jayanya menjadi kawan sementara dia kan?Puas lah hati kau bila dapat lepaskan marah kau tu.Dah habis hebat la kau dapat menunjukkan betapa garangnya kau depan semua orang.For me orang yang macam kau sekadar memalukan diri sendiri..menjatuhkan imej kau sebagai orang melayu dan paling penting menjauhkan kau dari kawan-kawan kau.Memang setiap orang punya perasaan untuk marah tapi biarlah munasabah sikit.Kalau dah hari-hari pon kau nak naik angin ape meroyan kau nie!Just be patient, istighfar and keep your mouth shut!Thats the easy way to handle your amarah.Kau pon cool kawan-kawan pon senang dan setan pon tak melonjak-lonjak kegirangan.

October 13, 2010

Kacau bilau

Setengah bulan tapi i stil did'nt get my cheque yet.My salary cheque.Semuanya disebabkan kelalaian dan kelembapan beberapa pihak termasuk aku.Sangat careless sampai cek gaji sendiri pon tak reti la nak tengok betol-betol kot ade silap kat mana-mana ke.Nama salah eja ke..sign bos tak ade ke..amount gaji salah ke..no cek salah ke ok itu da lebih cek ade kesan-kesan ternoda ke bole tak kau staright to the point jangan banyak merapu.Sangat sakit hati bila yang salah tu memang benda yang terang dan nyata semua orang pon boleh nampak dan tau cek tu tak akan clear.TAK AKAN.My boss not my boss my wife's boss which is second boss or small boss small boss?better u say it in malay la yang issue cek dan terlupa nak tulis date aku rasa bukan lupa tapi memang x perasan pon date tu tak tulis lagi serahkan la cek tanpa date tu kat aku.Dan aku yang sememangnya pelupa dan sangat careless nie dengan manis muka dan senang hatinya masukkan cek tanpa date tersebut dalam cheque deposit machine walhal aku memang tau dan perasan yang cek tu memang tak ade date siap boleh borak-borak dengan officemate bagitau yang cek tu tak ade date dan konon-kononnye keluar dialog 'jangan sampai lupa masukkan date terus nanti merana la diri'.Damn!Tak sampai beberapa minit pon aku dah lupa tentang kekecohan cek yang tak ade date dan tentang dialog 'jangan lupa'.T_T Aku cuma ingat cek tu tak ade date selepas 2 hari which is hari ahad.God!Memori nie semakin low macam pakai 64mb yang memang dah tak kan jumpa sekarang nie.Kesan-kesan junk food dan megi masa belajar dulu T_T

Hari isnin aku tetap tak dapat ape-ape news dari CIMB.Hari selasa pon still x ade ape-ape lagi sampai aku hilang sedikit kesabaran lantaran memikirkan loan kereta yang dah tertunggak tak campur lagi dengan hutang piutang keliling pinggang memaksa aku merajinkan diri untuk mencari gaduh dengan mereka!Ohh tu memang dongeng..aku tak reti bergaduh yer ^_^ Cara aku bergaduh hanya dengan memasamkan muka dan mogok suara tapi aku tak akan buat keje sia-sia dan bodoh macam tu dalam situasi terdesak -_-" Jawapan yang aku dapat semestinya "awak punya cek kene cancel nie sebab tak ade date suruh bos awak buat cek lain" macamkan senang nak mintak cek lain dengan keadaan bos kecik yang memang sekali seminggu jer masuk ofis itu pon sempat bukak aircond bilik jer then keluar balik tak nampak bayang sampai la seminggu selepas tu.Seminggu selepas aku sendiri pergi turun padang tu baru la surat dari CIMB sampai kat rumah bagitau cek aku dah di cancelkan.Sangat tak efisyen cara mereka buat kerja.

Dah mesej bos kecik untuk dapatkan cek baru tapi sampai hari nie tak ade bayang cek pon depan mata.Kereta da tertunggak setengah bulan!Baru 3 bulan dah buat hal main-main bunga lak.Esok lusa jangankan bunga dengan buah-buah sekali kau dapat T_T tsskk.Ape choice yang aku ada.Aku bukan orang yang suka naik angin.Aku bukan orang yang suka nak bising-bising tak tentu hala.Sekali je aku cakap cukup la untuk buat orang tu pikir.Bukan aku cakap bahasa perancis ker jerman ker uganda ker kenya ker aku cakap bahasa melayu ok.Bahasa melayu yang sangat teratur dan sopan untuk pendengaran."Puan cek saya orang bank dah cancel sebab tak ade date saya tak perasan cek tu tak ade date boleh tak puan tolong issue cek baru untuk saya" See!Aku still berlembut dan tak salahkan die langsung tapi jangan la sampai tak sensitif langsung dengan keperluan dan tanggungjawab aku nie.Memang la aku bujang tapi aku ade mak ayah dan adik-adik.Aku ulang alik dari rumah ke ofis dengan kereta ok.Kalau boleh pakai air untuk gerakkan kereta tak de hal.Kalau boleh pakai daun bayar duit kereta memang aku tak kesah walau tahun depan baru aku dapat gaji.Bile mulut terkunci dan hati tak punya kekuatan untuk meluahkan kat sini jer la tempat aku untuk menghentam perasaan yang terbuku.Sometimes amarah tu tak perlu dilayan sampai menjejaskan orang sekeliling cukup la sekadar berdiam diri.And the best way is bebel la kau sorang-sorang kat sini ^_^

Hati yang teruja

Hehehe..akhirnya berjaya jugak tukarkan colour dan font size and type for this blog.Walaupun sedikit lambat ok bukan sedikit tapi sangat lambat yer tapi aku berjaya jugak tukar all those thing.Rasa happy macam nak mencurah-curah air mata kecoh la kau baru buat benda sekecik-kecik alam nak nangis meraung bagai macamkan hebat sangat benda kau buat tu.Memang aku sangat excited bila blog aku da bertukar wajah menjadi lebih berwarna-warni di aidilfitri sampai tiga empat kali bukak akibat daripada rasa tak percaya dan teruja yang amat sangat -_-" Mungkin orang lain akan cakap that simple thing semua orang boleh buat tapi for me yang terkial-kial nak ubah wajah blog nie even nak tukar anything dalam nie pon tak tau satu haram dan berjaya tukar all those thing dengan usaha sendiri yang macam nak muntah mengadap pc nie akibat kekurangan oksigen lantaran kepala dan tangan sama-sama ligat mencari ceruk mana nak tukar benda-benda nie memang akan sangat teruja dan lega.Seriously!Bila dah puas hati aku save dan tengok balik hasil kerja yang memang xder ape2 pon.Tibe-tibe terasa ade bayang-bayang sinaran kat mata aku.Semua yang aku pandang pon macam bersinar-sinar.Owh..memang teruk hasil kerja aku T_T Dah malas nak belek balik aku putuskan untuk ignore jer sampai la nanti aku terasa mata dah makin teruk kronik macam nak hilang penglihatan baru aku tukar.Fuhh!

October 11, 2010

10.10.10

Sangat cantik tarikh tu.I'm supposed to get married on that date but takdir Tuhan menentukan segalanya dan aku pasrah.Alhamdulillah mungkin ada hikmah di sebalik apa yang terjadi.Dia bukan jodoh yang terbaik untuk aku.Terbaik bukan bermaksud sempurna dari segala sudut tapi cukup lah terbaik for what i am.Tuhan tak menjadikan dia suami aku mungkin sebab dia tak cukup kuat untuk mengubah aku menjadi seorang hamba yang taat.Ada yang lebih baik dari dia di luar sana.Bila?Biar masa dan takdir menentukan segalanya.Aku akan tetap kuat dan tabah untuk mengharungi semua ni.What goes around comes around.

Tarikh bersejarah yang memang semua orang pun berebut-rebut nak patrikan tarikh tu untuk hari-hari bahagia mereka.Semalam pernikahan dan persandingan Datuk Dr. Sheikh Muzaffar dan Dr. Halina.Tak kurang juga kawan-kawan aku yang tak nak lepaskan peluang untuk pampangkan tarikh semalam atas kad undangan perkahwinan dan pertunangan.Akibatnya aku yang terpaksa re-schedule wedding mana yang patut aku pergi mengikut kesesuaian masa dan budget dan akhirnya satu undangan je yang aku sempat hadir! T_T Congrates to all my friends yang nikah semalam.Walaupun aku tak datang tapi aku tak lupa kawan-kawan aku.Cuma masa mengekang aku bergerak ke sana ke mari.Congrates jugak untuk my ex-officemate yang bertunang semalam walaupun kami tak diberitahu tapi disebabkan kecekapan kami yang bagaikan mata-mata ini dapat mengesan berita pertunangan anda dengan jayanya.

Semalam juga ada kejadian yang sangat menyayat hati dan menyentuh perasaan aku yang memang senang tersentuh bagaikan hati tisu ni.Kemalangan ngeri di plus highway kilometer 224.Nauzubillah sangat tragis ajal mereka.Memang aku tak tahu langsung pasal kejadian ni disebabkan sikap malas membaca surat khabar dengan alasan tak ada masa padahal hari-hari online dari pagi sampai nak balik boleh je baca star or berita harian or metro online.Aku tau bila kawan-kawan mula post gambar dan bercakap pasal kemalangan ni dalam wall fb.Astaghfirullahah'azim..seriously air mata aku menitik dengan sendirinya.Betapa selama ini aku tak sangka dan tak sedar senangnya ajal kita datang menjemput.Sekelip mata tak kira di mana pun kau dengan siapa tengah buat apa bila janji Allah tiba tak akan terlewat walaupun sesaat.Nauzubillah..

Macam-macam kisah suka duka yang terjadi pada 10.10.10.Alhamdulillah aku masih di sini masih dapat mengucup pipi ibu masih dapat menatap wajah ayah masih dapat bergurau senda dengan adik-adik masih dapat merasakan suasana hiruk pikuk dan sunyi sepi di ofis masih dapat melihat senyuman kawan-kawan dan masih kuat menggunakan nikmat yang diberi.Di saat diri ini lemah dan terjatuh masih ada keluarga dan kawan-kawan yang datang memimpin dan memberi semangat untuk aku bangun semula.Thanks God for what i have now.Keluarga yang penyayang dan kawan-kawan yang sangat mengambil berat ^_^

 Family yang menjadi inspirasi aku untuk terus berdiri

Kanak-kanak yang selalu menceriakan hidup aku dengan kehadiran mereka

 Kawan yang selalu berada di sisi saat aku terjatuh dan bangkit semula

Kawan yang tak jemu mendengar tangisan dan luahan hati tisu ini

Kawan yang tak jemu memberi nasihat dan sokongan saat hati ini gundah

Ibu dan sifu yang tak jemu memberi tunjuk ajar tanpa satu syarat pun



Walau kita terpisah tapi kalian tetap istimewa di hati saya~







New Idea

Title nak gempak je walhal bukan idea apa pon kau dapat kan.Setakat idea nak tukar heading blog je kan.Itu pun heading title ok.Teruknya -_-" Once again aku terkial-kial lagi pagi ni untuk buka blog sendiri!OMG!Memang teruk kau ni.Shut up!Perlu ke aku nyatakan kelembapan diri sendiri yang tak tau nak sign in blog sendiri?Hampir saja aku create blog lain tapi bila memikirkan kemungkinan aku akan ada lebih sepuluh blog hanya disebabkan tak reti nak sign in dan terpaksa bersusah payah terkial-kial nak start semula maka terpaksa la aku batalkan niat murni tu.Tiba-tiba terfikir why not kalau aku try bukak blog orang lain then just sign in my blog from there and i did it!Sangat bangga walaupun terpaksa ambil jalan yang sangat panjang dan sangat complicated.Orang lain dah sampai Melaka aku baru keluar dari Setapak T_T

Hari ni aku tukar heading title dari Kerepek Basi menjadi Dear Diary.Lebih sesuai dan lebih ilmiah.Ok aku tipu.Lebih sesuai sahaja tanpa ilmiah.Aku malas nak menulis plus tak ada masa nak buka buku dan menulis catitan harian aahhh tipu lah kau hari-hari mengadap fb pandai pula kau cakap nak buka buku tak ada masa! jadi muncul idea bernas untuk jadikan this blog as my diary.Apa yang ada dalam blog ni pon memang semuanya luahan perasaan yang terpendam.Baru dua kot post kau dalam ni tak payah lah nak kecoh-kecoh macam kau dah create blog nie dua tahun -_-'

Lagi satu apasal aku still tak jumpa macamana nak tukar font size colour??Actually dah jumpa tapi sendiri yang tak tau nak guna macamana.Harap hadap benda tu berjam-jam tapi still tak boleh nak fikir macamana nak ubah T_T memang sangat lembap kau ni.Lagi satu berapa banyak satu ni tadi dah satu boleh tak kau kumpul dulu ape kau nak cakap huru hara lah kau ni post pertama aku ada satu perkataan heading yang aku gatal sangat highlight tak tau macamana boleh tertekan tapi benda tu sangat mengganggu pemandangan dan sampai sekarang aku tak tau macamana nak hilangkan highlight tu!See nak link kan perkataan heading tu dengan first post pun tak tau.

Sangat kecewa dengan diri sendiri T_T

October 8, 2010

Welcome Me (^_^)

Akhirnya berjaya juga aku buka blog ini.Perasaan??Baru sebentar tadi sangat teruja tetapi sekarang ini selepas berpeluh-peluh mencari akhirnya perasaan teruja tadi bertukar menjadi oh bosannya.Memang aku bukan penyabar orangnya lagi-lagi membabitkan hal-hal yang masih baru.Rupanya selama ini aku tergolong dalam golongan buta IT T_T sampai nak tukar heading font dan colour font size pun aku tak tahu masih  lagi terkial-kial.Bila dah bosan pasrahlah aku dengan ape yang ada ini..

Hati meronta-ronta lantaran (maafkan ayat sastera ini) tak ada kawan-kawan nak layan merepek lagi.Hari ni sudah 2 kali aku kena sound sebab repekan yg semakin ketara.Aku bukan seorang yang pandai dalam berbahasa syarahan karangan sastera bermadah apa-apa yang ada kaitan dengan kesempurnaan bahasa walaupun dulu bercita-cita nak jadi penulis novel.WOW!Tinggi sangat cita-cita kau berbanding dengan bahasa-bahasa kau.Even di luar pon aku bukan seorang yang peramah banyak mulut suka bercakap tapi aku sangat suka berbual meluahkan perasaan merepek dalam ym fb sampaikan jiran sekampung rasa marah hangat panas dengan kejadian-kejadian yang di luar dugaan.Jadi wujudlah kerepek basi ni sebagai tempat untuk aku merepek sepuas-puasnya tanpa mengganggu penduduk sekeliling.

Idea nak tulis dalam blog ni wujud bila muncul dialog macam ni:

1.Kau ni banyak merepek lah..lebih baik kau cari bf.baru ok aku rasa..

Ape kena mengena bf or teman lelaki or kekasih dalam ini cerita???

2.Kau ni dah makin banyak merepek ni..agaknya tanda-tanda dimamah usia ni..

Ini lagi pendapat xmasuk dek akal -_-''


Dalam blog ini tak ada orang nak marah sound tegur aku merepek membebel bukan-bukan sebab ini blog aku yang punya jadi suka hati aku nak cakap apa nak tulis apa nak bebel apa selagi aku tak penat otak memikirkan perangai diri sendiri yang semakin menjadi-jadi seperti bayi yang baru meningkat usia dan asyik fikir nak main je atau lebih tepat orang tua yang sudah hilang warasnya T_T Perlu ke kondem diri sendiri pada hari pertama pembukaan blog lantas menjadikan orang sekeliling berfikiran negatif terhadap aku?Sudah lah..macamkan ada orang nak baca blog kau ni.Bukan main kepoh kau takutkan orang sekeliling pandang kau baik ke buruk -_-"

First post dah berjela-jela macam tak cukup ruangan nak tulis lagi.Tak banyak cakap konon!Ok stop setakat ni dulu walaupun hati meronta-ronta nak tulis lagi.Macam esok blog kau nak tutup habis semua kau nak pulun malam ni.Balik la wei!Bil eletrik ni bos kau yang bayar tapi gaya macam kau share bayar sekali -_-"

To my dear blog..isnin kita sembang lagi ye ^_^ Mau pulang ke pangkal jalan rumah~
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers