May 30, 2011

Diluah mati mak ditelan mati bapak

Pernah tak sesiapa berada dalam situasi macam aku?Sukar nak buat pilihan antara kekasih dan kawan.Sentiasa berada di tengah-tengah dan tak tahu nak dahulukan yang mana.

Situasi 1 : Berjumpa dengan kawan-kawan sekolah rendah yang dah lama tak jumpa.Lamalah kalau dulu tiap-tiap bulan kau jumpa alih-alih masing-masing senyap lebih dari 3 bulan.Berjanji untuk pergi wedding salah seorang kawan sekolah rendah sama-sama.Dalam masa yang sama dah berjanji dengan si dia untuk keluar mencari barang-barang keperluan selepas wedding ceremony.Lepas selesai kenduri kawan-kawan ajak sambung gather di kedai makan pula.Si dia dah setia menunggu bawah rumah.Saat ni hati siapa yang perlu didahulukan?Teragak-agak nak lukakan hati si dia yang sabar menanti tapi masih berat untuk meninggalkan kawan-kawan yang mengharap.Dilema~

Situasi 2 : Tengah-tengah bergelak ketawa dengan di si dia di kedai makan tiba-tiba kawan baik call.Terus angkat call walaupun terpaksa membantutkan cerita kelakar dan emosi ceria si dia.Kawan baik ajak jumpa dalam masa beberapa jam lagi.Terus setuju sebab tak nak menghampakan perasaan kawan baik sedangkan baru beberapa minit berjumpa dengan si dia.Teruknya aku!Mula mencari alasan untuk balik tanpa memikirkan perasaan si dia.Kadang-kadang bila tak sampai hati nak melukan hati si dia terpaksa berbohong kepada kawan baik.Tak tergamak nak berterus terang sedang bersama dengan si dia dan sekaligus akan membuatkan kawan baik berfikir "tengah seronok..ada kekasih hati kau terus lupa aku ye".

Siapa yang harus diutamakan?Kawan atau kekasih?Pernah terdengar cakap-cakap orang bila bercinta terus lupakan kawan-kawan bertepuk tampar dulu.Kawan-kawan yang dah kenal bertahun-tahun dilupakan semata-mata kerana kekasih yang baru setahun jagung bersama.Kalau ikut logik betullah..apa nak hadap dengan kekasih yang baru kau kenal berbanding dengan kawan-kawan yang dah kenal turun naik kau.Esok lusa kalau kecewa kawan-kawan juga yang kau cari.Tapi soal masa depan?Kau nak hidup dengan kawan-kawan ke sampai ke tua?Kekasih hati tu jugalah yang akan lalui hidup susah senang jatuh bangun dengan kau nanti..yang akan bergelar suami kau.Sukarnya nak menjaga perasaan semua orang =(

May 20, 2011

Tragedi bulan .... (ilang ingatan)

Tengah semangat kerja datang berkobar-kobar time ni la aku teringat tragedi hitam yang berlaku.Actually tak berapa nak hitam sangat..kelabu asap hampir sangat ke hitam.Bila teringat kisah ni bulu roma naik mencacak fikiran jadi runsing hati jadi tak senang.Ayat memang nak gempak memandangkan imaginasi terlalu tinggi.Ini bukanlah kisah hantu rambut panjang yang mengilai sambil berterbangan riang atau kemalangan ngeri yang mengakibatkan mangsa pecah kepala tercabut tangan bagai.Tapi cukup mengerikan dan menyeramkan untuk aku.

Hari tu memang bahagia.Ketiadaan bos-bos sekalian membuatkan kami lebih bahagia.Mulut tak berhenti bercakap ditambah dengan hidangan jajan depan mata.Oppss mulut kami laju pokpek pun sama laju dengan tangan yang menaip.Cuma lebih meriah dari hari-hari biasa =) Dalam kekecohan berborak, Ulum (my favourite office boy) dengan termengah-mengahnya masuk ke ofis.

"Kak Lin parking kereta kat mana?"

Terpinga-pinga memandang wajah Ulum yang nampak sangat kalut sambil otak ligat nak mengingati tempat kereta berada.

"Kat corner bawah pokok tu rasanya.Parking tempat biasa" muka masih menunjukkan kebodohan yang ketara.

"Kereta polis dengan DBKL banyak sangat kat bawah.Siap ada towing car lagi"

What??OMG OMG!!Haaa..time parking sedap je mengata pakcik DBKL kan.Nak saman..saman lah.Ada aku kesah??Tapi sekarang pakcik DBKL dah bawa geng!Siap ada jentera berat lagi!Pakcik DBKL dah makin advance dan makin bijak.Terketar-ketar tangan mencapai kunci kereta tapi dalam otak masih sempat fikirkan perasaan malu.Malunya nak pergi alih kereta sambil ditonton orang ramai yang berlonggok tepi kaki lima bagaikan menonton puppet show!

Makin dekat dengan kereta hati makin berdebar.

"Ulum, tayar kereta dah kena clamp ke?" 

Masih tak sanggup nak tengok apa yang ada di bawah di atas dan di tepi kereta.Polis makin ramai begitu juga dengan penonton yang setia bertenggek menanti kereta-kereta diangkut menaiki towing car.

"Selamat kak lin selamat" 

Tekan saja alarm terus melompat masuk dalam kereta.Kereta kesayangan tapi lebih menyayangi duit yang semakin menipis dalam poket.Kalau ikut giliran kereta aku yang seterusnya akan diangkut tapi bernasib baik sebab Ulum lebih cepat dari pakcik DBKL.Hahaha gelak sekuat hati sambil mendabik dada.

Moral of the story janganlah ingat pakcik DBKL tu tak kesah kau buang merata-rata resit saman dia.Sekali dia bawak askar ketar tempurung lutut kau.Daripada bayar towing car untuk releasekan kereta kau beratus-ratus lebih baik spendkan RM5 untuk bayar parking.Dan mulai dari hari itu aku serik untuk parking kereta merata-rata walaupun di mana-mana dan bila-bila waktu pun.Aku sanggup menghabiskan duit untuk bayar parking daripada cari pasal dengan pakcik-pakcik polis dan DBKL.Itulah manusia..sudah terhantuk baru terngadah..sob sob sob ='(


May 19, 2011

Pilihan terbaik

Saat putus cinta memang perit.Sampai terasa kau tak mampu nak berdiri lagi.Hilang segala keceriaan dan kebahagiaan yang pernah dikecapi.Terimbau kembali saat-saat indah ketika kau bersama si dia.Gugur lagi airmata dari pelupuk tanpa dapat ditahan.Hari berganti hari..bulan berganti bulan..tapi kau masih di situ.Meratapi dan menangisi hari semalam yang dah jauh meninggalkan kau.Terasa diri sangat terhina saat ditinggalkan biarpun dah banyak yang dikorbankan untuk si dia.Pengorbanan yang sia-sia.Saat itu hati bagai tertutup untuk bercinta lagi dan diri sudah menjadi sekental tugu negara untuk tidak menerima kehadiran insan bernama lelaki.Bagi diri yang terluka lelaki dan cinta hanya mainan dunia.Indah ketika baru hendak bermula tetapi sudah terasa pahit dan peritnya bila tiba di pertengahan.

Zreeeekkkkkkkkkkk (buat bunyi brek mengejut yang sentiasa potong emosi-emosi romantik sedih mahupun gembira)

Aku adalah golongan di atas tapi tak adalah frust menonggeng sampai 'biarkan aku mati'.Memang hati ini terus mati dan sangat anti dengan lelaki.Asal ada lelaki yang nak dekat atau sengaja nak tunjuk ke'caring'an mesti akan di'sound' sesuka hati.Senang sangat naik angin dengan lelaki yang cuba nak bersikap manja dan mengada-ada.Aku mudah nak mengenali lenggok bahasa dan tubuh seseorang yang menaruh hati terhadap aku.Tapi selalunya akan buat-buat tak faham atau ikut jalan mudah berterus terang yang aku tak bersedia dan tak terpikat dengan sesiapa lagi walaupun si lelaki masih belum berterus terang.Heh memang muka tak tau malu (",) Pendek kata rimas nak berdepan dengan lelaki yang ada bibit-bibit bunga dalam hati.Sebelum bunga berputik lebih baik aku kerat mana yang patut.

Tapiiiiiiiii.....

Setiap manusia sudah ditentukan jodoh masing-masing.Lelaki diciptakan berpasangan dengan perempuan.Aku yang berhati keras ini pun akhirnya tertunduk dengan takdir.Lelaki itu yang berjaya membuka semula hati ini sekaligus membuang prinsip hidup yang sangat keras dan poyo 'tiada cinta tiada lelaki easy to be single'.Macam bagus-bagus.Terima kasih Allah kerana menemukan aku dengan lelaki itu.Tak pernah terlintas untuk terlibat dengan cinta sms.Tak pernah berjumpa dan tak mengenal rupa.Tapi kata orang tak kenal maka tak cinta ^_^.Cinta hadir di mana-mana tanpa dijangka.Terima kasih kepada sahabat yang menemukan kami.Semoga cinta ini terus berkekalan sehingga ke akhir hayat.Kepada bakal suami..terima kasih kerana hadir di dalam hidup ini.Semoga Allah merahmati hubungan ini.Amin~

May 18, 2011

Kisah Si Peminjam

Kisah ni aku dengar dalam Hot FM pagi ni.Rutin tiap-tiap pagi menghantar adik lelaki ke sekolah dan Hot FM akan menjadi pilihan santapan telinga aku.Macam-macam kisah si peminjam yang aku dengar tapi paling menarik perhatian kisah si peminjam yang memang tabiatnya meminjam dari kawan-kawan, jiran sebelah menyebelah.Jimat katanya.Tak perlu nak bersusah payah menghabiskan duit beli macam-macam keperluan harian sedangkan orang lain dah ada.Kalau nak guna cuma ketuk pintu sebelah atau call kawan-kawan untuk pinjam walaupun barang yang nak digunakan memang kelengkapan harian yang sangat diperlukan.Bak kata Nabil sharing is caring kan?Tapi kalau dah hari-hari kau nak meminjam periuk belanga pinggan mangkuk sampai tuan yang dipinjam sendiri pun terpaksa beli yang baru apa kejadahnya.Senyum sampai telinga ada lagi orang macam ni di zaman serba canggih.

Di mana-mana pun mesti ada si peminjam.Cuma kalau dah meminjam pandai-pandai lah pulangkan apa yang dipinjam.Teringat kisah yang pernah terjadi.Kisah seorang kawan yang tabiatnya suka meminjam.Hari ni pinjam duit orang sebelah kanan.Esok pinjam duit orang sebelah kiri.Lusa orang belakang pula jadi mangsa.Untuk apa dan ke mana disalurkan duit-duit tersebut wallahu`alam.Tapi  yang pastinya duit yang dipinjam takkan dipulangkan sesegera yang dijanjikan.Hari berganti hari dan bulan berganti bulan.Kalau nak dikira bunga dah tumbuh dari akar sampai ke buahnya.Janji tak dikotakan tapi baju baru jenama guess, seluar levis, handbang gucci yang ditayangkan depan mata.Perlu buat apakah dengan orang seperti itu?Bercerita sambil dengan bangganya bershopping sakan sampai habis 2-3ratus yang bagi pinjam hanya telan air liur menahan perasaan.Tak terfikirkah si peminjam kesusahan orang lain?Tak terlintaskah duit yang dipinjam sangat-sangat diperlukan oleh tuan yang dipinjam?Kesenangan hari ini tak akan berkekalan untuk selama-lamanya.Ada masa kita di atas dan adakala kita di bawah.Saat kita berada di bawah perlukah kita menagih kepada si peminjam untuk membayar hutang yang belum dilangsaikan? 
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers