April 21, 2011

Novel oh Novel

Aku memang suka membaca.Tapi hanya terhad kepada majalah-majalah seperti mingguan wanita, mastika (walaupun orang cakap majalah ni banyak cerita karut tapi aku tetap memuja majalah ni), buku cerita dongeng kanak-kanak dan paling teruja novel lebih-lebih lagi yang berkisar tentang cinta.Hohoi tangkap leleh lah!~Pernah try untuk baca komik-komik jepun seperti Secangkir Teh Karamel..ohh memang romantik.Tapi malangnya minat membaca tu tak pernah dipraktikkan pada buku sejarah, kimia, fizik mahupun buku soal jawab agama =( Agak kecewa dengan diri sendiri.


Baru-baru ni hati melonjak-lonjak nak beli novel baru.Novel-novel yang ada dah diulang baca berkali-kali sampai hilang unsur suspen dan excited untuk tahu kesudahan cerita.Tengah jalan-jalan dalam Wangsa Walk kaki bagai ditarik-tarik untuk melangkah ke kedai buku popular.Teruja tengok buku-buku yang tersusun rapi atas rak pameran.Tanpa berfikir panjang macamana nak survive untuk bulan ni..satu-satu buku dibelek dan ditarik.Dalam masa 10 minit aku dah capai 3 buah novel.Elok terletak dalam gendongan.Ohh tak lupa juga sebuah buku masakan.Ehem ehem first time teringin nak beli buku masakan.Memandangkan usia dah lanjut tapi masih tak reti-reti nak belajar memasak tindakan drastik terpaksa diambil.Tapi nampaknya buku masakan tu hanya menarik untuk dipandang dan dibelek sahaja. ^_^


Excited nak mula baca novel pertama.Cover nampak sangat menarik tak kurang juga dengan rumusan cerita di belakang novel.Baca muka surat pertama masih tersenyum.Teruja.Masuk muka ke dua dahi dah berkerut-kerut.Kenapa banyak sangat typing error.Mungkin editor atau pengarang terlepas pandang.Tak apa lah dimaafkan.Nak terbitkan novel yang beratus-ratus muka surat bukan senang.Sambung balik bacaan.Muka tiga empat lima dan seterusnya typing error makin bertambah.Aku yang membaca pula terpaksa betulkan ayat pengarang supaya sedap didengar.Mata semakin sakit..kepala semakin stress..otak makin penat nak betulkan setiap ayat yang lintang pukang.Apalah nak karang novel ikut dan je..asal siap dah cukup.


Mood nak habiskan satu novel tu dah makin hilang.First time baca novel dalam keadaan stress.Cerita yang cuba disampaikan tak dapat dihayati dengan baik sebab terpaksa memahami ayat yang lintang pukang.Ni kali pertama aku cuba nak baca novel yang bukan dari terbitan alaf 21 dan mungkin jadi kali terakhir.Tak berani nak tanggung risiko dengan menghabiskan duit belanja sebulan untuk membeli buku yang kesudahannya menyakitkan hati dan kepala.Biasanya satu novel bermuka surat 500-600 aku dapat habiskan semalaman tapi kali ni memerlukan 3 hari untuk novel yang tak setebal mana.Hoh!Kepada para pengarang muda di luar sana..keep it up your good work sampai berjaya terbitkan sebuah novel sendiri tapi janganlah sampai pembaca stress dengan hasil karya anda yang tangkap muat je.Kepuasan pembaca juga perlu diambil kira.

April 15, 2011

Special dedicated for my loves

Tengahari tadi tanpa disangka-sangka ada surprise party for me yang di organized oleh kawan-kawan ofis dan dijayakan oleh bos-bos yang sangat baik hati.Tak ketinggalan abang yang sangat sporting dan kawan lama yang sanggup mencuri masa untuk sama-sama hadir dalam big surprise party nie.Thanks to all.Memang sangat-sangat terharu.Kali ni aku nak bagi ucapan personally.

A big thank you to my big boss Encik Hisham dan bos kecik Puan Saida yang sudi menghadirkan diri dan paling penting menjadi sumber kewangan pada hari ini.Terima kasih juga di atas gift yang memang comel dan paling berterima kasih sebab jadi bos-bos yang sangat sporting..baik hati..caring dan tak pernah treat kami macam pekerja bawahan sampai kami rasa kami sedang bekerja di dalam company sendiri.Tak pernah rasa kekurangan atau stress sejak bekerja dengan kalian.Hari-hari pun senang hati nak datang kerja.Kalian berdua memang yang terbaik.

Terima kasih kepada abang Harrizul yang sangat sporting yang selalu menceriakan keadaan bila sesekali datang jenguk kami di sini.Terima kasih juga sebab bersusah payah mencari present yang memang kena dengan selera saya.So nice.Terima kasih yang tak terhingga juga untuk nasi ayam yang membuatkan hidung saya masih terbau-bau aroma yang menyelerakan sampai sekarang.Terima kasih kerana sudi meluangkan masa memeriahkan majlis hari ni dengan usikan-usikan yang membuatkan semua orang tak kering gusi.Terima kasih untuk semuanya.

Terima kasih untuk kak Hajar yang sangat alert dan sentiasa cuba untuk menggembirakan orang sekeliling.Terima kasih kerana menjadi surprise party planner hari ni.Terima kasih juga untuk donut jco yang sangat sedap walaupun akak sendiri tak boleh nak jamah.Terima kasih kerana menjadi tempat untuk saya meluahkan perasaan dan meminta pendapat walaupun kadang-kadang tindakan saya salah.Terima kasih kerana menjadi peneman paling setia.Sayang akak sangat-sangat.

Terima kasih kepada An yang sentiasa mengecohkan suasana dan menjadi adik dan kakak tiri yang terbaik.Terima kasih kerana sangat ringan tulang dan tak lokek memberi tunjuk ajar kepada adik-adik dalam ofis ni.Terima kasih kerana sering memutarkan lagu-lagu nostalgia yang membuatkan kami terbuai dengan kisah cinta di zaman kanak-kanak dan sesekali menjadi penyanyi liar yang bersuara sumbang =) Jangan marah..sayang an.

Terima kasih kepada kak Renu..becoming birthday girl yang sama bulan dengan saya.Terima kasih kerana menjadi peneman saya balik kerja hari-hari.Terima kasih kerana sudi berkongsi cerita dengan saya walaupun kita baru kenal beberapa bulan.Terima kasih di atas kepercayaan yang diberi.Love you.

Terima kasih tak terhingga juga kepada lelaki-lelaki gagah dan prihatin Ulum, Etek dan Syafiq yang sudi bersusah payah merempit ke sana sini semata-mata untuk memenuhi nafsu makan kami.Terima kasih juga sebab selama ni tak pernah merungut dengan tugas yang diberi walaupun kadang-kadang tugasan yang diberikan last minute dan dengan arahan yang menyakitkan hati.Thank you so much.

Walaupun ucapan di atas berbaur bodekan dan ampuan yang melampau tapi semua ni datang dari hati yang ikhlas yang tersangat happy diberi kesempatan untuk berada di dalam keluarga yang besar ni.This is my big family and this is my love.Love u all~

April 14, 2011

Thank you all

Hari kelahiran ke 26.Dah bertambah lagi satu angka.Maknanya dah semakin menginjak ke hari tua.Jodoh masih belum sampai dan tak tahu bile akan sampai.Kalau tahun depan masih belum sampai aku tekad nak buat muke tembok iklan diri dalam ruangan cari jodoh.Teruknya perangai kau.Terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan kepada semua yang dah wish birthday dalam fb.Appreciate sangat bila kawan-kawan alert dengan tarikh yang terpampang dalam wall fb mereka.Lagi-lagi kawan yang cuma ada dalam friendlist tapi tak pernah bertegur sapa dan kadang-kadang tak perasan pun kewujudan mereka dalam friendlist aku.Tiba-tiba timbul perasaan bersalah.Aku adalah seorang yang sangat tak suka post apa-apa kat wall orang.Wall sendiri pun jarang-jarang jenguk inikan pula nak jenguk wall kawan-kawan.Kadang-kadang post yang ada pun dibiarkan lama tanpa respond.

Terharu buka wall sendiri semalam.Start pukul 12.02am sampai la malam tadi kawan-kawan tak berhenti wish birthday.Terasa malu dengan orang sekeliling.Aku tak pernah terniat nak wish birthday orang yang tak rapat dengan aku walaupun orang tu aku kenal.Tapi kawan-kawan yang ada dalam friendlist aku tak pernah pun nak berkira aku nie rapat ke tak ke atau kenal ke tak ke.Kecewa dengan diri sendiri.Untuk tebus kesalahan sendiri..berapa ramai pun yang wish aku lebih suka untuk ucap terima kasih personally dan bukan secara umum.Hari ni aku take time masa kerja untuk balas semua post birthday yang aku dapat kat wall.Terima kasih sekali lagi untuk kawan-kawan fb  ^_^
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers