June 12, 2012

Kecantikan luaran dan dalaman

Assalamualaikum..

Semalam duduk berbual dengan budak akaun.Memandangkan saya dah pun nak berhenti dan kerja-kerja semua sudah disiapkan pagi-pagi jadi masa petang saya dihabiskan dengan bermain game ataupun berbual-bual kosong.Selama ni saya cuma berbual kosong tanpa dapat sebarang faedah atau pahala dari perbualan tersebut tapi semalam perbualan kami agak ke arah ilmiah yang saya sudah amalkan sekarang.

Man nama budak akaun yang telah memberi kesedaran kepada saya.

"Kak lin dah berapa bulan sekarang?"

"Baru masuk lima bulan."

"Jadi sekarang ni kak lin dah boleh dengar ayat-ayat al-quran dalam internet."

"Tapi akak dah baca quran lepas subuh dengan maghrib.Setiap hari"

"Yang kita baca tu pagi sekali dan malam sekali kak.Yang ini biar baby dengar ayat-ayat al-quran tu setiap masa.Kalau nak dapat anak lelaki yang handsome dengarkan surah yusuf dan kalau anak perempuan dengarkan surah maryam.InsyaAllah akan dapat anak yang handsome dan ayu macam mak dia.Untuk bulan-bulan terakhir amalkan surah luqman untuk dapat anak yang soleh, baik dan sihat tubuh badan.InsyaAllah"

Terima kasih daun keladi.Memang banyak tips yang saya dapat sepanjang tempoh mengandung anak sulung ni.Saya takkan dapat tips-tips untuk dapat anak soleh dari misi-misi dan doktor yang saya jumpa tapi orang-orang sekeliling saya sangat prihatin dengan anak kecil saya ini.Assalamualaikum...

June 11, 2012

Pesan ummi

Assalamualaikum...

Hari minggu yang lepas aku dan suami bermalam di rumah ummi.Macam biasa hari minggu haruslah menjadi hari bersenang lenang sambil makan free di rumah orang tua.Seminggu tak rasa masakan ummi memang tak sah.Dan kebiasaannya suami saya lagi melebih-lebih dari saya.Lepas makan nasi tengahari tu saya mula excited bercerita dengan ummi pasal perkembangan anak saya.Orang lain dah lama pergi checkup tapi saya baru saja berkesempatan untuk pergi checkup minggu lepas jadi excited tu masih tak hilang lagi.Cerita punya cerita tiba-tiba ummi bertanya...

"Kesihatan fizikal memang kena jaga tapi yang dalam tu lebih penting tau."

Masih tak dapat memahami apa yang cuba ummi maksudkan sebenarnya.Dengan konfiden menjawab..

"Yalah..along makan ubat-ubat tu semua untuk baby sekali.Bukan untuk along jeee"

Ummi senyum dan kemudian menyambung..

"Ummi tau ubat-ubat tu untuk baby sekali tapi yang lagi penting roh baby.Roh baby kena ditiupkan dengan bacaan-bacaan al-quran setiap hari.Al-quran kena jadikan amalan sejak dari dalam perut lagi supaya bila dah lahir nanti baby tu sentiasa tenang bila dengar al-quran.InsyaAllah kalau amalkan al-quran keluarlah anak yang soleh.Fizikal kena jaga tapi roh pun kena jaga sekali."

Pap!Macam baru tersedar.Selama ni bila aku bercerita macam-macam pasal cucu ummi ni..ummi lebih risaukan keadaan roh yang di dalam.Untuk ummi ubat-ubatan takkan membantu membentuk anak yang soleh dan solehah.Memang betul dan ummi tak perlu risau sebab anak ummi dah berikan yang terbaik untuk roh si kecil di dalam sebelum memikirkan tentang fizikalnya.Pesanan ummi sentiasa di dalam sini..minda dan hati saya.Assalamualaikum...




Anak yang sihat, montok dan comel hasil didikan ummi dari dalam perut.Sayalah tu!
Kahkahkah perasan ok!

June 10, 2012

Kisah suami

Assalamualaikum...

Di saat para isteri merungut dan merajuk hampir setiap malam disebabkan terpaksa membatalkan temujanji dengan suami tercinta akibat Euro 2012 saya masih boleh tersenyum manis.Mana taknya..suami saya bukan seorang kaki bola, pencinta bola dan gila bola.Kalau suami orang lain setiap malam dihabiskan di gelanggang futsal suami saya setia menemani saya menonton televisyen di rumah.Biarlah tidak lelaki (ibarat kata sesetengah perempuan yang gilakan pemain bola) asalkan saya tidak perlu bermasam muka ditinggalkan setiap malam.

Suami saya juga bukan seorang perokok.Ya!Dan itulah ciri-ciri suami yang saya idamkan sejak azali lagi.Syarat untuk menjadi suami saya dia tidak merokok.Saya sangat alah dengan bau apatah lagi asap rokok.Bila berjalan-jalan di khalayak ramai dan ada sesetengah lelaki yang kononnya macho menyembur asap rokok tak kira yang lalu lalang tu ibu mengandung ke..budak kecil ke..orang tua ke..saya akan menutup mulut dan hidung sambil tangan kanan mengibas-ngibas udara dengan rancaknya.Sambil berlalu dengan jelingan tajam dan saya akan mengeluarkan perkataan busuk sehingga sampai ke pendengaran si perokok.Biar mereka tahu saya tak senang dengan bau-bauan yang keluar dan asap yang berkepul-kepul tinggi.Biarlah orang kata suami saya tidak macho asalkan suami, saya dan anak-anak tidak terbunuh di usia muda disebabkan rokok.

Facebook antara sumber yang menyumbang kepada penceraian dan perhubungan sulit.Dan saya sangat bersyukur kerana suami saya tidak mempunyai akaun facebook sendiri bahkan tidak tahu menggunakan internet dan komputer langsung.Akaun facebook suami yang ada sekarang ni pun hasil dari usaha isteri yang gatal tangan dan dipantau sepenuhnya oleh isteri.Suami saya cuma bagi arahan 'tolong tengok mesej..tolong buka facebook..tolong approve kawan..tolong delete kawan'.Itulah suami saya.Sentiasa memberi arahan kepada saya untuk menguruskan kehidupannya dari sekecil-kecil benda sehingga sebesar-besar hal.Biarlah orang kata suami saya buta it atau kolot atau tak moden asalkan saya tidak membazirkan airmata menangisi suami yang mula membuat hubungan sulit dengan perempuan lain.Kejam bunyinya kan tapi itulah realiti kehidupan sekarang.Makin maju dunia..makin moden kehidupan..makin banyak kejahatan dan penipuan.

Saya sangat bahagia punyai suami yang tidak gilakan bola..bukan seorang perokok dan tidak celik it.Rahsia dia menjadi rahsia saya juga dan rahsia saya menjadi rahsia dia.Tiada yang tersembunyi antara kami kerana kami saling memerlukan antara satu sama lain.Assalamualaikum...








See..tak cukup macho, bergaya, moden dan sihat lagi ke suami saya ni?Tepuk dada tanyalah isteri beliau ^_^

June 9, 2012

Jatuh cinta

Assalamualaikum..

Kali ni saya bukan nak bercerita pasal suami.Kahkahkah nampak sangat selalu cerita perihal suami di dalam ni.Orang tengah dalam mood berbulan madu lagi..harap memahami.Maafkan saya..maafkan saya~

Semalam mood nak bermesra-mesra dengan kenangan lama muncul.Dengan segera saya buka facebook dan belek satu persatu album yang dah diprivatekan.Oh semenjak kawin ni keinginan untuk tayang body mahupun tayang perangai gedik semakin pupus.Elok simpan semua untuk suami sendiri daripada menjadi tatapan sekalian makhluk alam kan?Belek punya belek terjumpa gambar-gambar kampung halaman.

Saya sangat suka dengan kampung halaman saya..tempat kelahiran saya.Jatuh cinta dengan Terengganu setiap kali ke sana.Tak permah pun sekali rasa jemu..bosan..muak untuk balik walaupun ia cuma sebuah kampung yang sunyi dan tiada apa-apa.Saya sememangnya cintakan kampung saya.Tak nak cerita panjang-panjang..lihat saja gambar-gambar di bawah...Assalamualaikum~



 


















Boleh dapat pemandangan yang indah permai macam ni di Key Elle???Mungkin tidak.Dan kami akan menjadi apa saja bila berada di sini~Bahagia...

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers