May 23, 2012

Jengkelnya dengan orang yang selalu tunjuk bagus

Assalamualaikum..

Hati saya sedang berada ditahap kejengkelan yang amat sangat.Saya tahu perasaan-perasaan tak enak tu memang tak bagus untuk ibu-ibu mengandung takut ter'effect' anak dalam perut tapi kali ni perasaan tu tak dapat lagi nak ditahan-tahan.Sudah tahan selama mungkin dan kali ini akibat kejengkelan melampau terasa pula ingin memuntahkan keluar semuanya.Keluarlah supaya tiada lagi kejengkelan dalam hati.

Macam mana panasnya tajuk di atas macam tu jugalah tahap kepanasan yang melanda saya sekarang.Arghh stressnya.Makin lama saya di sini makin bergegar otak.Kenapalah peru ada orang-orang sekeliling yang sentiasa menambah dosa saya mengutuk dalam hati?Berdosa tahu!Tolong jauhkan diri dan jangan muncul lagi depan saya.Saya ingin hidup dengan senyuman ikhlas setiap hari.Kasihanlah anak dalam perut saya ini..dia pun inginkan senyuman mummy di dalam sana.Assalamualaikum~

May 22, 2012

Risau

Memang hati saya sekarang tengah risau.Sangat risau.Risau bila tak ada masa untuk pergi checkup kali pertama dan risau bila buku pendaftaran pun masih belum ada lagi.Sangat risau nak ke klinik takut dimarahi nurse dan doktor tapi lagi risau mengenangkan bayi dalam perut.Apalah anak saya buat sekarang.Sihat ke dia?Membesar dengan baik ke dia?Cukup ke segala vitamin protein untuk membantu tumbesaran dia?Sayang mummy dan daddy..mummy doakan sayang baik-baik saja dalam perut mummy ya.Ingat walau apa pun jadi mummy sayang sangat dengan kamu.Daddy dah tak sabar-sabar nak main dengan kamu.Hari-hari daddy akan usap kamu.Mummy bercakap dengan kamu bila daddy pergi kerja.Kamulah pelengkap hidup daddy dan mummy.Mummy janji mummy akan luangkan juga masa untuk check kamu ya sayang.Ya Allah..peliharalah dan lindungilah anak kami.

Susahnya bila menjadi orang bawahan manusia-manusia yang jarang-jarang memikirkan keadaan dan kesihatan orang lain.Sangat susah untuk ibu-ibu yang berkondisi macam saya.Silap sikit pasti pintu rezeki akan ditutup terus.Tapi cuma saya.Ya!Ketidakadilan itu cuma pada saya..pekerja bawahan yang tidak dipandang apatah lagi untuk dihargai.Tabahkanlah hati..sabarkan diri.Asal ada baby dan suami yang sentiasa di sisi saya masih mampu bertahan untuk sementara.Assalamualaikum~

May 21, 2012

Sensitif

Assalamualaikum...

Sejak mengandung ni senang sangat nak terasa hati, kecil hati, merajuk, menangis tak tentu pasal.Kadang-kadang hal-hal kecil pun boleh jadi sentap dua tiga hari.Lebih-lebih bila dengan suami sendiri.Bila suami tinggi suara mulalah nak mengalirkan air mata buat drama sebabak dua.Walhal suami cuma nak mengusik.Anak mummy nanti janganlah ikut perangai mummy ya.Suka sangat buat drama melayu.Tapi pelik.Bila dengan orang sekeliling contohnya jiran-jiran..saudara mara..keluarga tak adalah pula rasa nak merajuk.Cakaplah apa saja telinga ni rasa macam tuli saja.Hati pun serta merta jadi keras.Tak ada perasaan sensitif kecuali untuk naik angin.Ya!Dengan orang lain selain suami sendiri memang mudah sangat nak naik angin.Hormon hormon.

Mahu berkongsi pasal semalam.Saya dan suami baru pulang dari rumah atuk yang tinggalnya tidaklah jauh mana.Lebih kurang 5 minit dari rumah kami.Semalam ada sikit makan-makan sempena meraikan kepulangan makcik saya yang baru pulang dari menunaikan ibadat umrah.Memandangkan suami dalam proses pasang badan jadi hanya saya seorang saja yang makan bersungguh-sungguh.Habis segala juadah mahu dicuba.Perut sudah dibiarkan kosong sejak tengahari.

Saya dan suami solat berjemaah malam tu.Lepas solat suami dah pesan segelas susu kambing dan saya baru saja melunjurkan badan di atas sejadah.Sejak mengandung ni urat saraf selalu sakit-sakit.Tiba-tiba suami bersuara "tak apalah sayang..saya buat air sendiri".Pap.Terasa macam ada benda yang ditarik dari ulu hati.Terus saya buka telekung dan naik ke atas.Cadangnya untuk mengemas baju di dalam almari tapi disebabkan kejadian sebentar tadi terus terpadam niat untuk mengemas baju.Saya habiskan masa dengan memotong kuku kaki dan jari.Hampir 10 minit di atas saya turun.Suami sedang ketawa riang sambil menonton KONGSI.Tengok TV sorang-sorang pun boleh ketawa sungguh-sungguh.Di atas rak TV ada segelas air susu kambing.Saya mencapai bantal dan baring di belakang suami.Memandangkan suami sudah pun menghalang pemandangan saya untuk sama-sama menonton saya ambil keputusan untuk pura-puran tidur.

Tap tap tap makin lama makin laju.Semakin laju bila suami mula baring di sebelah dan menegur.Terpinga-pinga suami bila saya menangis.Akhirnya bukan pujukan yang saya terima tapi makin galak pula suami ketawa.Kali ini ketawakan saya pula.Dan akhirnya kami sama-sama ketawa dan keadaan menjadi seperti biasa.Ceit memang kaki drama.Inilah orang yang suka ketawakan saya dan dia adalah suami yang paling saya cinta.Makin cinta dari sehari ke sehari.Penyeri hidup saya.Assalamualaikum~





May 20, 2012

Maafkan saya

Assalamualaikum..

Entah untuk yang ke berapa kali rasa tak senang ini singgah.Tak senang untuk berkhidmat di sini lagi.Terlalu banyak yang bukan-bukan di sini.Terasa setiap suapan nasi dan makanan yang masuk ke dalam darah daging datang dari benda yang tak betul.Ya Allah selamatkanlah anak ku..selamatkanlah keluarga kami dari sebarang kejahatan dunia.Kadang-kadang terasa mahu mengambil keputusan terburu-buru meninggalkan semua ni tapi bila fikir sedalam-dalamnya dengan keadaan yang tak mengizinkan adakah rezeki saya di tempat lain?Tak sanggup untuk meneruskan perjuangan yang tak betul ini dan terasa lemah untuk bertahan dalam situasi kucar kacir ini.Ya Allah bukakanlah pintu rezeki untuk anakku supaya kehidupannya diberkati olehMu.Lindungilah dia Ya Allah.

Maafkan mummy sayang.Ini saja yang termampu untuk mummy lakukan ketika ini.Andai ada rezeki dari Allah mummy akan segera lakukan yang terbaik untuk kamu.Assalamualaikum~

May 19, 2012

Posing dulu

Assalamualaikum...

Selepas 2 bulan lebih saya dan suami berkahwin barulah berkesempatan untuk pergi sesi photoshoot studio.Sebenarnya bukan kami yang tak ada masa tapi macam-macam pula alasan photographer dan mak andam untuk membenarkan kami ke studio mereka.Tak ada photographerlah..tak ada mak andamlah..ada eventlah..sibuklah.Photographer dan mak andam kami adalah dari butik yang sama.Sudahnya kami terpaksa menunggu selama dua bulan lebih untuk membolehkan kami ke studio mereka.Dengan perut yang semakin membuncit saya terpaksa memilih baju besar yang sesuai untuk dipakai oleh ibu mengandung.Saya dan suami terus bergerak ke butik mak andam selepas kerja.Terkejar-kejar.Sampai di sana terpaksa menunggu giliran untuk makeup memandangkan space menyolek yang terhad.Mujur suami dihidangkan sate yang sedap dan gebu untuk menutup mulut beliau dari terus mengomel.Sesi fotografi bermula pada pukul 8 malam dan berterusan sehingga pukul 11 malam.Sangat letih rupanya main salin-salin pakaian ni.Senyum pun dah makin sumbing tapi abang photographer tak puas-puas lagi nak ambil caption yang menarik dari kami.

Selepas beberapa jam inilah hasilnya.Boleh tahan walaupun nampak sangat muka terpaksa berposing.Arghhh!!
Assalamualaikum~

Eh suami saya macam Wak Parjo la!




Oh jatuh cinta sekali lagi


May 18, 2012

Saat penyatuan

Assalamualaikum..

21.01.2012 salah satu tarikh besar dalam hidup saya dan suami.Detik yang telah menyatukan kami menjadi sepasang suami isteri dengan izin Allah.Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan teratur.Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan hari bersejarah saya dan suami terutama keluarga tersayang dan saudara mara.Dengan sekali lafaz saya sah menjadi seorang isteri kepada suami saya.Gembira.Itu yang dapat saya gambarkan dan percintaan kami semakin kuat dengan kehadiran zuriat di dalam perut comel saya.Anak mummy dan daddy.Suami saya suka sangat dengan panggilan daddy.Konon macam mat saleh sangatlah.Saya tak kisah dengan apa panggilan pun tapi untuk sesuaikan dengan daddy terpaksalah menggunakan panggilan mummy juga instead of best juga bila anak panggil mummy mummy.Bila agak-agak nak naik angin boleh bertukar ke mamee monster.

Masa untuk mengimbau detik penyatuan kami.Mood berjiwa-jiwa pula hari ini.
Assalamualaikum~

Dinikahkah oleh ayahanda tersayang.
Sah menjadi isteri Khalid Riduan Bin Ahmad.
Yang manis di belakang  ummi kesayangan saya.
Sepuluh jari suami saya merah dengan inai.
Excited sungguh.
Ayahanda tersayang sama-sama mendoakan 
kebahagiaan anak gadis dan menantunya.


Selepas akad nikah suami terus pulang ke Sri Gombak 
untuk majlis persandingan.
Anak-anak gadis oh termasuk sekalilah mak-mak dara.
Orange theme.
Sepupu merangkap pengapit.
Single but not available.
Ibu mertua saya.

May 17, 2012

14 minggu

Assalamualaikum..

Lamanya tak menulis apa-apa dalam diari ni.Hati meronta-ronta untuk coretkan sesuatu tapi tangan malas nak bergerak untuk menaip patah-patah perkataan ditambah pula dengan otak yang menyokong untuk tidak mahu berfikir.Sama-sama sepakat untuk menjadi seorang 'PEMALAS'.Ya!Memang itu yang sesuai untuk situasi saya ketika ini.Sangat malas semakin malas dan bertambah malas dari hari ke hari.Simptom?Mungkin juga sebab sebelum ini tahap kemalasan tidaklah separah dan seteruk ini.Kuatkanlah semangat saya Ya Allah!

Usia kandungan saya dah menginjak 14 minggu.Bermakna bayi kesayangan saya dan suami ini sudah berukuran 9 sentimeter dan mencapai berat 43 gram.Comelnya bayi kami.Sayang duduk dalam baik-baik ya.We love you much sayang.Suami saya hari-hari akan memberi salam dan mencium bayi dalam perut ni.Sungguh terharu.Daddy dah tak sabar nak jumpa baby.Perut saya semakin membesar tapi masih kelihatan comel.Sudah tak boleh nak duduk lama-lama atas motor.Punggung sudah pandai terasa kebas dan lenguh.Terima kasih sayang..akhirnya daddy terpaksa kentalkan hati untuk bawa kereta pergi ke mana-mana dengan mummy.Love you hubby.Oh suami saya memang liat bila nak bawa kereta.Sindrom MALAS.MALAS dengan traffic jam.Naik motor kan boleh celah sana sini.Tepi bas tepi lori.Bangga bila kereta-kereta masih tak bergerak tapi motor kami dah lepas dari traffic jam yang menggila.Hoho!

Setiap hari saya akan berbual dengan bayi saya.Sudah menjinakkan diri untuk meneguk dua gelas susu anmum setiap hari walaupun masih belum berdisiplin sepenuhnya.Ikut ingat saja.Asal ingat minum asal tak ingat tak minum.Kadang-kadang memang teringat tapi masih nak bertangguh.Saya sangat tak suka dengan susu! Walaupun anmum dah keluarkan susu berperisa coklat (terima kasih anmum) tapi masih terasa hanyir susu ditekak.Maaflah sayang.Lepas ni mummy akan cuba keraskan diri untuk kamu ya sayang.Kalau suami tahu saya selalu skip susu seminggu lah terpaksa tadah telinga.Suami saya memang hebat memberi motivasi kepada isteri yang degil macam saya :(

Okey..saya mahu review perkembangan bayi kesayangan saya dahulu.
Assalamualaikum~


Dari mercu kepala ke punggung, panjang bayi anda adalah sekitar 3 setengah inci / 9 sentimeter, dan beratnya satu setengah auns / 43 gram. Sekarang, badannya membesar dengan lebih cepat daripada kepala. Di minggu ini, kulitnya yang halus senipis kertas itu menutupi badannya dengan lanugo (bulu halus dan lembut yang lazimnya gugur sebelum kelahiran). Walaupun bulu kening mula timbul dan rambut di kepala pun tumbuh, ianya boleh bertukar tekstur dan warna sebelum kelahiran. 

Di masa ini, fetus boleh memegang, mengecilkan mata, mengerut dahi dan menyeringai. Ia juga mungkin boleh menghisap jarinya. Penyelidik percaya bahawa pergerakan-pergerakan ini dan yang lain mungkin berlaku beriringan dengan perkembangan impuls dalam otak."copy & paste from babycenter.com.my"

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers