June 30, 2011

Blog kucar kacir

Ikut suka aku je bila nak update bila tak nak update.Hew.Dah terasa macam nak tutup blog ni sebab idea untuk menulis bukan selalu ada.Tambah pula dengan mood yang selalu tak menentu.Sekejap ke laut sekejap ke darat kadang-kadang ada atas langit.Terfikir-fikir cerita apa yang patut aku tulis dalam blog ni.Dah macam-macam cerita mengarut ada dalam ni.Bila baca balik terasa macam nak menyorok pula bawah meja.Nak delete post yang ada terasa kosong pula.Lebih baik tutup blog ni kalau dah semua post pun kau nak delete.Best je bila jengah blog orang lain.Macam-macam cerita dan macam-macam idea.Hebatnya orang yang boleh menulis hari-hari.Aku nak fikirkan cerita sekali seminggu pun susah.Tengok je lah dalam FB aku.Wall orang lain penuh dengan status dan komen sendiri tapi aku lebih senang memerhati dalam diam.Cuma sesekali je bila mood sampai untuk mengomen status kawan-kawan macam-macam karut marut yang ditulis.Heh nantilah akan difikirkan.Tutup atau teruskan~

June 4, 2011

Zaman kanak-kanak

Aku adalah anak sulung daripada lima orang adik beradik.Tugas dan tanggungjawab anak sulung ni memang berat.Lebih-lebih lagi bagi anak sulung perempuan yang lemah lembut sopan santun baik hati macam aku.Ahhh terasa nak tampar muka sendiri laju-laju.Seorang perempuan yang mempunyai adik-adik lelaki yang gagah perkasa dan lebih besar serta tegap berbanding kakak sulung memang mencabar.

Teringat zaman-zaman hingusan dulu bila aku ditugaskan untuk menjaga adik-adik seramai 3 orang.Ummi belum balik dari mengajar.Maka tinggallah kami adik-beradik.Waktu tu aku dan adik-adik masih belajar di sekolah rendah, sekolah yang sama ummi mengajar.Tapi kami sangat bernasib baik kerana ummi tak pernah mengajar kami walaupun setahun.Cuma sehari pernahlah bagi menggantikan tempat ustazah yang tiba-tiba ada emergency call dan kau taulah azab sengsara bila mak kau sendiri yang mengajar dalam kelas.Ibarat mendidik anak-anak di rumah sesuka hati dimarah dan dicubit-cubit siap dera baca surah bla bla bla ummi memang tak pilih bulu ='(

Okey back to the topic dahulunya aku seorang kakak yang garang panas baran dan kejam walaupun baru belajar di sekolah rendah.Memang tak sepadan perangai kejam tu dengan kanak-kanak seusia aku.Bila marah menguasai diri aku bagaikan dirasuk hantu.Memukul dan menendang sesuka hati tanpa memikirkan perasaan adik-adik.Aku bukanlah seorang kakak sulung yang penyayang tapi lebih kepada kaka tiri yang menyeramkan dan dibenci adik-adik tiri.Sepanjang ketiadaan ummi aku menjaga adik-adik ibarat menatang minyak yang penuh.Penuh kelembutan dan kasih sayang.Memang tipu!Kau cuma tunjuk kasih sayang selepas puas membelasah adik-adik kau kan? :'( Jahatnya aku!

Menyingkap cerita lama, satu hari di bulan puasa yang mulia di mana umat islam berebut-rebut mendapatkan pahala dengan menjaga tatasusila dan adab sopan aku tanpa belas kasihan telah membelasah aizuddin (adik ketiga) ibarat kau bukan adik kandung aku.Salahnya cuma keletihan selepas berjalan pulang dari sekolah dalam panas terik lantas sampai di rumah mencapai sebiji agar-agar yang tengah sejuk dalam peti ais dan makan depan aku.Aku sudah diterapkan berpuasa penuh sejak berusia 6 tahun jadi pantang mata aku melihat adik-adik sewenang-wenangnya makan siang di bulan puasa.Akibatnya berbiji-biji agar-agar dalam peti ais dikeluarkan dan disumbat dalam mulut adik aku.Menangis-nangis aizuddin yang baru berumur 9 tahun.Hati yang panas mula sejuk melihat tangisan si adik.Cepat-cepat aku tarik aizuddin di dalam dakapan dan aku usap kepalanya dengan perasaan bersalah yang menebal.Kemudian aku mandikan dan siapkan dia sesegak mungkin dan kami menonton televisyen bersama-sama sambil bergelak ketawa bagai tiada apa yang berlaku sebelum tu.

Sebagai budak kecil yang masih mentah (mentahlah kalau masih di sekolah rendah cuma perangai kau tak sementah usia kau) bergaduh di kalangan adik beradik adalah perkara biasa.Walaupun aku seorang budak perempuan tapi setiap kali bergaduh aku adalah pemenang.Heh heh.Bodohlah kau benda macam tu pun nak bangga.Pergaduhan antara budak perempuan dan budak lelaki tak sama macam pergaduhan sesama budak lelaki.Aku menggunakan kuku untuk mencakar muka mangsa dan tangan untuk menghantukkan kepala mangsa ke dinding.Macam samseng jalananlah kau.Akibatnya muka adik-adik aku akan penuh dengan kesan-kesan cakar.Aku pernah melihat adik-adik bergaduh sesama mereka.Yang seorang di atas dan seorang di bawah.Bila dapat peluang yang di bawah akan bangun dan berdiri atas kerusi lantas melompat ke atas mangsa yang di bawah.Jadi dulu tak perlu kami bersusah payah berebut televisyen untuk tengok WWF.WWF live sentiasa ditayangkan depan mata setiap hari.

Pernah kami adik beradik tak bertegur sapa selama beberapa bulan disebabkan kesalahan adik-adik yang mencuri baca diari harian aku.Sudahlah dibaca tanpa izin dicanangkan di depan semua orang termasuk ummi dan ayah.Malu dan marah bercampur aduk.Ditambah pula dengan kekecewaan keputusan PMR.Aku hanya mengambil langkah mendiamkan diri dan tidak mempedulikan adik-adik lagi.Malah kerja sekolah adik-adik juga dipandang sepi.Tak terdetik hati untuk memberi tunjuk ajar.Akibatnya hubungan kami renggang selama beberapa bulan sehinggalah aku mendapat tawaran belajar di Terengganu.Sejak itu kami adik beradik berpisah jauh.Tetapi hati dan ingatan aku tetap pada keluarga di KL dan setiap kali ada peperiksaan penting aku tak pernah lupa untuk mengirim hand made card dan kata-kata perangsang kepada adik-adik.

Itulah cerita zaman kanak-kanak.Penuh dengan pahit dan manis.Macamana terluka dan sedih pun hubungan tu tetap akan bercambah menjadi baik semula.Pagi ni kami bergaduh petang kami dah berkejar-kejaran semula.Walaupun kami pernah tak bertegur sapa, melakukan aksi 18SG kau atas aku..aku atas kau, bertumbuk bercakar tapi kami tetap saling sayang menyayangi dan saling melengkapi.Aku hanya akan puas bila melihat kebahagiaan dan kegembiraan keluarga.Sesukar dan sesulit mana pun kehidupan aku..keluarga tetap menjadi keutamaan.Cuma bezanya peranan anak sulung yang garang dan kejam tu tak bolehlah dipraktikkan sekarang memandangkan aku cuma separas bahu adik-adik.Sekali tolak aku dah rebah -_-" 



June 3, 2011

Nak kurus nak kurus nak kurus

Aku sangat fobia dengan perkataan gemuk.Lebih-lebih lagi bila kawan-kawan mula bercakap "kau nampak berisi la sekarang senang hati ke?" Kegemukan atau penambahan berat badan sering dikaitkan dengan hati yang senang.Tapi untuk aku walau berbunga macamana pun hati aku perkataan gemuk atau berisi tu tetap menjadi perkataan yang paling dibenci.

Aku pernah merasa gemuk suatu ketika dulu.Sebenarnya tak adalah gemuk mana pun cuma pipi aku naik macam dibubuh serbuk penaik.Tapi sebab aku dikelilingi oleh kawan-kawan yang solid dan ramping maka rasa rendah diri tersangatlah hebat.Lebih-lebih lagi bila ada di kalangan kawan-kawan yang mula berkata-kata "kau ni gemuklah", "kau tak cantik pakai baju ni sebab tak nampak ramping" :'( Rasa nak ditampar-tampar mulut kawan-kawan kesayangan aku tu.Teringin nak kurus tapi tak pernah terfikir jalan untuk ke situ.Bila nasi tak dijamah selama berbulan-bulan pun badan masih bagai dipam-pam akhirnya aku berputus asa.

Tapi bila habis zaman persekolahan badan yang bagai dipam-dipam terus menurun tanpa disedari.Maka melekatlah nama 'si kering'.Perasaan ketika tu tentulah sangat genbira.Tak kiralah orang nak kata aku makan hati atau tak cukup makan atau putus cinta bagai yang penting aku dah dapat bentuk badan idaman.Tak adalah lagi orang yang berani cakap aku gemuk.Makan banyak mana pun badan tetap tak nak naik.Mungkin faktor pekerjaan dulu yang memerlukan aku berulang alik dari rumah ke ofis bersesak-sesak dengan orang ramai dalam bas setiap hari.Belum dicampur lagi dengan berjalan laju-laju sebab tak nak ketinggalan bas.Maklumlah baru bekerja.Gaji pun tak seberapa hanya cukup untuk alas perut dan tambang bas tiap-tiap hari.Belum mampu nak memiliki kereta sendri.

Bila kerjaya dah bertambah baik dan sumber kewangan semakin kukuh mula berangan-angan nak memiliki kereta sendiri.Tak perlu bersusah payah lagi berebut dalam bas dengan indon-indon yang sama habis waktu kerjanya dan pakcik-pakcik yang sentiasa mengeluarkan aroma yang sangat dasyat sampai tak lalu nak makan berhari-hari.Memang bahagia bila tak payah nak berkongsi kenderaan dengan sesiapa.Bebas untuk keluar rumah bila-bila dan tak perlu menunggu di bus stop dengan berkasut tumit 3 inci dan tudung yang dililit-lilit untuk menaiki bas.Ditambah pula dengan tempat kerja yang senang dapat parking sejak ada shopping mall yang berbayar di depan dan tempat parking betul-betul di depan ofis tak perlu berjalan jauh mendaki bukit lagi untuk park kereta.Walaupun ofis aku terletak di tingkat 3 tapi sampai di ofis makanan yang lazat-lazat sedia terhidang tak kira pagi petang mahupun malam.Kerja aku tak macam dulu.Hanya duduk di ofis 24 jam sampai kadang-kadang untuk ke ladies room pun terasa malas.Bahana kerusi empuk.

Makin lama badan mula melalui proses pembesaran.Pembesaran yang ketara bila dagu mula berdouble dan perut semakin menampakkan lemak.Lengan makin membesar dan baju-baju dulu makin menyempit.Arrghhh aku mahu kurus mahu kurus mahu kurus!Mahu kurus seperti dulu :( Mulai hari ini aku berazam untuk park kereta di atas bukit dan turun ke bawah setiap kali lunch hour.Banyakkan pergerakan dan kurangkan makan.Caiyokk!!Boleh ke?Errkk~
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers