October 23, 2012

Amaran dari si kecil

Assalamualaikum..

Makin hampir dengan due date makin rajin pula kaki ni berjalan-jalan.Hari ni bercadang untuk makan tengahari di Wangsa Walk sahaja memandangkan mak-mak yang lain sedang sibuk menyiapkan kerja masing-masing.Oh oh time lunch ni la baru nak sibuk la buat-buat sibuk la kan :p Maka hari ni cuma aku dan aisyah sahaja berlenggang-lenggang memenuhkan perut.Cadangnya nak makan mengikut nafsu memandangkan due date hanya tinggal lebih kurang 7 hari sahaja lagi.

Ikan keli goreng, sayur kangkung, kuah sup ayam, telur masin, hati ayam.Nasi separuh disebabkan malu nak minta tambah lagi..orang berderet-deret tunggu giliran nak bayar di belakang.Air kelapa original..demand tak nak yang dah siap bancuh.Haruslah.Kan saya tengah mengandung ni!Disebabkan tak sabar-sabar nak menyentap di medan selera yang tak ada la sedap pun sampai sanggup tahan nak buang air kecil di ofis.Bila sampai di medan selera baru terhegeh-hegeh nak cari tandas awam yang tak dapat dipertikaikan lagi baunya.

OMG!Oh my god!Ya Allah!Apakah??Macamana boleh keluar darah pula ni?Baby ok ke?Baby sihat kan?Baby nak keluar ke?Memandangkan gaji bulan ni belum pun masuk ke akaun lagi saya mengusap-usap perut memujuk baby supaya bertahan sehingga gaji keluar.Tak tahulah apa motif menunggu gaji keluar.Mungkin saya lupa saya tidak boleh buat apa-apa pun dengan gaji bulan ni memandangkan saya harus berpantang dan tak dibenarkan keluar ke mana-mana mahupun teringin untuk makan apa-apa.Sigh -_-" Terkocoh-kocoh keluar dari bilik air.

"Aisyah..kenapa aku keluar darah?"
Bila ingat balik soalan yang saya ajukan terasa seperti dungunya kau!

"Wei..biar betul!Kau nak beranak dah kot.Jom balik ofis la.Ko pergi cek kat klinik terus"
Memang gelabah betul Puan Aisyah memandangkan dia satu-satunya orang yang harus bertanggungjawab kalau aku terberanak di situ.

"Sabarlah!Aku nak makan dulu.Habis makan kita balik ofis."
Masih sempat makan dalam keadaan tenang sambil berbual-bual tentang pengalaman bersalin masing-masing.Eh eh saya belum lagi..hanya Aisyah yang bercerita.Saya cuma boleh bercerita tentang pengalaman bersalin kawan-kawan lain yang pernah saya dengar sebelum ini ^_^v Terus excited telefon suami.

"Sayang..darah dah keluar lah."
Seperti yang dijangka suami macam cacing kepanasan.Terus telefon adik ipar beliau iaitu adik saya..mak mertua kesayangan untuk datang ke rumah menjenguk saya sementara dia masih di tempat kerja.Memandangkan suami mahu memohon cuti lama jadi beliau cuma akan mula bercuti bila baby confirm nak keluar sahaja.

Kecoh satu ofis saya keluar darah.Bukan banyak manapun cuma sepalit sahaja seperti mula-mula mahu datang period.Masing-masing sudah menghalau saya pulang.Mesti takut saya bersalin di ofis.Siapa pula mahu jadi bidan kan walaupun ramai yang cakap2 ayam volunteer mahu menyambut baby saya amboi..Terus menuju ke rumah ummi.Harus ada yang meneman saya ke klinik.Dibuatnya doktor lelaki yang cek mahu korek-korek pula berapa bukaan memang haru.Bonus bila ayah juga mahu ikut serta menemani saya.Suami sudah berpuluh-puluh kali bertanya khabar baby dan mummy dalam masa 2 jam sahaja.Risaunya lah suami saya

Lega bila doktor cakap darah keluar cuma amaran.Belum nak bersalin lagi walaupun darah tak berhenti-henti keluar.Selagi air ketuban belum keluar dan contraction belum pum mencapai 10 minit sekali maknanya tanda-tanda nak bersalin belum sampai.Mungkin minggu depan baby akan keluar.Macamana rasa contraction pun aku tak dapat bayangkan sebab sampai sekarang aku masih belum rasa sakit lagi.Harap-harap rasa contraction tu tak sedasyat yang digambarkan oleh rakan-rakan seangkatan.Assalamualaikum~


October 19, 2012

Breastfeed

Assalamualaikum..

Saya sudah mula memasang cita-cita untuk menyusukan anak sendiri dari awal kehamilan lagi. Bila mula-mula tahu mengandung saya dah bagi sikit hint pada suami dan suami bersetuju walaupun pada mulanya agak keberatan. Mungkin risau saya stress bila tak cukup susu untuk diberikan pada anak atau mungkin takut kehilangan kasih sayang si isteri. Kahkahkahkah. Ya lah..selalu yang berpeluk dengan kita mestilah suami kan..tapi kalau anak dah ambil alih pelukan kita lebih-lebih lagi anak yang menyusu badan mestilah teralih sikit kasih sayang tu. Jangan risau suami ku sayang. Kanda tetap nombor satu dalam hati dinda (,")

Sejak usia kandungan saya mencecah 2 bulan saya sudah mula membuka laman-laman web yang ada memberi offer untuk breast pump dan storage milk cup. Awal kan? Sebab saya memang bersungguh-sungguh nak breastfeed anak saya sampai umur 2 tahun..InsyaAllah kalau adik tak keluar seawal abang baru menginjak setahun. Kahkahkah lepaskan yang sulung dulu lah baru boleh cakap yang kedua.

Ummi pun sangat menggalakkan saya memberi susu badan sepenuhnya. Kawan-kawan sekolah yang sudah mempunyai anak juga memberi sokongan. Ada yang baik hati memberi nasihat secara percuma tentang cara-cara menyusu bayi dan membanyakkan pengeluaran susu badan. Tapi kawan-kawan di ofis lain pula ceritanya. Ada yang menyokong tak kurang juga yang sentiasa memberi pandangan negatif. Perlukah ada soalan-soalan begini di saat-saat kandungan makin menginjak tempoh matang??

"Nanti baby nak beli susu apa? Beli la susu blablabla elok sangat"

"Kau ni tak ada susu ni. Tak banyak keluar nanti. Nampak kecik je"

"Cakap je nak susu badan tapi nanti macam aku. Susu tak nak keluar langsung. Kena bagi susu tepung"

"Tak boleh nak harap susu badan je..kena standby susu tepung jugak"

Erkhh geram sungguh. Tapi semua itu tak melunturkan semangat aku untuk meneruskan niat memberikan yang terbaik buat anak yang bakal lahir ini. Mummy akan berusaha sehabis mungkin untuk kamu sayang. Assalamualaikum~

September 19, 2012

34 minggu

Assalamualaikum..

Setelah lama bersarang baru hari ini datang mood untuk bercerita dan menaip. Disebabkan keadaan ofis yang makin huru hara menjadikan saya seorang yang moody. Janganlah berjangkit dengan anak kecil mummy nanti ya.

Anak kecil saya sudah berada dalam minggu yang ke-34. Masih berbaki lagi 6 minggu untuk melihat dunia luar. Sudah semakin aktif. Suka sangat tendang-tendang perut tegang mummy membuatkan saya semakin tak selesa. Anak kecil saya sudah 2.1 kg. Kecilnya sayang. Tapi agak panjang sedikit. Keturunan daddy memang tinggi. Baguslah. Hero mesti tinggi lampai kan :) Tak sabar mummy nak cium peluk kamu.

Minggu lepas dah mula beli baju sikit-sikit. Memang comel-comel baju baby ni ya. Anak pertama agak teruja nak bershopping lagi-lagi bila tengok baju kecil-kecil. Geram sangat! Hari-hari belek baju si kecil ni. Tak sabar  mummy nak sarungkan pada badan kamu sayang. Tok Umi pun dah mula pandai shopping baju baby. Tiga pasang dari Tok Umi tiga pasang dari daddy. Mak Uda pun dah belikan kelambu untuk kamu sayang. Memang bertuah kamu jadi cucu sulung. Jadi kesayangan semua tapi kalau banyak ragam kena cubit juga tau.

Kepala anak kecil saya sudah mula menurun ke bawah. Tak lama lagi saya akan dengar bunyi tangisan bayi setiap hari. Hero saya..kecintaan saya~Assalamualaikum..

Mak Uda yang dah tak sabar-sabar nak gomol baby kecil saya
Pasangan serasi bersama.Aisehh terasa macam baru semalam bercinta. (,")

June 12, 2012

Kecantikan luaran dan dalaman

Assalamualaikum..

Semalam duduk berbual dengan budak akaun.Memandangkan saya dah pun nak berhenti dan kerja-kerja semua sudah disiapkan pagi-pagi jadi masa petang saya dihabiskan dengan bermain game ataupun berbual-bual kosong.Selama ni saya cuma berbual kosong tanpa dapat sebarang faedah atau pahala dari perbualan tersebut tapi semalam perbualan kami agak ke arah ilmiah yang saya sudah amalkan sekarang.

Man nama budak akaun yang telah memberi kesedaran kepada saya.

"Kak lin dah berapa bulan sekarang?"

"Baru masuk lima bulan."

"Jadi sekarang ni kak lin dah boleh dengar ayat-ayat al-quran dalam internet."

"Tapi akak dah baca quran lepas subuh dengan maghrib.Setiap hari"

"Yang kita baca tu pagi sekali dan malam sekali kak.Yang ini biar baby dengar ayat-ayat al-quran tu setiap masa.Kalau nak dapat anak lelaki yang handsome dengarkan surah yusuf dan kalau anak perempuan dengarkan surah maryam.InsyaAllah akan dapat anak yang handsome dan ayu macam mak dia.Untuk bulan-bulan terakhir amalkan surah luqman untuk dapat anak yang soleh, baik dan sihat tubuh badan.InsyaAllah"

Terima kasih daun keladi.Memang banyak tips yang saya dapat sepanjang tempoh mengandung anak sulung ni.Saya takkan dapat tips-tips untuk dapat anak soleh dari misi-misi dan doktor yang saya jumpa tapi orang-orang sekeliling saya sangat prihatin dengan anak kecil saya ini.Assalamualaikum...
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers