September 28, 2011

Untuk Encik Tunang

Hari ini mahu update post gedik.Jangan marah diari kesayangan.Tiba-tiba terasa mahu ekspresikan perasaan ini di sini.

SAYA SANGAT TERHARU DENGAN KAMU ENCIK TUNANG TERSAYANG

atas sebab-sebab berikut :- (dah macam jawab kuiz pula kena bagi alasan)

1.Of course la kerana kamu bakal suami saya lebih kurang empat bulan lagi

2.Kamu sangat menyayangi saya dan saya sayang kamu sikit saja :p (banyak mana saya sayang kamu rahsia kita berdua.wink~)

3.Kamu sanggup berhabis duit masa tenaga untuk ikut kemahuan saya.Kadang-kadang bukan kemahuan saya pun tapi kamu tetap akan buat untuk gembirakan saya.

4.Setiap hari kamu tidak lupa untuk wish Good Morning pada saya.Lunch juga.Setiap masa lah kamu akan mesej saya selagi kamu tak tutup mata walaupun kadang-kadang mesej kamu tidak dilayan T_T

5.Kamu tak kesah untuk serahkan kereta kesayangan kamu semata-mata sebab kereta saya manual dan kereta kamu auto.Tak mahu saya penat memandu di tengah kesesakan lalu lintas katanya.So sweet Encik Tunang.

6.Saya dah jahanamkan kereta kamu tapi kamu tetap tak kesah.Masih mahu beli kereta baru untuk kegunaan saya.Terharunya!

7.Tempoh perkenalan kita baru lima bulan tapi kamu sudah bersungguh-sungguh mahu jadikan saya isteri kamu dan tidak lama lagi saya akan bergelar isteri kamu yang sah.

8.Paling saya terharu dengan layanan kamu.Saya perempuan yang banyak kerenah..manja terlebih..mengada-ngada dan adakala moody tapi kamu tetap setia di sisi saya tanpa keluhan.

9.Adakala kita bergaduh dan saya dengan ego saya yang tak mahu mengalah.Jadi setiap kali bergaduh mesti kamu yang akan pujuk saya dengan lawak tak kelakar kamu tapi masih mampu buat saya senyum dengan kebodohan lawak kamu.

Kamu memang bukan yang pertama untuk saya tapi kamu akan jadi yang terakhir dalam hidup saya jika diizinkan Allah.Ayat memang familiar tapi tak ingat pinjam dari mana.Sesungguhnya Allah telah hilangkan kebahagiaan saya dahulu untuk saya lebih bahagia sekarang.Terima kasih Allah dan thank you untuk kamu yang sudi menerima saya seadanya.Alhamdulillah..saya bahagia ^_^

September 27, 2011

Gah pada nama

Kalau dulu tanya pada kawan 'kau kerja mana sekarang' dan dia jawab 'aku kerja imigresen' aku akan ngangakan mulut luas-luas konon kagum sangat.Sebut saja kerja kerajaan sesiapa pun akan kagum.Parents aku dulu pun akan bagi nasihat carilah kerja government cerah masa depan terjamin hari tua benefit pun banyak prung prang prung prang pendek kata semua yang terpujilah untuk pekerja-pekerja kerajaan.Aku yang masih cetek tentang dunia pekerjaan pun senang saja terpengaruh bila dengar cerita-cerita terpuji orang-orang yang berkenaan.

Tapi bila dah masuk dunia pekerjaan aku sendiri mula faham.Kerja kerajaan hanya gah pada nama.Mungkin dulu satu kebanggaan dapat bekerja dalam sektor kerajaan tapi tidak untuk zaman 2011 ini.Sektor swasta sudah sama gah macam kerja kerajaan malah ada yang lebih gah.Lebih banyak benefit lebih banyak gaji ehem2 dan paling penting lebih banyak menimba dan menceduk pengalaman.In swasta sector we learn how to work tapi pekerja kerajaan rasanya lebih banyak goyang kaki.Lalalalala.Mungkin tak semua department macam tu tapi kebanyakan yang aku jumpa memang lebih banyak main dari bekerja.

Sebab yang pertama : DBKL
Surat permohonan lesen premis yang sepatutnya hanya mengambil masa selama dua minggu mengikut pekeliling yang dikeluarkan sudah pun dianjak menjadi sebulan dua malah lebih teruk setahun.Gila kau!Bila call sentiasalah tak dapat.'Maaf pegawai kami sedang sibuk'.Sibuk apa encik??Setiap kali terjah ke pejabat mereka jawapan yang diberikan tetap sama 'biasa kalau surat dah turun ambil masa dua minggu'.Ceit poodah.Bukan dua minggu aku tunggu dua bulan ok!Pekerja bawahan dengan pegawai atasan sama sahaja.Memanjanglah meeting tapi bila dijengah ke dalam its not a meeting just gelak-gelak sambil minum kopi berdua.Tak stress ke aku macam tu???

Sebab yang kedua : Balai Bomba
Ini lagi satu hal.Minta hantar surat nyatakan alasan-alasan bla bla bla.Dah ikut.'Awak punya dokumen dah boleh proceed minggu depan boleh call update status ye'.Bila call tak pernah nak jawab.Kalau jawab pun tunggu pass line sampai tercut off sendiri.Wallawei mencabar betullah deal dengan government sector ni.Terpaksalah kerah boy untuk pergi jejak kaki ke sana untuk ke berapa puluh kali.Lain pula cerita minggu ini.Dokumen tak lengkap jadi tak boleh proceed.Perlu ke tunggu sampai seminggu untuk update cerita yang tak best dengar ni?!

Sebab yang ketiga : SSM
Walaupun ini dah kategori half goverment dan half swasta tapi cara kerja lebih banyak terpengaruh dengan pekerja kerajaan.Tunggu siapkan dokumen sampai berhari-hari.Lebih dari estimated date.Ape cerita kakak?Sudahlah orang ramai beratur tunggu no giliran tapi tepat pukul 10 pagi pekerja-pekerja kaunter dah berlenggang kangkung keluar beramai-ramai.Minum pagi katanya.Jadi kami yang menunggu ni kena masuk kaunter gantikan kamu-kamu semua kah?

Sebab yang keempat : LHDN
Ini badan kerajaan yang paling banyak mendapat keuntungan dan pekerja-pekerja di sinilah paling mewah dan bahagia bila tiba hari kenaikan gaji dan bonus.Tinggi tu hasil kutipan cukai orang ramai.Tapi bila tiba bab kerja tak seindah manalah.Kalau dulu mahu stamping apa-apa cuma pergi ke sana..ambil nombor giliran..dipanggil..stamp.Tapi sekarang untuk memudahkan kerja mereka yang sibuk mengalahkan menteri besar tu semua dokumen perlu di apply secara online.Baiklah.Nak kata apa lagi kalau kuasa di tangan mereka.Kami hanya pencacai bawahan saja.Masalahnya bila dah submit online dokumen yang boleh siap dalam masa beberapa minit pun ambil masa sehingga seminggu untuk keluar notis taksiran.Macam mana ni?Bila dokumen di sini sangkut satu kerja pun tak boleh jalan.Akibatnya semua kerja-kerja aku tertangguh.Sia-sia saja kena marah dengan bos.Nak kata susah sudah disenangkan tapi servis masih ditahap yang sama malah makin teruk pula.Sudah berlemak mereka ini.

Aku menulis berdasarkan pengalaman.Pengalaman yang menyakitkan hati setiap kali berdepan dengan badan-badan kerajaan.Aduan sudah dibuat tapi masih tiada tindakan.Jadi cuma di sini tempat aku meluahkan perasaan.Aku bangga berada di sini.Di tempat aku belajar mengenali setiap kerenah manusia.Menjadi pekerja swasta.

September 23, 2011

Kawan atau lawan?

Selepas sekian lama off chat di fb terasa mahu pula berbual mesra dengan kawan-kawan.On chat room dan nama kawan-kawan yang sedang online appear di skrin kecil sebelah kanan.Berpusu-pusu pula kawan-kawan yang bertanya khabar.Reply mesej sorang-sorang tiba-tiba masuk satu mesej dari kawan kepada kawan tapi dah jadi kawan aku lah kan.

Kawan : Hai dear

Tuan tanah : Hai :)

Kawan : Bila nak masuk meminang?

Tuan tanah : Tak payah susah-susah nak masuk meminang kau.Dah ada orang masuk meminang aku dulu.

Kawan : Berlagak.Nanti tuhan putuskan pertunangan kau baru tahu.

Aik?Kenapa dia penuh beremosi?Memang salah tempat lah kalau nak bergurau gaya itu.Dengan sakit perempuan yang datang dengan stress perangai rakan sekerja time ni juga masalah lain bertimpa.Memang betul-betul salah masa.Masuk page kawan tersebut terus unfriend.Aku tak perlukan kawan yang mendoakan kemusnahan kawan lain.Ramai lagi kawan-kawan yang sentiasa mendoakan kesejahteraan aku yang perlu aku jaga.

September 22, 2011

Seram

Akibat dari kemalangan ngeri yang berlaku pada 17 September lepas aku menjadi semakin berhati-hati dan semakin lembab juga.Meter minyak tidak akan lebih dari 100km/j.Jarang sekali mencecah ke angka 100.Aku akan pastikan jarum meter sentiasa berada di tahap 80 @ 90km/j.Bila berada dalam keadaan yang kurang baik seperti hujan lebat mahupun cuaca mendung aku sudah mula mengurangkan lagi pedal minyak ke 40 @ 60km/j walhal awan mendung disebabkan jerebu yang semakin menjadi-jadi.

Berada di tengah highway akan membuatkan aku sentiasa terbayang kemalangan ngeri yang sudah berlaku.Setiap kali tayar kereta melanggar lopak atau lubang-lubang kecil aku sudah mula berdebar-debar.Degupan jantung mula menggila.Aku tidak lagi berada di lane paling kanan macam kebiasaannya tetapi cuma menggerakkan kenderaan di laluan tengah atau kiri.Lebih selamat sentiasa berada di laluan kiri.

Setiap pergerakan seperti keluar simpang, masuk simpang, menukar lane dilakukan secara berhati-hati atau lebih dikenali sebagai terhegeh-hegeh.Kalau dahulu bila aku melihat kereta  hadapan mahu keluar simpang tetapi menunggu semua kenderaan di jalan besar clear aku sudah mula menceceh di dalam kereta.Sekarang benda yang sama berlaku kepada aku.Dahulu perkataan yang keluar dari mulut bila kereta hadapan seakan teragak-agak untuk menukar lane dan bergerak seperti mahu makan angin aku akan memintas dan berkata "perempuan.patutlah" atau "pakcik rupanya.pakcik nak bersiar-siar ke".Sekarang pastinya kereta di belakang aku pula akan berkata demikian.Ahh bencinya bila pemandu lain menggelarkan diri ini sebagai "perempuan" bila memandu.

Apa boleh buat.Tidak mahu pisang berbuah dua kali.Lebih baik terhegeh-hegeh dari meremukkan kereta lagi.Setiap kali buka facebook akan terlihat gambar kereta Encik Tunang yang remuk dikerjakan oleh aku.Remuk redamnya hati ini bila melihat gambar tersebut.Maka niat untuk meneruskan sembang laman sosial dibatalkan.Terus sahaja sign out dan menyambung kerja seperti biasa.Ada baiknya juga gambar tersebut ditag kepada aku dan ada bagusnya juga setting gambar ditukar supaya lebih jelas besar dan terang.Semakin excellent lah kerja-kerja aku kali ini -_-'

September 21, 2011

Gila kerja ke atau memang gila?

Tangan menaip dengan laju.Mata tertumpu pada skrin komputer.Tiba-tiba loceng pintu ofis berbunyi menandakan ada orang di luar.Lantas tangan dengan lajunya mencapai gagang telefon."Hello" tut tut tut hanya kedengaran bunyi engage tanpa suara.Heh tadi yang bunyi loceng pintu la.Kenapa angkat telefon?Terlampau concentrate sampai tak dapat nak bezakan bunyi loceng dengan deringan telefon.Erkk~

Mula kelam kabut siapkan kerja yang bos bagi.Tangan ligat menaip lagi.Mata dah juling juling dialihkan dari kertas atas meja ke skrin komputer.Berselang-selang sampai naik pening.Tanpa mengalihkan pandangan dari skrin tangan menggagau mencari tetikus atau mouse.Bila sudah jumpa cuba untuk gerakkan tetikus.Kenapa anak panah  ni tak bergerak?Kenapa tetikus ini rasa lain.Flat semacam.Mata dialihkan sebentar terkedu melihat handphone dalam genggaman.Aku nak mouse lah bukan handphone.Arghhh!

Sambung lagi kerja.Cepat-cepat siapkan sebelum pulang.Tiba-tiba handphone berdering.Terus angkat dan dengan pantas bersuara "Hello Hifdzi & Co.".Diam di talian hujung sana.Pelik.Beru teringat sudah menggunakan nama company bila mengangkat handphone sendiri.Selalu sangat angkat telefon ofis sampai terbawa-bawa pula cara pengenalan di handphone sendiri T_T

Client dari sekian company datang menyerbu ofis.Masuk terus ke bilik bos dan diskusi nampak macam serius.Tidak lama selepas itu client pulang dan bos datang dengan membawa file company tersebut ke arah aku."Client ni nak tukar company secretary.Prepare dokumen."Arahan tegas dengan muka yang tegang.Aku dah mula berfikir salah aku ke ni?Tiba-tiba terjaga bila terdengar bunyi alarm telefon.Mimpi lagi!Kenapa tak datang mimpi best-best?Mimpi pasal client dan ofis memang sangat tak bestlah.

September 20, 2011

Apa pasal la susah nak paham ni?

Entry tension plus bengang plus stress bila dapat dokumen yang dipulangkan orang-orang Iran.Apa lah punya bahasa aku nak pakai bila communicate dengan mereka ni heh.Penat bercakap mesej.Penat mesej email.Tapi masih tak faham faham.Adei menyesal pula selalu skip kelas arab dulu.Arab pun tak pernah lulus.Kalau tak kan dah senang nak bercakap dengan mereka mereka ni.

Memang tension bila dapat dokumen tak seperti yang aku harapkan.Bukan main beria-ia nak cepat sign dokumen.Bila dah email dapat balik macam ni gaya pula.Aku dah pesan siap bagi note tempat mana nak sign.Berapa copy perlu print.Pulangkan segera dokumen yang dah lengkap bersign.Kenapa lah susah sangat nak ikut arahan ni!Geramnya lah!

Lain yang disuruh lain yang dibuat.Bagi dokumen sana sini tertinggal sign.Tak reti nak cek sendiri dulu ke sebelum pulangkan balik?Kena aku juga ke yang cek kan untuk mereka ni?Takut tersalah sign tempat lain email lagi contoh tempat mana yang perlu di sign tapi bila dapat balik tempat lain juga yang di sign.Mana perginya contoh yang aku bagi?Tak reti nak buka ke?Buka benda lain reti pula kau orang ye?Stressnya lah!Minta buat dua copy bukan banyak encik.Dua sahaja.Tapi kenapa tak boleh nak print dua keping?Helaian yang tak penting boleh pula print banyak-banyak.

Bengang betul dengan orang tak faham bahasa ni.Cerewetnya tak padan dengan kerja.Benda-benda macam nilah yang buat kerja aku selalu tertangguh.Semangat yang berkobar-kobar nak siapkan kerja in advance untuk esok pun dah down.Terasa mahu dikoyak-koyak dokumen-dokumen ni depan bos.Grrrrrrrr~!

September 19, 2011

Hari pertama

Bukan hari pertama ke sekolah ataupun hari pertama bergelar ister.Thehe jangan menggatal lah!Belajar masak dulu ya jangan harap masak mee segera saja hari-hari.Sebenarnya mahu sematkan cerita hari pertama aku masuk ofis selepas seminggu berehat di rumah.Memang bestlah hari-hari boleh bangun lewat.Dan bahananya aku terlambat masuk ke ofis hari ini.Pemalas!

Sampai di ofis kawan-kawan sudah menyambut dengan senyuman meleret.Seperti yang dijangka pelbagai soalan diajukan.Seminggu duduk berkurung di rumah mestilah rindu dengan kawan-kawan seperjuangan.Tapi bila sampai di meja macam-macam kertas berlonggok.Kerja jangan tanyalah.Hampir sesak dada melihat. Yang mana harus dibuat dahulu pun dah tak tahu.Banyak sangat sampai rasa nak muntah tengok kertas-kertas yang tak pernah surut atas meja.

Hari ini adalah hari yang paling sibuk untuk aku.Dan aku berjaya siapkan semua kerja-kerja yang tertangguh. Lunch dengan gelojoh pada pukul 2 ya.Sayangnya nak tinggal kerja atas meja :D Padan muka aku kan.Lain kali cutilah lama-lama lagi.Boleh stay di ofis sampai malam siapkan kerja yang menimbun.Two thumbs up pada diri sendiri.Walaupun datang lambat tapi mahu pulang segera.Sudah mahu pengsan~

September 18, 2011

Part-time study

Semakin lama semakin rajin pula meng'update' blog.Macam macam cerita pula yang hendak diabadikan di sini.Bila datang perangai malas sampai berkulat blog ini dibiarkan.Memang tak tetap pendirian betul lah kamu ini.Semalam aku ber'chit-chat' dengan bekas officemate lama.Beliau sedang bekerja sambil belajar.Pagi ke ofis seperti orang lain dan malam ke kelas.Belajar separuh masa.Pilihan subjek pula mengikut keselesaan dan kemampuan sendiri.Wow!Tiba-tiba keinginan untuk sambung belajar berkobar-kobar.Terasa ingin menambah lagi ilmu di dada.Cuma takut tak mampu untuk mengharunginya sehingga ke akhir perjalanan.Dalam hati ada rasa yang kuat untuk kembali menjadi seorang pelajar separuh masa.Mungkin ada baiknya aku sambung belajar dalam bidang pekerjaan yang sedang aku ceburi sekarang.

Lagi empat bulan untuk bergelar isteri orang.Mungkin tak mampu meneruskan niat itu untuk tahun ini dalam pada sibuk menyiapkan persiapan perkahwinan.Pastinya akan mendapat tentangan yang hebat.Sokongan juga mungkin tapi aku perlu memikirkan yang mana harus diutamakan dahulu.Bulan satu sudah selamat bergelar isteri.Selepas itu mungkin masa yang sesuai untuk aku sambung belajar.Tapi macamana kalau tiba-tiba bakal bergelar seorang ibu pula?Mampukah aku meneruskan perjalanan dengan keadaan perut membuyung dan lebih dahsyat ketika 3 bulan pertama yang pastinya sangat meletihkan dan memenatkan T_T

Belum apa-apa sudah fikir macam-macam yang boleh melemahkan semangat.Opps bukan lemah semangat cuma memikirkan masa yang sesuai untuk meneruskan pengajian.Hasrat tetap ada kukuh di hati ini cuma mungkin masanya belum sesuai.Tiba-tiba pula bersemangat untuk mengajak bakal suami join sekali.Lebih bersemangat bila ada teman.Di rumah boleh buat study group.Ada teman untuk diajak berbincang bila tiba masa untuk menyiapkan assignment.Dan ada juga teman berdiskusi untuk persiapan exam ^_^

Ya lah sangat.Kalau suami isteri sibuk mahu belajar anak-anak mahu dicampakkan di mana? T_T Lupa pula tentang anak-anak.Heh jangan sibuk pasal anak-anak lah.Cukup cukup.Sudah lewat malam.Mahu tidur dan bangun awal esok pagi.Masa bergoyang-goyang kaki sambil merehatkan otak sudah berrakhir.Indahnya kalau tak perlu bekerja di ofis.Mahu duduk di rumah saja.Sob sob.

September 17, 2011

Sila buat list-to-do

Selalunya aku akan buat list ini untuk kerja-kerja di ofis sahaja.Kerja memang tak pernah surut dan sentiasa ada hari-hari tapi aku seorang sahaja yang bekerja.Jadi setiap hari aku terpaksa menyenaraikan apa tugasan yang perlu aku buat untuk keesokan harinya.

Khamis malam Emi (bff sewaktu di ofis lama) dan suami datang menziarah aku.Kami bersembang rancak dan terbukalah perihal pernikahan aku yang cuma tinggal 4 bulan sahaja lagi.

"Kau dah siap ke semua persiapan nak nikah?"

Aku dengan confidentnya menjawab.

"Dah.Dewan dah book.Andaman dengan  photographer pun dah book.Katering pun dah book".

"Oooo semua benda-benda besar dah booklah ya?Ok lah macam tu tak kelam kabut"

"Tapi baju nikah aku tak tempah lagi.Kad tak buat lagi.Ingat nak buat barang hantaran sendiri tapi memang tak buat apa-apa lagi.Souvenir pun tak cari lagi sebab lama lagi kan".

"Cik kak ooiii...4 bulan tu tak lama dah.Kau tak buat apa-apa lagi memang menggelupur lah kau last-last minit nanti.Kad bukan boleh siap on the spot.Kau nak agihkan lagi.Baju nikah ambil masa nak jahit.Dah siap jahit nak kena alter selalu takut tak fit.kalau ada yang tak kena macamana?Hantaran nak buat sendiri benda tu pun take time.Kau ingat boleh siap sehari dua???"

Belum sempat aku menjawab suami Emi pula mencelah.


"Ujian HIV dah buat?Kursus kahwin dah pergi?Borang nikah dah isi?Tok kadi dah booking?"

Geleng dengan lajunya.Emi dan suami mula membeliakkan biji mata.Bagus.Perancangan yang rapi tapi masih banyak yang tak tahu.Ujian HIV perlu buat appointment dulu di mana-mana klinik kesihatan.Dua bulan kemudian baru akan dipanggil.Kalau bernasib baik sebulan sudah boleh mulakan pemeriksaan.Keputusan pula akan dikeluarkan sebulan kemudian.Tanpa ujian HIV pernikahan tidak boleh dilangsungkan.Rasa mahu menangis menitik-nitik.Tinggal lagi empat bulan dan pelu ambil masa tiga bulan untuk ujian HIV.Great!

Kalau tok kadi sibuk masa aku nak menikah nanti siapa pula yang akan ganti tempat tok kadi?Fikir-fikir.Borang nikah pula perlu ambil di mana?Arghh banyaknya lagi yang tak setel.Ingatkan masih ada masa yang panjang boleh menghabiskan masa-masa bujang bersama kawan-kawan.Tapi empat bulan itu sangat singkat untuk bakal pengantin macam aku T_T.Perlu guide dari orang yang berpengalaman.Kalau salah tolong tunjukkan~

September 16, 2011

Bergurau atau serius?

Bila ke pasar terserempak dengan jiran sebelah rumah sedang memilih buah-buahan.Datang ummi lalu bertanya "beli buah ke?".Makcik sebelah pun menjawab dengan jujurnya "haah nak beli buah ni".Dan aku pula teringat kata-kata nabil dalam raja lawak episod yang entah ke berapa.Dalam hati dah mula mengomel sendiri "memang makcik tu tengah pegang buah takkan makcik tu nak beli basikal kot"
Itu ummi.Aku sendiri pun bila terjumpa anak jiran dalam lif sambil menunggu lif sampai ke tingkat 16 still akan bertanya "baru balik kerja ke?".Memang sahlah orang tu berkemeja dan bertie siap ada pass pejabat lagi tergantung di leher.Takkan baru balik pasar kan?Tapi itulah sebenarnya cara kita orang Malaysia berbudi bahasa.

Hari Khamis yang lepas aku gagahkan diri juga untuk mengecat luar rumah yang dah mula menunjukkan tanda-tanda kehijauan di sekitar dinding.Tengah mengecat datang seorang nenek.Nenek ini dulunya pernah datang mengurut ummi yang sakit-sakit badan dan juga memberi air penawar kepada adik bongsu aku.Air penawar yang mahal dan tak berkesan.Memanglah tak berkesan kalau hanya mengharapkan air penawar tanpa berdoa dan berusaha.Air penawar pun dibuat oleh manusia sendiri.Tapi bukan perihal air penawar atau mengurut.

Aku nampak nenek yang dipanggil Nek Nah itu menuju ke rumah aku.Lagi beberapa jengkal Nek Nah pun menegur aku dengan selambernya."Tengah buat apa tu nak?Tengah buat kuih ke?".Dan aku yang ketika itu sedang mencangkung sambil menenyeh roller cat ke dinding serba salah untuk menjawab.Tak pasti samada Nek Nah berlawak atau memang betul-betul bertanya.Adakah aku nampak seperti sedang membuat kuih di luar rumah sambil mencangkung dan tiada sebarang peralatan memasak?Ini baru kena dengan lawak Nabil yang aku selalu ingat bila menegur seseorang.Ketawa terpaksa ditahan dan kepala terpaksa dianggukkan dengan lajunya.Tak mahu mendengar soalan yang bukan-bukan lagi terkeluar dari mulut Nek Nah.

September 15, 2011

Cute Couple Contest

Okey dengar tajuk contest macam ala-ala geli je kan.Hehe tapi hakikatnya aku dah join contest ni.Walaupun gambar yang diupload di dalam wall Pameran Pengantin Malaysia memang totally out tapi sekadar suka-suka nak mencuba nasib.Untung sabut timbul ^_^

Semangat berkobar-kobar untuk join kuiz online semalam dah terbuku.Lagi setengah jam kuiz nak bermula ada sahaja benda yang perlu diselesaikan.Terpaksa ditinggalkan kuiz yang bakal berlangsung dengan perasaan sebal.Cewah ayat memang skema habis lah.Kuiz online hari rabu pun ditunda disebabkan masalah teknikal yang dihadapi oleh organizer.Hampa.

Tiba-tiba datang idea memalukan.Apa kata cuba join contest.'Real Wedding-Cute Couple Contest'.Cari-cari gambar yang sesuai tapi tak jumpa.Semua gambar berdua yang ada ibarat hidup segan mati tak mahu.Tapi disebabkan terdesak untuk join juga contest tersebut aku masukkan sahaja gambar yang ada.Memang sangat annoying perangau aku T_T. Gambar diupload di wall Pameran Pengantin Malaysia dan mula promote diri sendiri.Ergh terasa tebalnya muka ni saat itu.Tapi kemaruk punya pasal aku abaikan perasaan malu yang tengah menebal.Gambar memang tak cute lah.Ramai lagi contestant yang cute-cute cantik-cantik manis-manis.Tapi masih nak promote diri sendiri.Kalau aku dipaksa untuk like pun aku akan berkata-kata bukannya cute pun jauh sekali cantik tapi ada hati nak suruh aku like.T_T

Jenuh mem'promote' diri sendiri tiba-tiba terfikir untuk jenguk prize yang ditawarkan.Persandingan di pentas utama Ampang Point??24 September 2011?Tarikh pernikahan aku ialah pada 21 Januari 2011.Untuk bersanding atas pelamin pastilah aku perlu pegang-pegang tangan encik tunang dan berpeluk lengan di depan semua orang termasuk ummi dan ayah.Walaupun masih belum sah tapi terpaksa berlakon macam suami isteri.Memang tak laahhhhh.Harus di saat itu juga telinga aku terpaksa menahan bebelan ummi dan jelingan tajam ayah.Tak boleh jadi ni!Terus stop menghantar mesej untuk like diri sendiri dalam fb.Fuh cerita nak gempak.Macamlah kau confirm menang.

Love Pameran Pengantin Malaysia tapi contest kali ini rasanya memang tak sesuai dengan aku.Walaupun sudah tahu dari awal lagi tapi masih berdegil untuk join.Memang budget cute -_-' 

September 13, 2011

Kuiz online

Minggu ini ada lebih banyak kuiz online dari Pameran Pengantin Malaysia.Yeay!Aku sudah 2 kali menang untuk kuiz online ini.Selama ini aku tidak pernah terfikir untuk join apa-apa contest yang melibatkan orang ramai.Bukan bongkak atau budget bagus tapi memang aku tak suka berebut dengan orang ramai.Terutama yang melibatkan soal jawab.Selalunya aku pasti akan kalah.Tapi alhamdulillah selepas empat kali join kuiz online ini aku telah menang dua kali.

Kali pertama mencuba aku tidak berjaya menjawab dengan pantas dan tidak sedar pun kuiz telah bermula maka jadilah aku contestant yang entah ke berapa puluh menjawab.Memang tak menanglah kan bila kau terkial-kial sedangkan orang lain dah ramai yang mula.Kali kedua pula hanya kesilapan susunan sahaja yang menyebabkan kekalahan aku.Sudah jadi yang terpantas tapi tidak mengikut skema jawapan.

Kali ketiga aku mencuba nasib.Pelbagai persiapan dibuat.Study laman web dan akaun fb penaja.Study masa zaman belajar dulu pun tak macam ni.Kalau tidak mesti aku akan score untuk semua subjek -_-'.Kuiz bermula pada pukul 3 petang dan aku sudah setia menanti seawal jam 2.30 petang.Aku sanggup siapkan semua kerja-kerja bos awal pagi supaya tak menggangu perjalanan kuiz nanti.Dan jeng jeng jeng akhirnya berjaya.Gembira tak terkata.Hadiah kuiz online pertama yang aku peroleh sepanjang 26 tahun thehehe.

Ramadhan white room photoshoot tajaan The Photolicious bernilai RM500.Sengih sampai ke cuping telinga.Tapi hadiah tersebut masih belum sempat diclaim.Kuiz online kedua yang aku menang pula ialah pada hari Rabu dua hari sebelum aku bercuti raya.Taktik menjawab sama digunakan.Study sampai lebam dan sabar menanti depan pc tanpa berganjak walaupun saat-saat kecemasan lampu di atas kepala terbakar.Janji dapat jawab kuiz dulu yang lain sudah tak penting.Sekali lagi aku menang.Dan hadiah kali ini merupakan satu custom album bernilai RM500 dari Mycutemoment.com.Memang cute sangatlah sudi taja hadiah yang marvelous ni.

Rezeki bulan Ramdhan dan Syawal.Siapa yang jangka?Aku sendiri tak pernah menjangka yang aku akan menang kuiz-kuiz seperti ini.Esok ada lagi satu kuiz online tajaan Mycutemoment lagi.Voucher RM200.Mahu mencuba nasib lagi.Manalah tahu kali ini rezeki orang sakit pula.Sudah boleh cover untuk pre-wedding photoshoot.Mahu tidur sambil bermimpi soalan untuk esok =)

September 12, 2011

Hati yang gundah

Aku mengambil keputusan untuk berehat sahaja di rumah sehingga keadaan betul-betul pulih.Tengkuk yang bengkak dan tegang tak membenarkan aku bergerak ke mana-mana.Badan juga masih lebam-lebam.Kaki masih tidak mampu untuk menekan clutch kereta.Jadi dalam keadaan diri yang masih tidak mampu untuk berbuat apa-apa aku hanya bekerja dari rumah.

Alhamdulillah aku mempunyai seorang bos yang sangat memahami dan boleh bertolak ansur.Aku diberikan kebenaran untuk berehat sehingga sembuh.Hari pertama berehat di rumah sudah mula risaukan keadaan ofis.Bila hampir kesemua client adalah orang Iran aku tak boleh nak bersenang lenang sahaja.Pasti akan ada kerenah yang menyakitkan hati.Terasa mahu pergi ke ofis pagi esok untuk selesaikan segala kerja yang tertangguh tapi bolehkah berjalan dengan keadaan macam robot ini?

Banyak arahan yang diterima melalui email.Dan aku masih tidak mempunyai pembantu untuk menguruskan hal di ofis sementara aku sedang bercuti.Hanya mengharapkan budi baik budak despatch untuk membuat kerja-kerja yang kecil.Susahnya bila semua tanggungjawab terletak di bahu ini.Celik mata ingat kerja tengah makan ingat kerja nak masuk tidur pun masih ingatkan kerja.Hati tak senang selagi tidak berada di ofis.

September 11, 2011

Tragedi Highway Guthrie KM11.8

Semalam aku dah janji dengan kakak angkat kesayangan, Kak Sofiah untuk pergi beraya di rumah bekas bos kak Sofiah iaitu pakcik aku.Yee kak Su bekerja dengan pakcik aku dulu.Sebab tu lah kami rapat lepas masing-masing dah belajar di IPT padahal masa sekolah menengah dulu stok pandang-pandang jeling-jeling saja.

Dari KL kami bergerak dua buah kereta.Kak Su dan suami serta Fayyadh yang comel bergerak satu kereta dan aku dengan akmal dalam satu kereta yang lain.Disebabkan kelewatan aku keluar rumah jadi kami berjanji untuk berjumpa di rumah pakcik aku saja.Lepas makan dan solat kak Su satu family bergerak dulu.Aku dan akmal cuba menghabiskan nugget yang ditinggalkan kak Su.Thehe peluang keemasan.Depan orang perlu lah sorok sikit perangai gelojoh.Jam 3.30 hujan renyai-renyai mula turun dengan lebatnya.Tapi aku dan akmal terpaksa juga meredah hujan lebat untuk pergi ke destinasi seterusnya.Hari sabtu memang penuh dengan aktiviti mengumpul lemak.Jadi untuk tidak menghampakan semua orang aku perlu bijak mengatur jadual perjalanan.Boleh lah rasa macam-macam menu~Weeeee

Disebabkan aku adalah seorang yang buta jalan jadi pakcik Sham bekalkan kami dengan GPS sebagai petunjuk arah kami.Dari Sungai Buloh bergerak ke rumah acik di Putrajaya.GPS ni memang membantu terutama untuk orang-orang yang sentiasa menggagau bila nak ke mana-mana macam aku lah kan.Pemanduan berjalan dengan lancar sehingga lah selepas tol pertama highway guhtrie dari Sungai Buloh.Jalan basah sebab baru lepas hujan dan aku dah bercita-cita untuk ke lane tengah selepas memotong kereta Avanza biru yang berada di depan.Tapi nasib tak menyebelahi aku.

Tengah concentrate memandu dengan kedua-dua belah tangan kejap di stereng tiba-tiba aku terasa tayar kereta lari dari landasan.Ke kiri dan ke kanan dengan lajunya.Aku yang mula panik cuba untuk mengawal stereng tapi tak berjaya.Elok saja stereng dipulas ke kiri jalan kereta mula berpusing dan meluncur laju sehingga pintu belah pemandu merempuh divider lane kiri.Kereta terpelanting ke tengah jalan dan berpusing-pusing dengan laju beberapa kali dan bontot kereta merempuh divider lagi dengan kuatnya.Bonet kereta mula terbuka dan segala barang-barang yang ada dah tercampak ke tengah jalan.Component dan aksesori kereta tercabut dan berterabur satu-satu di tengah highway.Dada aku terhentak ke stereng dan terhenyak kembali ke seat.Aku dapat rasakan leher aku dah mula tergeliat akibat hentakan kuat tersebut dan tangan sudah terlepas dari memegang stereng kereta.Akmal pula saat itu sudah tercampak ke seat belakang dan kami kembali berpusing di tengah highway.Saat itu aku sudah tidak mampu untuk berbuat apa-apa melainkan pasrah sahaja walau ke mana kereta itu membawa kami.Akhirnya selepas beberapa kali berpusing dan terhentak ke divider kereta kembali melantun ke lane kanan dan berhenti.

Saat itu hanya air mata dan kesyukuran saja dipanjatkan bila kami berdua tiada kecederaan parah.Aku menangis semahu-mahunya.Menyesal dan bersyukur kerana Allah masih melindungi kami adik-beradik.Orang ramai mula mengerumuni kami.Masih ada lagi lelaki-lelaki yang tiada perhubungan darah baik hati membantu kami.Mereka menjaga lane jalan supaya tiada kereta laju yang merempuh kami memandangkan kereta kami melintang di lane kanan.Benda pertama yang aku fikir cumalah telefon dan orang pertama yang terlintas adalah encik tunang memandangkan kereta tersebut adalah kereta encik tunang.Akmal pula sibuk mencari GPS yang dipinjam dari pakcik Sham.Encik Tunang dapat dihubungi.Seterusnya aku mendail no ayah dan juga pakcik Sham untuk datang membantu.Pertama kali terlibat dengan kemalangan ngeri.Panik dan tak tahu apa yang perlu dibuat.Aku tak segagah akmal bila akmal mula turun dari kereta dan mengutip barang-barang yang berterabur di tepi jalan dan aku pula hanya mampu menangis di dalam kereta.Tapi tangan masih juga sibuk mengutip barang-barang berharga yang sudah berterabur dari dalam beg.Beberapa minit kemudian baru semangat aku pulih untuk bergerak ke luar kereta.

Kami diarahkan untuk duduk di dalam kereta peronda highway.Akmal sudah mula menunjukkan kesakitan akibat hentakan-hentakan kuat dan aku masih kuat untuk berjalan sendiri.Selang beberapa minit kemudian pakcik Sham datang untuk membantu.Kami duduk berteleku di dalam kereta pakcik Sham.Ambulans datang untuk membawa kami ke Hospital Sungai Buloh.Akmal dibawa masuk ke bilik pemerhatian di wad kecemasan separa kritikal dan aku masih mampu menungg nombor giliran di wad yang sama.Alhamdulillah tiada apa yang patah melainkan lebam-lebam dan bengkak-bengkak di badan.Pukul 11.30 malam kami bergerak keluar dari hospital.Dan hari ini aku yang gagah semalam mula merasakan kesakitan di seluruh badan.Sudah tak mampu bergerak seperti biasa.

Syukur Ya Allah.Hanya kesakitan yang tak seberapa ini Kau turunkan kepada kami.Kau masih melindungi Kami walau Kami sering lalai mengingatiMu.Aku mula jadikan apa yang berlaku ini sebagai peringatan kecil dari Allah untuk Kami yang selalu melupakanNya.Terima kasih Ya Allah untuk kesempatan yang tak terhingga ini~

September 7, 2011

Asal selesa balun saja

Fesyen?Gaya?Mutu keunggulan.Sudah sudah asyik nak mengaruk saja (ikut tone dialog pendekar bujang lapok).Bercakap pasal fesyen aku memang ke laut.Aku bukan seorang yang suka mengikut fesyen terkini. Keluarlah tudung belit macam mana pun sarung terus siap ke ataupun ala-ala mak datin merelip sana sini sampai sebatu dah boleh nampak kau datang aku tetap tak ambil tahu jauh sekali nak mencuba.

Bila malas dan tak ada choice terpaksa juga lah sarung tudung-tudung berkenaan.Tapi biasanya tak lama boleh bertahan.Cukup sehari dua aku tetap akan cari tudung bawal kesayangan juga.Aku tak pernah kesah bila orang dah siap pakai tudung ekspress tapi aku baru terhegeh-hegeh nak menggosok.Janji selesa susah sikit pun tak apa.Muka aku sangat tak sesuai mengenakan tudung-tudung terkini ni walaupun ramai yang cakap 'cantik lin pakai tudung macam tu'.Heh saya tak layan godaan la.Cantik di mata orang tetap buruk di mata aku.

Aku juga lebih selesa mengenakan baju kurung untuk ke ofis.Walau ke mana-mana sekalipun aku akan sedaya upaya menggayakan stok baju kurung sealmari yang aku ada.Ya aku lebih banyak koleksi baju kurung dari t-shirt atau blouse atau kemeja.Biarlah orang nak kata aku minah kampung atau tak up-to-date tapi bagi aku baju kurung sangat selesa untuk bergerak walau di mana sahaja dan paling best encik tunang juga suka aku berbaju kurung.Lebih manis katanya.Tersipu-sipu malu (,")
Bila dah malas dan rimas nak bercatik-cantik nampaklah macam ibu kepada dua orang kanak-kanak ni
See macam makcik kan?Kalau encik tunang nampak gambar ni confirm gelak guling-guling T_T



September 6, 2011

Blogger dan gambar??

Aku suka membaca.Hobi aku membaca.Tak perlulah sebut berulang-ulang kali perktaaan membaca tu kan.Aku akan baca apa sahaja termasuklah gosip-gosip hangat artis.Opps bukan apa sahaja.Tidak termasuk buku-buku teks sekolah menengah kecuali buku komsas atau cerpen pendek.Pendek kata apa sahaja buku yang mempunyai jalan penceritaan yang menarik dan berdialog.Dengan itu aku sangat rajin untuk membelek setiap blog yang aku jumpa.Ada juga beberapa blog yang aku kerap buka tetapi tidak menjadi follower bukan kerana ego atau berlagak tapi aku memang tak reti untuk menjadi follower blog.Gila kuno lah kau ni.Setiap kali aku klik pada button follow yang ada akan keluar lin.hifdzico tanpa gambar di blog kesukaan aku.Serius menyampah bila tengok email blog tanpa wajah yang terpampang.Jadi aku buat keputusan untuk membaca dan melawat tanpa menjadi follower T_T

Setiap kali aku membelek blog-blog ternama mahupun tidak ternama akan ada gambar di setiap post-post mereka.Betul ke blogger dan gambar tak dapat dipisahkan?Tapi kenapa dalam blog aku satu gambar pun tak pernah wujud kecuali dalam profile sendiri.Itu sebab kau bukan blogger ternama dan tegar.Kau cuma watak cipisan sahaja.Ceitt~Cuma post ketiga atau keempat aku sahaja yang ada terselit gambar-gambar penting untuk aku dan itulah kali pertama dan terakhir aku selitkan gambar dalam post aku.Sebabnya aku rasa semua gambar yang aku ada dah dimasukkan dalam akaun fb jadi tak perlulah aku nak upload 2-3 kali kan.Macam lawa sangat kau punya gambar sampai nak tayang sini sana.Tapi sejujurnya aku dah lupa cara untuk masukkan gambar dalam blog ini T_T

Walaupun cuma aku yang menghadap blog ini hari-hari rasanya perlu aku selitkan beberapa gambar penting untuk diabadikan dalam blog ini.Dear diary kan luahan hati aku jadi tak salah untuk aku simpan detik-detik indah yang dah dirakam di dalam diary ini kan?Will learn how to upload picture in every post soon~

September 5, 2011

Trend raya tahun ini

Excited nak upload gambar raya dalam fb.Tak sabar-sabar nak tunggu buka ofis.Bukan sebab nak bekerja tapi nak upload gambar semata-mata.Haishh~Belek-belek gambar raya yang ada dalam hard disk.Gila banyaklah! Sampai 200 lebih.Dah macam gambar kawin ni.Kalau minta dicuci gambar-gambar tu mana mau korek duit ni?Cuci sendiri guna asid boleh kot~Ngeeee

Bila dah tengok semula moments indah yang dirakam baru perasan sesuatu.Kenapa dalam gambar raya tahun ini banyak sangat gambar melompat?Terpengaruh dengan album kahwin siapalah ni.Ishishish sampai aku pun terjebak sekali dan lompatan yang paling huduh pastilah aku kan.Mungkin trend melompat untuk tahun ni.Tahun depan aksi lain pula ya ^_^

Setiap gambar aku mesti akan ada bentuk V atau sebutan bandarnya peace.Ceit~Apasal lah tangan ni gatal sangat nak buat peace juga.Cubalah angkat ibu jari tangan ke ibu jari kaki ke lima jari ke.Dan setiap gambar aku juga mesti tak boleh duduk diam.Senget kepala senget badan sengat tangan asal ada yang senget la.hPerlu ke nak lentok-lentokkan badan macam perempuan gedik?Menggelenyar betul kau ni kan.Kira habis kiut lah kalau aku lentok-lentok macam ulat bulu tu T_T Tahun depan cuba trend ulat beluncas pula ya~

Dari raya pertama sampailah raya keempat gambar malam kami dipenuhi dengan aktiviti makan-makan.Barbeque sampai tengah malam.Malam pertama ayam panggang, malam kedua pun ayam panggang, malam ketiga sate ayam dan daging malam keempat juga sate ayam ditambah lagi dengan ayam KFC.Erkhh patutlah terasa berminyak-minyak muka ni.Lemak ayam dah memenuhi ruang mukaT_T Perlu ke aku potong usus perut ni supaya tak boleh terima makanan yang banyak lagi?Terasa diri bagai belon udara -_-"

September 3, 2011

Baju oh Baju

Seperti tahun-tahun yang sudah aku akan menempah 4-5 pasang pasang baju sekaligus.Bukan nak nampak hebat di hari raya memandangkan amalan pun segan-segan nak muncul time bulan Ramadhan kan cuma aku bukan kaki shopping.Jadi time raya ini lah jadi pilihan untuk aku memuaskan nafsu yang terpendam selama setahun.Heh kau memang bernafsu sentiasa lah~

Hari raya 2008 aku menempah 2 pasang baju dengan makcik tukang jahit bawah rumah.Sepasang kebaya dan sepasang kurung pahang.Tayang-tayang depan mata perfect!Try sarung di badan.Kenapa aku nampak macam nenek si bongkok tiga?Belahan depan baju tak centre.Setiap kali nak pakai baju itu aku terpaksa tarik dan pegang belahan depan baju supaya nampak centre.Orang lain riang gembira berjalan sambil berpegang tangan aku pula terpaksa berjalan dengan sopan sambil memegang butang baju!Baju kurung pahang pula boleh muat seorang lagi.Agaknya makcik ni ambil ukuran badan sendiri.Memanglah kata orang ukur baju di badan sendiri tapi kalau dah kain aku yang beli kenapa nak kena ukur badan makcik pula?

Tahun seterusnya aku menempah 2 pasang baju dengan tukang jahit di Terengganu.Terpengaruh dengan harga yang berkali-kali ganda murah dari KL.Dan tukang jahit kali ini direkomen oleh makcik aku sendiri.Malam raya baju masih belum siap dijahit.Sehingga pagi raya aku masih berbaju tidur.Sebelum ahli keluarga yang lain selesai solat raya aku bertemankan akmal pergi ke rumah makcik tukang jahit.Great!Makcik tukang jahit tengah menyiapkan kain baju kebaya aku.Dan aku tak bawa sepasang pun baju kurung spare untuk dipakai disebabkan level confident yang tinggi baju raya aku akan siap sebelum aku sampai ke kampung.Pagi itu aku tak beraya ke mana-mana.Hanya duduk di rumah menunggu baju raya yang belum siap dijahit.Hampir petang makcik tukang jahit datang menghantar baju sekali dengan butang baju untuk dijahit sendiri.Hebatlah makcik ni~

Tidak mahu perkara yang sama berulang aku membeli baju raya yang sudah siap dijahit di jalan tar pada tahun lepas.Aku membeli 3 pasang baju raya dengan harga RM500.Memang cepat pantas puas hati tapi dengan budget sebanyak itu untuk hanya 3 pasang baju tak berbaloi rasanya melainkan ada hati-hati yang penyayang dan pemurah nak sponsor.Jadi tahun ini aku kembali menempah kain pasang.5 pasang dihantar ke rumah makcik jahit kegemaran ummi.Sebenarnya makcik jahit sebelah rumah makcik jahit ummi.Memandangkan makcik jahit ummi tidak menerima tempahan selain dari baju kurung dan aku pula terkinja-kinja nak mengenakan baju fesyen tahun ini jadi terpaksa dihantar kepada jiran sebelah makcik jahit ummi.5 pasang dikembalikan semula dan cuma sepasang baju akmal sahaja yang sempat disiapkan.Heh nasiblah~Excited buka plastik dengan senyuman.Aik!Kenapa baju akmal jadi baju aku?Makcik ni memang ikut suka dia nak pilih-pilih baju orang.Terlajak perahu boleh diundur terlajak tempahan hati lah merana.
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers