January 25, 2012

Saya seorang isteri

Assalamualaikum..

Harus ke start bagi salam bila dah jadi isteri orang je?Ehem isteri?Haishh blushing(,") Macam biasa orang kata bila dah jadi isteri orang semua nak kena jaga.Adab, perangai, tingkahlaku, percakapan, lebih-lebih lagi pergaulan. Maruah suami terletak di tangan kita. Jadi kalau tak nak maruah suami diinjak-injak tak perlulah buat perangai tak senonoh budak remaja yang baru nak naik kan.

Nak post status daripada bujang lagi sampai dah jadi isteri orang baru lah datang mood rajin nak mengupdate.Alhamdulillah saya dah selamat menjadi isteri orang untuk hari keempat.Isteri kepada Khalid Riduan Bin Ahmad. Kehidupan selepas berkahwin?Bahagia..sangat bahagia tapi masih banyak yang perlu dipelajari untuk menjadi isteri kepada suami saya sehingga ke syurga. Saya belajar step by step untuk menjadi sempurna di mata suami. Semoga Allah mempermudahkan perjalanan kami.

Banyak yang mahu diabadikan di sini tapi banyak juga yang perlu dibereskan sebelum bercuti lagi minggu depan :) Sambung update esok..pertukaran status dari engaged ke married.
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers