October 12, 2011

Untungnya saya~ngeeee

Excited nak balik sharp time hari ni.Pagi tadi masuk ofis pukul 9.30 pagi tapi ade aku kesah??Of course aku tak kesah yang kesahnya BIG BOSS aku.Ngeh ngeh ngeh.Sori bos saya ni memang berlemak semenjak dua menjak nak berkahwin ni.Teringin nak jadi surirumah sepenuh masa agaknya.Boleh lah gadai harta-harta yang ada untuk sara diri sendiri T_T

Hari ini ada janji temu dengan encik tunang yang sangat caring.Kenalah bodek sikit untuk dapat habuan :) Destinasi utama ke KK Home Deco Wangsa Maju untuk beli souvenir tetamu dan VIP tapi duit dalam poket cuma ada untuk VIP gift sahaja.Itulah gunanya banker di sebelah.Haha gurau saja lah encik tunang.Tengahari tadi saja hantar report destinasi petang ni kepada encik tunang.Tiada niat untuk ditemani mahupun diekori.Tapi encik tunang kan baik hati.Sanggup tahan kepenatan untuk temankan cik tunang dia yang gelabah sangat macam esok nak kahwin ni.

Tunggu encik tunang sampai pukul 6.30.Siap-siap duduk dalam kereta.Encik tunang saya ni tak suka menunggu dan kalau beliau cakap 6.30 sharp maka 6.30 sharp lah beliau akan muncul depan saya.Efisyen sungguh.Sebab ada niat-niat untuk mengepow beliau maka lagi 10 minit pukul 6.30 saya dah bersedia dalam kereta sambil menyanyi sorang-sorang.Encik tunang sampai terus bergerak ke KK Home Deco.Excited ni!

Sampai di KK Home Deco mula mencari-cari souvenir yang sesuai.Nampak sesuatu yang berpatutan dan menarik juga.Terus request pada budak perempuan yang baik sangat ikut kami naik turun dalam kedai itu.Berpeluh budak tu nak keluarkan 2 kotak dari dalam stor.Itu baru untuk vip dik.Kejap lagi akak nak tengok souvenir untuk tetamu pula.Mengucap panjang-panjang ye dik.Dah jumpa souvenir untuk tetamu.Tolong keluarkan untuk 1000 ye sayang :) Selesai keluarkan 10 kotak besar -hamik kau penuh satu kereta aku nasib baik kereta macam bas mini- buat-buat keluarkan dompet dengan gerak perlahan.


"Kalau nak pakai kad kredit pun boleh kak"


Aku dah tersenyum-senyum simpul sambil pandang encik tunang.Encik tunang dah jeling-jeling manja.Hahaha


"Sayang swap kad kreditlah ya.Nanti kita bayar balik."


Encik tunang keluarkan kad kredit dan swap.Perghh selamat duit aku!Memang bertuahlah aku ada encik tunang yang pakai kad kredit ni.Ahahaha.Tentiu tayang~Tahun depan saya bayar balik ya~Gagagagaga 

October 10, 2011

Lagi-lagi hal kahwin

Serious memang penat nak kahwin ni!Sudah rasa berjalan tak jejak ke bumi.Di ofis survey pasal kahwin (kantoikan diri sendiri bagus!) di rumah pun cerita pasal kahwin bila berkumpul sedara mara di rumah aki pun tetap topik yang sama kahwin -_-" Penatnya nak dengar isu kahwin ni.Lagi kerap bercakap pasal kahwin lagi terasa cepat masa berjalan menganjak ke bulan 1.Tidaakkkk~

Semua urusan perkahwinan dah selesai 50%.Confident sangat ni.Okey mari kita semak :-

Kad kahwin
Baru tempah last weekend.1000 keping sekali dengan sampul bercetak dan 2 bunting free :) hanya RM380.Itulah untungnya jejak kaki ke Pameran Pengantin.Dapat harga gila-gila murah dengan kualiti yang boleh tahan lah.Ambil yang grand siap ada gambar bagai pun nak buat apa kan kalau end of day tempatnya dalam tong sampah :( Sudah setelkan payment tinggal lagi RM80 sahaja.Lega!

Souvenir
Bahagian paling mencabar bila tak ada idea dan tak ada budget tapi masih mahu yang berkualiti tahan lama dan grand.Sudahlah!Sebulan mencari akhirnya jumpa satu mug with spoon yang sangat menarik.Cuma RM1.50 sahaja.Murahkan kan kan kan.Silalah klik FB Doorgift Raja Sehari.Tapi masih belum ada idea menarik untuk gift pihak lelaki.Something yang special.Any idea?Gift kanak-kanak kena tunggu hujung bulan atau sebelum sampai masa majlis kena beli sekali lagi.Heh sini duit!

Bunga telur
Book dari internet juga.RM1.00 sahaja :) Memang edisi budget orang nak kahwin ni.Bunga telur untuk letak atas pelamin dan juga untuk pihak lelaki.Tak lupa untuk teman-teman rapat :) Sudah lama mengusha fb kakak ni sebab bunga-bunga telur gubahan beliau sangat cantik.Kredit to kak Roswazi Ros.

Andaman & Photographer
Butik ni diperkenalkan oleh kawan aku cik Zalia yang bakal menjadi pengantin lebih kurang sebulan lagi.Memang berbaloi-baloi harga pakej yang ditawarkan.Meh aku buat list pakej untuk Davency Wedding Workshop.Hanya RM5888 untuk pakej dewan.
-1 pasang baju persandingan
-3 pasang baju persalinan
-2 kali makeup
-aksesori nikah dan persandingan
-red carpet dan walkaway
-pintu gerbang
-pelamin 5 panel beserta kelengkapan
-2 custom album
-1 day photoshoot dan cd
-2 gambar 8r beserta bingkai
-1 gambar besar punya 20x30 beserta bingkai
-gambar simpanan 4r 100 keping
Tak meroyan lagi tengok pakej macam ni?Rugi kalau tak grab!

Katering
Memang dari awal sangat lah jatuh cinta dengan Sri Angsana Katering.Rasa masakan umphh power!Sedap sampai menjilat kaki.RM8.80 satu kepala.Minimum order 1000 kepala.Aku ambil pakej yang paling ekonomi ni memandangkan duit dah mencurah-curah macam air loji.Arghhhh!!
-ayam masak merah
-daging itam johor
-dalca sayur
-acar buah
-papedom
-bubur kacang
-air sarsi
-air mineral
-buah oren
Haaa pakej ekonomi pun tapi menu tetap stock kembung perut punya kan!Siap ada free 2 meja dome of course lah untuk keluarga pihak lelaki, meja pengantin 10pax tetap untuk keluarga pihak lelaki makan sama-sama kesianlah kelurga saya sob sob sob, 30 meja bulat dan 240 kerusi plastik dan pelayan beruniform.PA system kena tambah lagi RM450.

Kompang
Pada mulanya tak terfikir pasal kompan tapi semalam sebelum masuk tidur ummi tiba-tiba bersuara pasal kompang.Memang tak cari lagi dan tak tahu mahu cari di mana.Ada servis kompang murah-murah tak?Thehehe

Kursus kahwin
Yang ini baru terhegeh-hegeh nak pergi.Encik tunang awal-awal dah ambil sebelum berkenalan dengan saya lagi.Agak-agaknya dengan siapalah beliau pergi ye.Syuh syuh jangan nak fikir macam-macam.Tak suke!This weekend kalau rajin bercadang nak ambil bawah ofis ni sahaja.Time rehat boleh masuk ofis main internet sekejap.Good good.

HIV test
Okey kalau Emi tak cakap masa open house hari tu mungkin sampai sekarang aku tak ambil kisah pasal HIV test dan kemungkinan besar juga aku tak akan boleh bernikah pada hari yang ditetapkan disebabkan keputusan HIV test masih belum keluar.Padanlah muka aku kan.Dah set appointment dengan doktor di klinik kesihatan bandar baru sentul.24 Oktober pukul 2 petang akan pergi bersama encik tunang.Tiba-tiba rasa berdebar.Darah gemuruh sudah datang.

Surat nikah & tok kadi
Yang ini diserahkan kepada ayahanda tercinta dan nampaknya sampai sekarang belum ada apa-apa progress. Jangan sampai tok kadi fully book pada hari majlis sudahlah.Alamatnya kenduri sebelum bernikahlah kami T_T

Baju nikah
Masih ada dalam almari belum ditempah.Nak tempah dengan siapa ni??Perlu ke pakai kain tak siap ni time bernikah nanti?Huwaaaa :(( :((

Ada apa-apa yang perlu ditambah lagi ke?First time kahwin takat ni jelah mampu difikirkan -_~ 

October 8, 2011

Yang mana satu pilihan kalbu

Memandangkan kereta encik tunang dah hancur dikerjakan oleh saya jadi sekarang encik tunang berura-ura untuk dapatkan kereta baru.Senang saya nak pergi kerja katanya.Memang sweet sangat encik tunang saya ni.Lagi-lagi bila dia cakap 'saya tak nak tunang saya pakai kereta eksiden tak sedap nak bawa'.Hei hei nak meleleh lah air hidung.

Persoalannya sekarang kereta mana yang jadi pilihan.Ikutkan saya lebih suka persona sebab besar luas selesa tapi dari persona lebih baik gen2 lebih sporty.Encik tunang pula beria-ia mahu myvi extreme yang baru warna kuning wallawei silaulah mata pemandu-pemandu jalan raya sekalian.Jadi yang mana satu lebih baik untuk saya?Myvi yang kiut miut itu atau persona yang kekeluargaan atau gen2 yang macho?Agak-agak kalau saya minta Honda City encik tunang akan tunaikan tak permintaan saya?Heh jangan mengada-ngada lah!

Jenguk-jenguk ke page perodua.Myvi Extreme 1.5L automatic RM61,700.Erkk lagi mahal dari Proton Exora saya yang sekali ganda lagi besar.Berbaloi?Memang tak berbaloi!Tutup perodua buka proton pula.Persona 1.6 H-Line automatic RM59,499.Lagi bagus kalau macam ni kan?Gen.2 1.6 H-Line automatic RM60,488. Masih kurang dari myvi dan lagi besar dari myvi.Macam sudah jumpa saja pilihan hati~ ^_^ Harap-harap tiada bantahan dari encik tunang.

Ohh exora saya sudah dipindahmilikkan secara tak rasmi kepada ayahanda tercinta memandangkan saya dah pakai kereta encik tunang sepenuhnya sebelum ini.Rasa kesian pula bila ayah terpaksa pakai kereta beliau yang sudah hampir uzur itu.Disebabkan sudah terbiasa dengan kereta encik tunang yang pakai gear auto itu jugalah kaki ni semakin mengada-ngada bila terpaksa guna gear manual kembali.Gedik!

September 28, 2011

Untuk Encik Tunang

Hari ini mahu update post gedik.Jangan marah diari kesayangan.Tiba-tiba terasa mahu ekspresikan perasaan ini di sini.

SAYA SANGAT TERHARU DENGAN KAMU ENCIK TUNANG TERSAYANG

atas sebab-sebab berikut :- (dah macam jawab kuiz pula kena bagi alasan)

1.Of course la kerana kamu bakal suami saya lebih kurang empat bulan lagi

2.Kamu sangat menyayangi saya dan saya sayang kamu sikit saja :p (banyak mana saya sayang kamu rahsia kita berdua.wink~)

3.Kamu sanggup berhabis duit masa tenaga untuk ikut kemahuan saya.Kadang-kadang bukan kemahuan saya pun tapi kamu tetap akan buat untuk gembirakan saya.

4.Setiap hari kamu tidak lupa untuk wish Good Morning pada saya.Lunch juga.Setiap masa lah kamu akan mesej saya selagi kamu tak tutup mata walaupun kadang-kadang mesej kamu tidak dilayan T_T

5.Kamu tak kesah untuk serahkan kereta kesayangan kamu semata-mata sebab kereta saya manual dan kereta kamu auto.Tak mahu saya penat memandu di tengah kesesakan lalu lintas katanya.So sweet Encik Tunang.

6.Saya dah jahanamkan kereta kamu tapi kamu tetap tak kesah.Masih mahu beli kereta baru untuk kegunaan saya.Terharunya!

7.Tempoh perkenalan kita baru lima bulan tapi kamu sudah bersungguh-sungguh mahu jadikan saya isteri kamu dan tidak lama lagi saya akan bergelar isteri kamu yang sah.

8.Paling saya terharu dengan layanan kamu.Saya perempuan yang banyak kerenah..manja terlebih..mengada-ngada dan adakala moody tapi kamu tetap setia di sisi saya tanpa keluhan.

9.Adakala kita bergaduh dan saya dengan ego saya yang tak mahu mengalah.Jadi setiap kali bergaduh mesti kamu yang akan pujuk saya dengan lawak tak kelakar kamu tapi masih mampu buat saya senyum dengan kebodohan lawak kamu.

Kamu memang bukan yang pertama untuk saya tapi kamu akan jadi yang terakhir dalam hidup saya jika diizinkan Allah.Ayat memang familiar tapi tak ingat pinjam dari mana.Sesungguhnya Allah telah hilangkan kebahagiaan saya dahulu untuk saya lebih bahagia sekarang.Terima kasih Allah dan thank you untuk kamu yang sudi menerima saya seadanya.Alhamdulillah..saya bahagia ^_^

September 27, 2011

Gah pada nama

Kalau dulu tanya pada kawan 'kau kerja mana sekarang' dan dia jawab 'aku kerja imigresen' aku akan ngangakan mulut luas-luas konon kagum sangat.Sebut saja kerja kerajaan sesiapa pun akan kagum.Parents aku dulu pun akan bagi nasihat carilah kerja government cerah masa depan terjamin hari tua benefit pun banyak prung prang prung prang pendek kata semua yang terpujilah untuk pekerja-pekerja kerajaan.Aku yang masih cetek tentang dunia pekerjaan pun senang saja terpengaruh bila dengar cerita-cerita terpuji orang-orang yang berkenaan.

Tapi bila dah masuk dunia pekerjaan aku sendiri mula faham.Kerja kerajaan hanya gah pada nama.Mungkin dulu satu kebanggaan dapat bekerja dalam sektor kerajaan tapi tidak untuk zaman 2011 ini.Sektor swasta sudah sama gah macam kerja kerajaan malah ada yang lebih gah.Lebih banyak benefit lebih banyak gaji ehem2 dan paling penting lebih banyak menimba dan menceduk pengalaman.In swasta sector we learn how to work tapi pekerja kerajaan rasanya lebih banyak goyang kaki.Lalalalala.Mungkin tak semua department macam tu tapi kebanyakan yang aku jumpa memang lebih banyak main dari bekerja.

Sebab yang pertama : DBKL
Surat permohonan lesen premis yang sepatutnya hanya mengambil masa selama dua minggu mengikut pekeliling yang dikeluarkan sudah pun dianjak menjadi sebulan dua malah lebih teruk setahun.Gila kau!Bila call sentiasalah tak dapat.'Maaf pegawai kami sedang sibuk'.Sibuk apa encik??Setiap kali terjah ke pejabat mereka jawapan yang diberikan tetap sama 'biasa kalau surat dah turun ambil masa dua minggu'.Ceit poodah.Bukan dua minggu aku tunggu dua bulan ok!Pekerja bawahan dengan pegawai atasan sama sahaja.Memanjanglah meeting tapi bila dijengah ke dalam its not a meeting just gelak-gelak sambil minum kopi berdua.Tak stress ke aku macam tu???

Sebab yang kedua : Balai Bomba
Ini lagi satu hal.Minta hantar surat nyatakan alasan-alasan bla bla bla.Dah ikut.'Awak punya dokumen dah boleh proceed minggu depan boleh call update status ye'.Bila call tak pernah nak jawab.Kalau jawab pun tunggu pass line sampai tercut off sendiri.Wallawei mencabar betullah deal dengan government sector ni.Terpaksalah kerah boy untuk pergi jejak kaki ke sana untuk ke berapa puluh kali.Lain pula cerita minggu ini.Dokumen tak lengkap jadi tak boleh proceed.Perlu ke tunggu sampai seminggu untuk update cerita yang tak best dengar ni?!

Sebab yang ketiga : SSM
Walaupun ini dah kategori half goverment dan half swasta tapi cara kerja lebih banyak terpengaruh dengan pekerja kerajaan.Tunggu siapkan dokumen sampai berhari-hari.Lebih dari estimated date.Ape cerita kakak?Sudahlah orang ramai beratur tunggu no giliran tapi tepat pukul 10 pagi pekerja-pekerja kaunter dah berlenggang kangkung keluar beramai-ramai.Minum pagi katanya.Jadi kami yang menunggu ni kena masuk kaunter gantikan kamu-kamu semua kah?

Sebab yang keempat : LHDN
Ini badan kerajaan yang paling banyak mendapat keuntungan dan pekerja-pekerja di sinilah paling mewah dan bahagia bila tiba hari kenaikan gaji dan bonus.Tinggi tu hasil kutipan cukai orang ramai.Tapi bila tiba bab kerja tak seindah manalah.Kalau dulu mahu stamping apa-apa cuma pergi ke sana..ambil nombor giliran..dipanggil..stamp.Tapi sekarang untuk memudahkan kerja mereka yang sibuk mengalahkan menteri besar tu semua dokumen perlu di apply secara online.Baiklah.Nak kata apa lagi kalau kuasa di tangan mereka.Kami hanya pencacai bawahan saja.Masalahnya bila dah submit online dokumen yang boleh siap dalam masa beberapa minit pun ambil masa sehingga seminggu untuk keluar notis taksiran.Macam mana ni?Bila dokumen di sini sangkut satu kerja pun tak boleh jalan.Akibatnya semua kerja-kerja aku tertangguh.Sia-sia saja kena marah dengan bos.Nak kata susah sudah disenangkan tapi servis masih ditahap yang sama malah makin teruk pula.Sudah berlemak mereka ini.

Aku menulis berdasarkan pengalaman.Pengalaman yang menyakitkan hati setiap kali berdepan dengan badan-badan kerajaan.Aduan sudah dibuat tapi masih tiada tindakan.Jadi cuma di sini tempat aku meluahkan perasaan.Aku bangga berada di sini.Di tempat aku belajar mengenali setiap kerenah manusia.Menjadi pekerja swasta.

September 23, 2011

Kawan atau lawan?

Selepas sekian lama off chat di fb terasa mahu pula berbual mesra dengan kawan-kawan.On chat room dan nama kawan-kawan yang sedang online appear di skrin kecil sebelah kanan.Berpusu-pusu pula kawan-kawan yang bertanya khabar.Reply mesej sorang-sorang tiba-tiba masuk satu mesej dari kawan kepada kawan tapi dah jadi kawan aku lah kan.

Kawan : Hai dear

Tuan tanah : Hai :)

Kawan : Bila nak masuk meminang?

Tuan tanah : Tak payah susah-susah nak masuk meminang kau.Dah ada orang masuk meminang aku dulu.

Kawan : Berlagak.Nanti tuhan putuskan pertunangan kau baru tahu.

Aik?Kenapa dia penuh beremosi?Memang salah tempat lah kalau nak bergurau gaya itu.Dengan sakit perempuan yang datang dengan stress perangai rakan sekerja time ni juga masalah lain bertimpa.Memang betul-betul salah masa.Masuk page kawan tersebut terus unfriend.Aku tak perlukan kawan yang mendoakan kemusnahan kawan lain.Ramai lagi kawan-kawan yang sentiasa mendoakan kesejahteraan aku yang perlu aku jaga.

September 22, 2011

Seram

Akibat dari kemalangan ngeri yang berlaku pada 17 September lepas aku menjadi semakin berhati-hati dan semakin lembab juga.Meter minyak tidak akan lebih dari 100km/j.Jarang sekali mencecah ke angka 100.Aku akan pastikan jarum meter sentiasa berada di tahap 80 @ 90km/j.Bila berada dalam keadaan yang kurang baik seperti hujan lebat mahupun cuaca mendung aku sudah mula mengurangkan lagi pedal minyak ke 40 @ 60km/j walhal awan mendung disebabkan jerebu yang semakin menjadi-jadi.

Berada di tengah highway akan membuatkan aku sentiasa terbayang kemalangan ngeri yang sudah berlaku.Setiap kali tayar kereta melanggar lopak atau lubang-lubang kecil aku sudah mula berdebar-debar.Degupan jantung mula menggila.Aku tidak lagi berada di lane paling kanan macam kebiasaannya tetapi cuma menggerakkan kenderaan di laluan tengah atau kiri.Lebih selamat sentiasa berada di laluan kiri.

Setiap pergerakan seperti keluar simpang, masuk simpang, menukar lane dilakukan secara berhati-hati atau lebih dikenali sebagai terhegeh-hegeh.Kalau dahulu bila aku melihat kereta  hadapan mahu keluar simpang tetapi menunggu semua kenderaan di jalan besar clear aku sudah mula menceceh di dalam kereta.Sekarang benda yang sama berlaku kepada aku.Dahulu perkataan yang keluar dari mulut bila kereta hadapan seakan teragak-agak untuk menukar lane dan bergerak seperti mahu makan angin aku akan memintas dan berkata "perempuan.patutlah" atau "pakcik rupanya.pakcik nak bersiar-siar ke".Sekarang pastinya kereta di belakang aku pula akan berkata demikian.Ahh bencinya bila pemandu lain menggelarkan diri ini sebagai "perempuan" bila memandu.

Apa boleh buat.Tidak mahu pisang berbuah dua kali.Lebih baik terhegeh-hegeh dari meremukkan kereta lagi.Setiap kali buka facebook akan terlihat gambar kereta Encik Tunang yang remuk dikerjakan oleh aku.Remuk redamnya hati ini bila melihat gambar tersebut.Maka niat untuk meneruskan sembang laman sosial dibatalkan.Terus sahaja sign out dan menyambung kerja seperti biasa.Ada baiknya juga gambar tersebut ditag kepada aku dan ada bagusnya juga setting gambar ditukar supaya lebih jelas besar dan terang.Semakin excellent lah kerja-kerja aku kali ini -_-'

September 21, 2011

Gila kerja ke atau memang gila?

Tangan menaip dengan laju.Mata tertumpu pada skrin komputer.Tiba-tiba loceng pintu ofis berbunyi menandakan ada orang di luar.Lantas tangan dengan lajunya mencapai gagang telefon."Hello" tut tut tut hanya kedengaran bunyi engage tanpa suara.Heh tadi yang bunyi loceng pintu la.Kenapa angkat telefon?Terlampau concentrate sampai tak dapat nak bezakan bunyi loceng dengan deringan telefon.Erkk~

Mula kelam kabut siapkan kerja yang bos bagi.Tangan ligat menaip lagi.Mata dah juling juling dialihkan dari kertas atas meja ke skrin komputer.Berselang-selang sampai naik pening.Tanpa mengalihkan pandangan dari skrin tangan menggagau mencari tetikus atau mouse.Bila sudah jumpa cuba untuk gerakkan tetikus.Kenapa anak panah  ni tak bergerak?Kenapa tetikus ini rasa lain.Flat semacam.Mata dialihkan sebentar terkedu melihat handphone dalam genggaman.Aku nak mouse lah bukan handphone.Arghhh!

Sambung lagi kerja.Cepat-cepat siapkan sebelum pulang.Tiba-tiba handphone berdering.Terus angkat dan dengan pantas bersuara "Hello Hifdzi & Co.".Diam di talian hujung sana.Pelik.Beru teringat sudah menggunakan nama company bila mengangkat handphone sendiri.Selalu sangat angkat telefon ofis sampai terbawa-bawa pula cara pengenalan di handphone sendiri T_T

Client dari sekian company datang menyerbu ofis.Masuk terus ke bilik bos dan diskusi nampak macam serius.Tidak lama selepas itu client pulang dan bos datang dengan membawa file company tersebut ke arah aku."Client ni nak tukar company secretary.Prepare dokumen."Arahan tegas dengan muka yang tegang.Aku dah mula berfikir salah aku ke ni?Tiba-tiba terjaga bila terdengar bunyi alarm telefon.Mimpi lagi!Kenapa tak datang mimpi best-best?Mimpi pasal client dan ofis memang sangat tak bestlah.

September 20, 2011

Apa pasal la susah nak paham ni?

Entry tension plus bengang plus stress bila dapat dokumen yang dipulangkan orang-orang Iran.Apa lah punya bahasa aku nak pakai bila communicate dengan mereka ni heh.Penat bercakap mesej.Penat mesej email.Tapi masih tak faham faham.Adei menyesal pula selalu skip kelas arab dulu.Arab pun tak pernah lulus.Kalau tak kan dah senang nak bercakap dengan mereka mereka ni.

Memang tension bila dapat dokumen tak seperti yang aku harapkan.Bukan main beria-ia nak cepat sign dokumen.Bila dah email dapat balik macam ni gaya pula.Aku dah pesan siap bagi note tempat mana nak sign.Berapa copy perlu print.Pulangkan segera dokumen yang dah lengkap bersign.Kenapa lah susah sangat nak ikut arahan ni!Geramnya lah!

Lain yang disuruh lain yang dibuat.Bagi dokumen sana sini tertinggal sign.Tak reti nak cek sendiri dulu ke sebelum pulangkan balik?Kena aku juga ke yang cek kan untuk mereka ni?Takut tersalah sign tempat lain email lagi contoh tempat mana yang perlu di sign tapi bila dapat balik tempat lain juga yang di sign.Mana perginya contoh yang aku bagi?Tak reti nak buka ke?Buka benda lain reti pula kau orang ye?Stressnya lah!Minta buat dua copy bukan banyak encik.Dua sahaja.Tapi kenapa tak boleh nak print dua keping?Helaian yang tak penting boleh pula print banyak-banyak.

Bengang betul dengan orang tak faham bahasa ni.Cerewetnya tak padan dengan kerja.Benda-benda macam nilah yang buat kerja aku selalu tertangguh.Semangat yang berkobar-kobar nak siapkan kerja in advance untuk esok pun dah down.Terasa mahu dikoyak-koyak dokumen-dokumen ni depan bos.Grrrrrrrr~!

September 19, 2011

Hari pertama

Bukan hari pertama ke sekolah ataupun hari pertama bergelar ister.Thehe jangan menggatal lah!Belajar masak dulu ya jangan harap masak mee segera saja hari-hari.Sebenarnya mahu sematkan cerita hari pertama aku masuk ofis selepas seminggu berehat di rumah.Memang bestlah hari-hari boleh bangun lewat.Dan bahananya aku terlambat masuk ke ofis hari ini.Pemalas!

Sampai di ofis kawan-kawan sudah menyambut dengan senyuman meleret.Seperti yang dijangka pelbagai soalan diajukan.Seminggu duduk berkurung di rumah mestilah rindu dengan kawan-kawan seperjuangan.Tapi bila sampai di meja macam-macam kertas berlonggok.Kerja jangan tanyalah.Hampir sesak dada melihat. Yang mana harus dibuat dahulu pun dah tak tahu.Banyak sangat sampai rasa nak muntah tengok kertas-kertas yang tak pernah surut atas meja.

Hari ini adalah hari yang paling sibuk untuk aku.Dan aku berjaya siapkan semua kerja-kerja yang tertangguh. Lunch dengan gelojoh pada pukul 2 ya.Sayangnya nak tinggal kerja atas meja :D Padan muka aku kan.Lain kali cutilah lama-lama lagi.Boleh stay di ofis sampai malam siapkan kerja yang menimbun.Two thumbs up pada diri sendiri.Walaupun datang lambat tapi mahu pulang segera.Sudah mahu pengsan~

September 18, 2011

Part-time study

Semakin lama semakin rajin pula meng'update' blog.Macam macam cerita pula yang hendak diabadikan di sini.Bila datang perangai malas sampai berkulat blog ini dibiarkan.Memang tak tetap pendirian betul lah kamu ini.Semalam aku ber'chit-chat' dengan bekas officemate lama.Beliau sedang bekerja sambil belajar.Pagi ke ofis seperti orang lain dan malam ke kelas.Belajar separuh masa.Pilihan subjek pula mengikut keselesaan dan kemampuan sendiri.Wow!Tiba-tiba keinginan untuk sambung belajar berkobar-kobar.Terasa ingin menambah lagi ilmu di dada.Cuma takut tak mampu untuk mengharunginya sehingga ke akhir perjalanan.Dalam hati ada rasa yang kuat untuk kembali menjadi seorang pelajar separuh masa.Mungkin ada baiknya aku sambung belajar dalam bidang pekerjaan yang sedang aku ceburi sekarang.

Lagi empat bulan untuk bergelar isteri orang.Mungkin tak mampu meneruskan niat itu untuk tahun ini dalam pada sibuk menyiapkan persiapan perkahwinan.Pastinya akan mendapat tentangan yang hebat.Sokongan juga mungkin tapi aku perlu memikirkan yang mana harus diutamakan dahulu.Bulan satu sudah selamat bergelar isteri.Selepas itu mungkin masa yang sesuai untuk aku sambung belajar.Tapi macamana kalau tiba-tiba bakal bergelar seorang ibu pula?Mampukah aku meneruskan perjalanan dengan keadaan perut membuyung dan lebih dahsyat ketika 3 bulan pertama yang pastinya sangat meletihkan dan memenatkan T_T

Belum apa-apa sudah fikir macam-macam yang boleh melemahkan semangat.Opps bukan lemah semangat cuma memikirkan masa yang sesuai untuk meneruskan pengajian.Hasrat tetap ada kukuh di hati ini cuma mungkin masanya belum sesuai.Tiba-tiba pula bersemangat untuk mengajak bakal suami join sekali.Lebih bersemangat bila ada teman.Di rumah boleh buat study group.Ada teman untuk diajak berbincang bila tiba masa untuk menyiapkan assignment.Dan ada juga teman berdiskusi untuk persiapan exam ^_^

Ya lah sangat.Kalau suami isteri sibuk mahu belajar anak-anak mahu dicampakkan di mana? T_T Lupa pula tentang anak-anak.Heh jangan sibuk pasal anak-anak lah.Cukup cukup.Sudah lewat malam.Mahu tidur dan bangun awal esok pagi.Masa bergoyang-goyang kaki sambil merehatkan otak sudah berrakhir.Indahnya kalau tak perlu bekerja di ofis.Mahu duduk di rumah saja.Sob sob.

September 17, 2011

Sila buat list-to-do

Selalunya aku akan buat list ini untuk kerja-kerja di ofis sahaja.Kerja memang tak pernah surut dan sentiasa ada hari-hari tapi aku seorang sahaja yang bekerja.Jadi setiap hari aku terpaksa menyenaraikan apa tugasan yang perlu aku buat untuk keesokan harinya.

Khamis malam Emi (bff sewaktu di ofis lama) dan suami datang menziarah aku.Kami bersembang rancak dan terbukalah perihal pernikahan aku yang cuma tinggal 4 bulan sahaja lagi.

"Kau dah siap ke semua persiapan nak nikah?"

Aku dengan confidentnya menjawab.

"Dah.Dewan dah book.Andaman dengan  photographer pun dah book.Katering pun dah book".

"Oooo semua benda-benda besar dah booklah ya?Ok lah macam tu tak kelam kabut"

"Tapi baju nikah aku tak tempah lagi.Kad tak buat lagi.Ingat nak buat barang hantaran sendiri tapi memang tak buat apa-apa lagi.Souvenir pun tak cari lagi sebab lama lagi kan".

"Cik kak ooiii...4 bulan tu tak lama dah.Kau tak buat apa-apa lagi memang menggelupur lah kau last-last minit nanti.Kad bukan boleh siap on the spot.Kau nak agihkan lagi.Baju nikah ambil masa nak jahit.Dah siap jahit nak kena alter selalu takut tak fit.kalau ada yang tak kena macamana?Hantaran nak buat sendiri benda tu pun take time.Kau ingat boleh siap sehari dua???"

Belum sempat aku menjawab suami Emi pula mencelah.


"Ujian HIV dah buat?Kursus kahwin dah pergi?Borang nikah dah isi?Tok kadi dah booking?"

Geleng dengan lajunya.Emi dan suami mula membeliakkan biji mata.Bagus.Perancangan yang rapi tapi masih banyak yang tak tahu.Ujian HIV perlu buat appointment dulu di mana-mana klinik kesihatan.Dua bulan kemudian baru akan dipanggil.Kalau bernasib baik sebulan sudah boleh mulakan pemeriksaan.Keputusan pula akan dikeluarkan sebulan kemudian.Tanpa ujian HIV pernikahan tidak boleh dilangsungkan.Rasa mahu menangis menitik-nitik.Tinggal lagi empat bulan dan pelu ambil masa tiga bulan untuk ujian HIV.Great!

Kalau tok kadi sibuk masa aku nak menikah nanti siapa pula yang akan ganti tempat tok kadi?Fikir-fikir.Borang nikah pula perlu ambil di mana?Arghh banyaknya lagi yang tak setel.Ingatkan masih ada masa yang panjang boleh menghabiskan masa-masa bujang bersama kawan-kawan.Tapi empat bulan itu sangat singkat untuk bakal pengantin macam aku T_T.Perlu guide dari orang yang berpengalaman.Kalau salah tolong tunjukkan~

September 16, 2011

Bergurau atau serius?

Bila ke pasar terserempak dengan jiran sebelah rumah sedang memilih buah-buahan.Datang ummi lalu bertanya "beli buah ke?".Makcik sebelah pun menjawab dengan jujurnya "haah nak beli buah ni".Dan aku pula teringat kata-kata nabil dalam raja lawak episod yang entah ke berapa.Dalam hati dah mula mengomel sendiri "memang makcik tu tengah pegang buah takkan makcik tu nak beli basikal kot"
Itu ummi.Aku sendiri pun bila terjumpa anak jiran dalam lif sambil menunggu lif sampai ke tingkat 16 still akan bertanya "baru balik kerja ke?".Memang sahlah orang tu berkemeja dan bertie siap ada pass pejabat lagi tergantung di leher.Takkan baru balik pasar kan?Tapi itulah sebenarnya cara kita orang Malaysia berbudi bahasa.

Hari Khamis yang lepas aku gagahkan diri juga untuk mengecat luar rumah yang dah mula menunjukkan tanda-tanda kehijauan di sekitar dinding.Tengah mengecat datang seorang nenek.Nenek ini dulunya pernah datang mengurut ummi yang sakit-sakit badan dan juga memberi air penawar kepada adik bongsu aku.Air penawar yang mahal dan tak berkesan.Memanglah tak berkesan kalau hanya mengharapkan air penawar tanpa berdoa dan berusaha.Air penawar pun dibuat oleh manusia sendiri.Tapi bukan perihal air penawar atau mengurut.

Aku nampak nenek yang dipanggil Nek Nah itu menuju ke rumah aku.Lagi beberapa jengkal Nek Nah pun menegur aku dengan selambernya."Tengah buat apa tu nak?Tengah buat kuih ke?".Dan aku yang ketika itu sedang mencangkung sambil menenyeh roller cat ke dinding serba salah untuk menjawab.Tak pasti samada Nek Nah berlawak atau memang betul-betul bertanya.Adakah aku nampak seperti sedang membuat kuih di luar rumah sambil mencangkung dan tiada sebarang peralatan memasak?Ini baru kena dengan lawak Nabil yang aku selalu ingat bila menegur seseorang.Ketawa terpaksa ditahan dan kepala terpaksa dianggukkan dengan lajunya.Tak mahu mendengar soalan yang bukan-bukan lagi terkeluar dari mulut Nek Nah.

September 15, 2011

Cute Couple Contest

Okey dengar tajuk contest macam ala-ala geli je kan.Hehe tapi hakikatnya aku dah join contest ni.Walaupun gambar yang diupload di dalam wall Pameran Pengantin Malaysia memang totally out tapi sekadar suka-suka nak mencuba nasib.Untung sabut timbul ^_^

Semangat berkobar-kobar untuk join kuiz online semalam dah terbuku.Lagi setengah jam kuiz nak bermula ada sahaja benda yang perlu diselesaikan.Terpaksa ditinggalkan kuiz yang bakal berlangsung dengan perasaan sebal.Cewah ayat memang skema habis lah.Kuiz online hari rabu pun ditunda disebabkan masalah teknikal yang dihadapi oleh organizer.Hampa.

Tiba-tiba datang idea memalukan.Apa kata cuba join contest.'Real Wedding-Cute Couple Contest'.Cari-cari gambar yang sesuai tapi tak jumpa.Semua gambar berdua yang ada ibarat hidup segan mati tak mahu.Tapi disebabkan terdesak untuk join juga contest tersebut aku masukkan sahaja gambar yang ada.Memang sangat annoying perangau aku T_T. Gambar diupload di wall Pameran Pengantin Malaysia dan mula promote diri sendiri.Ergh terasa tebalnya muka ni saat itu.Tapi kemaruk punya pasal aku abaikan perasaan malu yang tengah menebal.Gambar memang tak cute lah.Ramai lagi contestant yang cute-cute cantik-cantik manis-manis.Tapi masih nak promote diri sendiri.Kalau aku dipaksa untuk like pun aku akan berkata-kata bukannya cute pun jauh sekali cantik tapi ada hati nak suruh aku like.T_T

Jenuh mem'promote' diri sendiri tiba-tiba terfikir untuk jenguk prize yang ditawarkan.Persandingan di pentas utama Ampang Point??24 September 2011?Tarikh pernikahan aku ialah pada 21 Januari 2011.Untuk bersanding atas pelamin pastilah aku perlu pegang-pegang tangan encik tunang dan berpeluk lengan di depan semua orang termasuk ummi dan ayah.Walaupun masih belum sah tapi terpaksa berlakon macam suami isteri.Memang tak laahhhhh.Harus di saat itu juga telinga aku terpaksa menahan bebelan ummi dan jelingan tajam ayah.Tak boleh jadi ni!Terus stop menghantar mesej untuk like diri sendiri dalam fb.Fuh cerita nak gempak.Macamlah kau confirm menang.

Love Pameran Pengantin Malaysia tapi contest kali ini rasanya memang tak sesuai dengan aku.Walaupun sudah tahu dari awal lagi tapi masih berdegil untuk join.Memang budget cute -_-' 

September 13, 2011

Kuiz online

Minggu ini ada lebih banyak kuiz online dari Pameran Pengantin Malaysia.Yeay!Aku sudah 2 kali menang untuk kuiz online ini.Selama ini aku tidak pernah terfikir untuk join apa-apa contest yang melibatkan orang ramai.Bukan bongkak atau budget bagus tapi memang aku tak suka berebut dengan orang ramai.Terutama yang melibatkan soal jawab.Selalunya aku pasti akan kalah.Tapi alhamdulillah selepas empat kali join kuiz online ini aku telah menang dua kali.

Kali pertama mencuba aku tidak berjaya menjawab dengan pantas dan tidak sedar pun kuiz telah bermula maka jadilah aku contestant yang entah ke berapa puluh menjawab.Memang tak menanglah kan bila kau terkial-kial sedangkan orang lain dah ramai yang mula.Kali kedua pula hanya kesilapan susunan sahaja yang menyebabkan kekalahan aku.Sudah jadi yang terpantas tapi tidak mengikut skema jawapan.

Kali ketiga aku mencuba nasib.Pelbagai persiapan dibuat.Study laman web dan akaun fb penaja.Study masa zaman belajar dulu pun tak macam ni.Kalau tidak mesti aku akan score untuk semua subjek -_-'.Kuiz bermula pada pukul 3 petang dan aku sudah setia menanti seawal jam 2.30 petang.Aku sanggup siapkan semua kerja-kerja bos awal pagi supaya tak menggangu perjalanan kuiz nanti.Dan jeng jeng jeng akhirnya berjaya.Gembira tak terkata.Hadiah kuiz online pertama yang aku peroleh sepanjang 26 tahun thehehe.

Ramadhan white room photoshoot tajaan The Photolicious bernilai RM500.Sengih sampai ke cuping telinga.Tapi hadiah tersebut masih belum sempat diclaim.Kuiz online kedua yang aku menang pula ialah pada hari Rabu dua hari sebelum aku bercuti raya.Taktik menjawab sama digunakan.Study sampai lebam dan sabar menanti depan pc tanpa berganjak walaupun saat-saat kecemasan lampu di atas kepala terbakar.Janji dapat jawab kuiz dulu yang lain sudah tak penting.Sekali lagi aku menang.Dan hadiah kali ini merupakan satu custom album bernilai RM500 dari Mycutemoment.com.Memang cute sangatlah sudi taja hadiah yang marvelous ni.

Rezeki bulan Ramdhan dan Syawal.Siapa yang jangka?Aku sendiri tak pernah menjangka yang aku akan menang kuiz-kuiz seperti ini.Esok ada lagi satu kuiz online tajaan Mycutemoment lagi.Voucher RM200.Mahu mencuba nasib lagi.Manalah tahu kali ini rezeki orang sakit pula.Sudah boleh cover untuk pre-wedding photoshoot.Mahu tidur sambil bermimpi soalan untuk esok =)

September 12, 2011

Hati yang gundah

Aku mengambil keputusan untuk berehat sahaja di rumah sehingga keadaan betul-betul pulih.Tengkuk yang bengkak dan tegang tak membenarkan aku bergerak ke mana-mana.Badan juga masih lebam-lebam.Kaki masih tidak mampu untuk menekan clutch kereta.Jadi dalam keadaan diri yang masih tidak mampu untuk berbuat apa-apa aku hanya bekerja dari rumah.

Alhamdulillah aku mempunyai seorang bos yang sangat memahami dan boleh bertolak ansur.Aku diberikan kebenaran untuk berehat sehingga sembuh.Hari pertama berehat di rumah sudah mula risaukan keadaan ofis.Bila hampir kesemua client adalah orang Iran aku tak boleh nak bersenang lenang sahaja.Pasti akan ada kerenah yang menyakitkan hati.Terasa mahu pergi ke ofis pagi esok untuk selesaikan segala kerja yang tertangguh tapi bolehkah berjalan dengan keadaan macam robot ini?

Banyak arahan yang diterima melalui email.Dan aku masih tidak mempunyai pembantu untuk menguruskan hal di ofis sementara aku sedang bercuti.Hanya mengharapkan budi baik budak despatch untuk membuat kerja-kerja yang kecil.Susahnya bila semua tanggungjawab terletak di bahu ini.Celik mata ingat kerja tengah makan ingat kerja nak masuk tidur pun masih ingatkan kerja.Hati tak senang selagi tidak berada di ofis.

September 11, 2011

Tragedi Highway Guthrie KM11.8

Semalam aku dah janji dengan kakak angkat kesayangan, Kak Sofiah untuk pergi beraya di rumah bekas bos kak Sofiah iaitu pakcik aku.Yee kak Su bekerja dengan pakcik aku dulu.Sebab tu lah kami rapat lepas masing-masing dah belajar di IPT padahal masa sekolah menengah dulu stok pandang-pandang jeling-jeling saja.

Dari KL kami bergerak dua buah kereta.Kak Su dan suami serta Fayyadh yang comel bergerak satu kereta dan aku dengan akmal dalam satu kereta yang lain.Disebabkan kelewatan aku keluar rumah jadi kami berjanji untuk berjumpa di rumah pakcik aku saja.Lepas makan dan solat kak Su satu family bergerak dulu.Aku dan akmal cuba menghabiskan nugget yang ditinggalkan kak Su.Thehe peluang keemasan.Depan orang perlu lah sorok sikit perangai gelojoh.Jam 3.30 hujan renyai-renyai mula turun dengan lebatnya.Tapi aku dan akmal terpaksa juga meredah hujan lebat untuk pergi ke destinasi seterusnya.Hari sabtu memang penuh dengan aktiviti mengumpul lemak.Jadi untuk tidak menghampakan semua orang aku perlu bijak mengatur jadual perjalanan.Boleh lah rasa macam-macam menu~Weeeee

Disebabkan aku adalah seorang yang buta jalan jadi pakcik Sham bekalkan kami dengan GPS sebagai petunjuk arah kami.Dari Sungai Buloh bergerak ke rumah acik di Putrajaya.GPS ni memang membantu terutama untuk orang-orang yang sentiasa menggagau bila nak ke mana-mana macam aku lah kan.Pemanduan berjalan dengan lancar sehingga lah selepas tol pertama highway guhtrie dari Sungai Buloh.Jalan basah sebab baru lepas hujan dan aku dah bercita-cita untuk ke lane tengah selepas memotong kereta Avanza biru yang berada di depan.Tapi nasib tak menyebelahi aku.

Tengah concentrate memandu dengan kedua-dua belah tangan kejap di stereng tiba-tiba aku terasa tayar kereta lari dari landasan.Ke kiri dan ke kanan dengan lajunya.Aku yang mula panik cuba untuk mengawal stereng tapi tak berjaya.Elok saja stereng dipulas ke kiri jalan kereta mula berpusing dan meluncur laju sehingga pintu belah pemandu merempuh divider lane kiri.Kereta terpelanting ke tengah jalan dan berpusing-pusing dengan laju beberapa kali dan bontot kereta merempuh divider lagi dengan kuatnya.Bonet kereta mula terbuka dan segala barang-barang yang ada dah tercampak ke tengah jalan.Component dan aksesori kereta tercabut dan berterabur satu-satu di tengah highway.Dada aku terhentak ke stereng dan terhenyak kembali ke seat.Aku dapat rasakan leher aku dah mula tergeliat akibat hentakan kuat tersebut dan tangan sudah terlepas dari memegang stereng kereta.Akmal pula saat itu sudah tercampak ke seat belakang dan kami kembali berpusing di tengah highway.Saat itu aku sudah tidak mampu untuk berbuat apa-apa melainkan pasrah sahaja walau ke mana kereta itu membawa kami.Akhirnya selepas beberapa kali berpusing dan terhentak ke divider kereta kembali melantun ke lane kanan dan berhenti.

Saat itu hanya air mata dan kesyukuran saja dipanjatkan bila kami berdua tiada kecederaan parah.Aku menangis semahu-mahunya.Menyesal dan bersyukur kerana Allah masih melindungi kami adik-beradik.Orang ramai mula mengerumuni kami.Masih ada lagi lelaki-lelaki yang tiada perhubungan darah baik hati membantu kami.Mereka menjaga lane jalan supaya tiada kereta laju yang merempuh kami memandangkan kereta kami melintang di lane kanan.Benda pertama yang aku fikir cumalah telefon dan orang pertama yang terlintas adalah encik tunang memandangkan kereta tersebut adalah kereta encik tunang.Akmal pula sibuk mencari GPS yang dipinjam dari pakcik Sham.Encik Tunang dapat dihubungi.Seterusnya aku mendail no ayah dan juga pakcik Sham untuk datang membantu.Pertama kali terlibat dengan kemalangan ngeri.Panik dan tak tahu apa yang perlu dibuat.Aku tak segagah akmal bila akmal mula turun dari kereta dan mengutip barang-barang yang berterabur di tepi jalan dan aku pula hanya mampu menangis di dalam kereta.Tapi tangan masih juga sibuk mengutip barang-barang berharga yang sudah berterabur dari dalam beg.Beberapa minit kemudian baru semangat aku pulih untuk bergerak ke luar kereta.

Kami diarahkan untuk duduk di dalam kereta peronda highway.Akmal sudah mula menunjukkan kesakitan akibat hentakan-hentakan kuat dan aku masih kuat untuk berjalan sendiri.Selang beberapa minit kemudian pakcik Sham datang untuk membantu.Kami duduk berteleku di dalam kereta pakcik Sham.Ambulans datang untuk membawa kami ke Hospital Sungai Buloh.Akmal dibawa masuk ke bilik pemerhatian di wad kecemasan separa kritikal dan aku masih mampu menungg nombor giliran di wad yang sama.Alhamdulillah tiada apa yang patah melainkan lebam-lebam dan bengkak-bengkak di badan.Pukul 11.30 malam kami bergerak keluar dari hospital.Dan hari ini aku yang gagah semalam mula merasakan kesakitan di seluruh badan.Sudah tak mampu bergerak seperti biasa.

Syukur Ya Allah.Hanya kesakitan yang tak seberapa ini Kau turunkan kepada kami.Kau masih melindungi Kami walau Kami sering lalai mengingatiMu.Aku mula jadikan apa yang berlaku ini sebagai peringatan kecil dari Allah untuk Kami yang selalu melupakanNya.Terima kasih Ya Allah untuk kesempatan yang tak terhingga ini~

September 7, 2011

Asal selesa balun saja

Fesyen?Gaya?Mutu keunggulan.Sudah sudah asyik nak mengaruk saja (ikut tone dialog pendekar bujang lapok).Bercakap pasal fesyen aku memang ke laut.Aku bukan seorang yang suka mengikut fesyen terkini. Keluarlah tudung belit macam mana pun sarung terus siap ke ataupun ala-ala mak datin merelip sana sini sampai sebatu dah boleh nampak kau datang aku tetap tak ambil tahu jauh sekali nak mencuba.

Bila malas dan tak ada choice terpaksa juga lah sarung tudung-tudung berkenaan.Tapi biasanya tak lama boleh bertahan.Cukup sehari dua aku tetap akan cari tudung bawal kesayangan juga.Aku tak pernah kesah bila orang dah siap pakai tudung ekspress tapi aku baru terhegeh-hegeh nak menggosok.Janji selesa susah sikit pun tak apa.Muka aku sangat tak sesuai mengenakan tudung-tudung terkini ni walaupun ramai yang cakap 'cantik lin pakai tudung macam tu'.Heh saya tak layan godaan la.Cantik di mata orang tetap buruk di mata aku.

Aku juga lebih selesa mengenakan baju kurung untuk ke ofis.Walau ke mana-mana sekalipun aku akan sedaya upaya menggayakan stok baju kurung sealmari yang aku ada.Ya aku lebih banyak koleksi baju kurung dari t-shirt atau blouse atau kemeja.Biarlah orang nak kata aku minah kampung atau tak up-to-date tapi bagi aku baju kurung sangat selesa untuk bergerak walau di mana sahaja dan paling best encik tunang juga suka aku berbaju kurung.Lebih manis katanya.Tersipu-sipu malu (,")
Bila dah malas dan rimas nak bercatik-cantik nampaklah macam ibu kepada dua orang kanak-kanak ni
See macam makcik kan?Kalau encik tunang nampak gambar ni confirm gelak guling-guling T_T



September 6, 2011

Blogger dan gambar??

Aku suka membaca.Hobi aku membaca.Tak perlulah sebut berulang-ulang kali perktaaan membaca tu kan.Aku akan baca apa sahaja termasuklah gosip-gosip hangat artis.Opps bukan apa sahaja.Tidak termasuk buku-buku teks sekolah menengah kecuali buku komsas atau cerpen pendek.Pendek kata apa sahaja buku yang mempunyai jalan penceritaan yang menarik dan berdialog.Dengan itu aku sangat rajin untuk membelek setiap blog yang aku jumpa.Ada juga beberapa blog yang aku kerap buka tetapi tidak menjadi follower bukan kerana ego atau berlagak tapi aku memang tak reti untuk menjadi follower blog.Gila kuno lah kau ni.Setiap kali aku klik pada button follow yang ada akan keluar lin.hifdzico tanpa gambar di blog kesukaan aku.Serius menyampah bila tengok email blog tanpa wajah yang terpampang.Jadi aku buat keputusan untuk membaca dan melawat tanpa menjadi follower T_T

Setiap kali aku membelek blog-blog ternama mahupun tidak ternama akan ada gambar di setiap post-post mereka.Betul ke blogger dan gambar tak dapat dipisahkan?Tapi kenapa dalam blog aku satu gambar pun tak pernah wujud kecuali dalam profile sendiri.Itu sebab kau bukan blogger ternama dan tegar.Kau cuma watak cipisan sahaja.Ceitt~Cuma post ketiga atau keempat aku sahaja yang ada terselit gambar-gambar penting untuk aku dan itulah kali pertama dan terakhir aku selitkan gambar dalam post aku.Sebabnya aku rasa semua gambar yang aku ada dah dimasukkan dalam akaun fb jadi tak perlulah aku nak upload 2-3 kali kan.Macam lawa sangat kau punya gambar sampai nak tayang sini sana.Tapi sejujurnya aku dah lupa cara untuk masukkan gambar dalam blog ini T_T

Walaupun cuma aku yang menghadap blog ini hari-hari rasanya perlu aku selitkan beberapa gambar penting untuk diabadikan dalam blog ini.Dear diary kan luahan hati aku jadi tak salah untuk aku simpan detik-detik indah yang dah dirakam di dalam diary ini kan?Will learn how to upload picture in every post soon~

September 5, 2011

Trend raya tahun ini

Excited nak upload gambar raya dalam fb.Tak sabar-sabar nak tunggu buka ofis.Bukan sebab nak bekerja tapi nak upload gambar semata-mata.Haishh~Belek-belek gambar raya yang ada dalam hard disk.Gila banyaklah! Sampai 200 lebih.Dah macam gambar kawin ni.Kalau minta dicuci gambar-gambar tu mana mau korek duit ni?Cuci sendiri guna asid boleh kot~Ngeeee

Bila dah tengok semula moments indah yang dirakam baru perasan sesuatu.Kenapa dalam gambar raya tahun ini banyak sangat gambar melompat?Terpengaruh dengan album kahwin siapalah ni.Ishishish sampai aku pun terjebak sekali dan lompatan yang paling huduh pastilah aku kan.Mungkin trend melompat untuk tahun ni.Tahun depan aksi lain pula ya ^_^

Setiap gambar aku mesti akan ada bentuk V atau sebutan bandarnya peace.Ceit~Apasal lah tangan ni gatal sangat nak buat peace juga.Cubalah angkat ibu jari tangan ke ibu jari kaki ke lima jari ke.Dan setiap gambar aku juga mesti tak boleh duduk diam.Senget kepala senget badan sengat tangan asal ada yang senget la.hPerlu ke nak lentok-lentokkan badan macam perempuan gedik?Menggelenyar betul kau ni kan.Kira habis kiut lah kalau aku lentok-lentok macam ulat bulu tu T_T Tahun depan cuba trend ulat beluncas pula ya~

Dari raya pertama sampailah raya keempat gambar malam kami dipenuhi dengan aktiviti makan-makan.Barbeque sampai tengah malam.Malam pertama ayam panggang, malam kedua pun ayam panggang, malam ketiga sate ayam dan daging malam keempat juga sate ayam ditambah lagi dengan ayam KFC.Erkhh patutlah terasa berminyak-minyak muka ni.Lemak ayam dah memenuhi ruang mukaT_T Perlu ke aku potong usus perut ni supaya tak boleh terima makanan yang banyak lagi?Terasa diri bagai belon udara -_-"

September 3, 2011

Baju oh Baju

Seperti tahun-tahun yang sudah aku akan menempah 4-5 pasang pasang baju sekaligus.Bukan nak nampak hebat di hari raya memandangkan amalan pun segan-segan nak muncul time bulan Ramadhan kan cuma aku bukan kaki shopping.Jadi time raya ini lah jadi pilihan untuk aku memuaskan nafsu yang terpendam selama setahun.Heh kau memang bernafsu sentiasa lah~

Hari raya 2008 aku menempah 2 pasang baju dengan makcik tukang jahit bawah rumah.Sepasang kebaya dan sepasang kurung pahang.Tayang-tayang depan mata perfect!Try sarung di badan.Kenapa aku nampak macam nenek si bongkok tiga?Belahan depan baju tak centre.Setiap kali nak pakai baju itu aku terpaksa tarik dan pegang belahan depan baju supaya nampak centre.Orang lain riang gembira berjalan sambil berpegang tangan aku pula terpaksa berjalan dengan sopan sambil memegang butang baju!Baju kurung pahang pula boleh muat seorang lagi.Agaknya makcik ni ambil ukuran badan sendiri.Memanglah kata orang ukur baju di badan sendiri tapi kalau dah kain aku yang beli kenapa nak kena ukur badan makcik pula?

Tahun seterusnya aku menempah 2 pasang baju dengan tukang jahit di Terengganu.Terpengaruh dengan harga yang berkali-kali ganda murah dari KL.Dan tukang jahit kali ini direkomen oleh makcik aku sendiri.Malam raya baju masih belum siap dijahit.Sehingga pagi raya aku masih berbaju tidur.Sebelum ahli keluarga yang lain selesai solat raya aku bertemankan akmal pergi ke rumah makcik tukang jahit.Great!Makcik tukang jahit tengah menyiapkan kain baju kebaya aku.Dan aku tak bawa sepasang pun baju kurung spare untuk dipakai disebabkan level confident yang tinggi baju raya aku akan siap sebelum aku sampai ke kampung.Pagi itu aku tak beraya ke mana-mana.Hanya duduk di rumah menunggu baju raya yang belum siap dijahit.Hampir petang makcik tukang jahit datang menghantar baju sekali dengan butang baju untuk dijahit sendiri.Hebatlah makcik ni~

Tidak mahu perkara yang sama berulang aku membeli baju raya yang sudah siap dijahit di jalan tar pada tahun lepas.Aku membeli 3 pasang baju raya dengan harga RM500.Memang cepat pantas puas hati tapi dengan budget sebanyak itu untuk hanya 3 pasang baju tak berbaloi rasanya melainkan ada hati-hati yang penyayang dan pemurah nak sponsor.Jadi tahun ini aku kembali menempah kain pasang.5 pasang dihantar ke rumah makcik jahit kegemaran ummi.Sebenarnya makcik jahit sebelah rumah makcik jahit ummi.Memandangkan makcik jahit ummi tidak menerima tempahan selain dari baju kurung dan aku pula terkinja-kinja nak mengenakan baju fesyen tahun ini jadi terpaksa dihantar kepada jiran sebelah makcik jahit ummi.5 pasang dikembalikan semula dan cuma sepasang baju akmal sahaja yang sempat disiapkan.Heh nasiblah~Excited buka plastik dengan senyuman.Aik!Kenapa baju akmal jadi baju aku?Makcik ni memang ikut suka dia nak pilih-pilih baju orang.Terlajak perahu boleh diundur terlajak tempahan hati lah merana.

August 30, 2011

Selamat hari raya~

Selamat hari raya diucapkan kepada kawan-kawan~~~(apasal macam ucapan raya suratkhabar?)1 syawal tahun hijrah tak ingat T_T erkhh teruknya!Pagi raya yang indah dan aman.Tenang je bila dapat tengok halaman yang lapang tanpa lalang-lalang, pokok-pokok yang hijau merimbun, rumah-rumah kampung di kiri dan kanan kanak-kanak berkejaran hoihoi apasal buat karangan darjah 6 ni??Pagi ni aku tak sembahyang raya.Wahh bangga bagitau tak sembahyang raya.Ceitt~Okey okey bukan disengajakan.Pagi ni masing-masing kelam kabut bangun bila jam dah bergerak ke arah 7.30.Subuh gajah kami pagi ni gara-gara barbeque semalam.Makan sampai hilang nyawa.Oh tipu lah.Hampir hilang nyawa sahaja.Konon macam kuat sangat pukul 3 pagi baru masuk tidur dan nak bangun semula pukul 5.30 pagi untuk menyiapkan nasi minyak pembuka selera di pagi hari.Memang taklah kalau cuma konon-konon je kan.Jadi terpaksalah menggantikan ummi di dapur untuk menyediakan juadah sebelum semua orang balik dari sembahyang raya.

Bersiap-siap pakai baju baru sambil menunggu semua orang pulang.Tahun ni paling banyak gambar raya. Kredit to Syafiq yang dah mengeluarkan duit yang banyak untuk beli kamera baru semata-mata untuk raya.Cayalah semangat raya!Ummi dengan ayah yang susah bergambar pun sama-sama join kami berposing depan kamera.Memang bestlah ummi dan ayah ni~Mula sesi bersalam-salaman.First time bersalam dengan ummi dan ayah ada perasaan sebak dan terharu.Mungkin sebab pertama kali kami beraya sekeluarga. Biasanya raya pertama hiruk pikuk dengan adik-adik sedara dan makcik-makcik sedara sampai hilang rasa syahdu pagi raya tu.

Tahun ini juga pertama kali dalam hidup kami adik-beradik mencium pipi cengkung ayah.Sebak sampai menusuk-nusuk ke dada.Ayah walaupun pendiam dan tegas tapi lebih banyak loyar buruknya dari ummi.Kalau dengan ayah kami memang tak kering gusi.Mungkin kerana kesibukan ayah sewaktu muda dahulu membuatkan kami kurang mesra dengan ayah.Kami sangat menyayangi ayah dan ummi cuma kasih sayang terhadap ayah kurang ditonjolkan berbanding sayang kami kepada ummi.Dan raya kali ini kasih sayang yang terpendam sejak bertahun-tahun dahulu berjaya ditunjukkan.Mungkin ini langkah pertama untuk kami terus menunjukkan sayang kepada ayah.We love both of u ummi and ayah till the end of our life~

August 28, 2011

Riang ria di hari raya

Tahun ini adalah raya pertama aku dan keluarga beraya tanpa tuan rumah.Sementelah (cewah ayat BM A1 tu) cik ngah sekeluarga,tok(panggilan nenek untuk orang pantai timur) dan to'ki(atuk) ke tanah suci untuk mengerjakan umrah.Bahagia bila rumah orang dianggap macam rumah sendiri.Tak sempat panas punggung satu rumah dah selesai dijelajah.Aktiviti mengemas bermula.Tugas dibahagikan mengikut peringkat umur dan kerajinan.Aku ditugaskan mengemas bahagian dapur, akmal pula di bahagian ruang tamu (tugas akmal lebih berat memandangkan rumah ini ada dua ruang tamu yang besar dan dia memang lebih rajin dari aku hehe), syafiq dan budak kecik haikal yang sangat rajin di halaman rumah.Anak jantan gagah perkasa muda belia perlulah ambil bahagian yang lebih besar berbanding perempuan-perempuan yang ayu ni.Adik pula di bahagian...ehh adik tak ambil bahagian.Bahagian dia cuma berulang alik ke rumah Mok Teh menaiki motosikal tanpa disuruh.Jarang-jarang sekali nampak batang hidung selain dari time makan.

Aktiviti mengemas diteruskan sehingga ke pukul 6.Memang berkilat.Baru nampak rupa rumah orang.Masing-masing dah keletihan tapi bekerja sambil terkinja-kinja ni memang seronok.Tak terasa masa berjalan.Kerja yang dibuat pun diselesaikan dengan senang hati.Dan malam ini kami berbuka dengan menikmati air kelapa muda pior dari pokok.Marvelous~Walaupun tanpa saudara mara yang lain kami tetap merasai kemeriahan raya tahun ini.Mahu bersiap-siap untuk terawih.Malam ini ada aktiviti membesarkan badan lagi :D Ayam-ayam menanti untuk dipanggang beramai-ramai~

August 27, 2011

Ramadhan terakhir

Update pertama di bulan Ramadhan dan sekarang continue di akhir bulan Ramadhan.Cantek perangai malas aku ni.Tak banyak yang berubah dalam bulan ni.Life masih berjalan seperti biasa.Bezanya bulan ni ofis hour bermula pada 8.30 am sampai 4.30 pm.Memang bahagia bila hari-hari balik awal.Terasa cepat saja masa berjalan.Lagi bahagia kalau bulan-bulan lain pun ofis hour tetap macam ni.Heww~

Berat badan masih maintain macam bulan-bulan sebelum ni.Tak nak turun sekilo pun.Haip degil lah lemak-lemak ni.Sayang sangat nak hilang ni!Muka pun masih chubby dan kelihatannya macam makin chubby.Puasa ke tak ni?Haiseh!Apa yang penting tahun ni berpuasa di ofis tak macam tahun-tahun sebelum ni.Lesu letih dan bosan ibarat bekerja dalam rumah mayat.Tapi tahun ni walaupun berpuasa mulut masing-masing tak berhenti seiring dengan waktu yang berjalan.Tak berhenti bercakap ye bukan makan.Kami puasa penuh!^_^

Bulan ini juga duit makin banyak yang mengalir keluar.Perbelanjaan untuk lunch digantikan dengan aktiviti berbuka puasa di hotel dan di restoran.Habis nak jimat..datang pula membazir.Masa tengah berseronok tak ingat kesusahan akan datang tapi bila duit dah semakin menipis mula sedar betapa membazirnya aku di bulan mulia ini T_T Asalkan orang-orang tersayang gembira..susah sikit pun tak apa -_-'

Tahun ini adalah tahun terakhir aku menikmati ramadhan sebagai orang bujang.Tiap-tiap minggu dengan aktiviti berbuka puasa bersama kawan-kawan baik.Weekdays dengan family tercinta.Tahun depan entah ada lagi atau tidak aktiviti sebegini.Apa yang penting Ramadhan kali ini digunakan sebaik-baiknya untuk dinikmati bersama kawan-kawan dan family.Tahun depan bermula episod baru dalam kehidupan dan bermulanya pengalaman baru yang masih tak dapat dibayangkan lagi.Berdebar-debar~ 

August 1, 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan~

Hari ni hari pertama umat Islam berpuasa.Alhamdulillah aku masih berkesempatan untuk berpuasa pada tahun ni.Pengalaman pertama dan terindah berpuasa sebagai tunangan orang.Budget macam dah jadi isteri orang terindah bagai.Macam puasa-puasa yang lepas mesej handphone kosong tanpa kata-kata keramat 'bangun sahur cik tunang' 'jangan cari nasi tengahari buta ni ye' 'selamat berpuasa cik tunang' hoho so sweet encik tunang ni la.Macam la cik tunang dia ni selalu sangat ponteng puasa tak bersebab -_-"

Tapi bukan cerita kat atas yang aku nak buka hari ni.Hari pertama berpuasa semangat berkobar-kobar nak bangun awal tolong ummi di dapur untuk juadah bersahur.Tapi memandangkan ummi tak nak kelam kabut di pagi hari plus dengan kemungkinan aku tak akan bangun untuk tolong ummi di dapur -_-' makanan untuk bersahur dah disediakan siap-siap malam tadi.Bolehlah bangun dan terus makan saja pagi ni :D Sebelum tidur layan cerita satu hati dua jiwa.Walaupun tak best dan mengarut tapi tetap nak habiskan cerita sampai lewat pagi.Mamai-mamai masuk tidur tanpa ada perasaan nak kunci jam.

Sedar pagi tadi bila terdengar suara kelam kabut ummi.Sepantas kilat bangun tengok jam.What??5.35 pagi??Oh no no no perut dah berkeroncong.Harus tak pura-pura gastrik sebab tak bersahur?Jangan cari pasal buat perangai budak-budak tak cukup umur.Kejut adik-adik sekali lalu yang tak bangun tu abaikan.Masing-masing makan dengan gelojoh.Nasib baik sempat baca niat malam tadi.Sambil makan sambil membebel dengan adik yang berlenggang lenggok ceduk nasi dalam pinggan.Dia tak tengok ke aku bergerak sepantas kilat tadi?Semua orang pun aku nak rempuh.Buruk perangai!Jarum jam dah ke angka 5.45 tapi suara orang mengaji di surau masih tak berhenti.Pukul berapa azan sebenarnya ni?

Akhirnya suara azan berkumandang.5.50 pagi tepat -_-'' Kalau tau awal-awal tak ada lah aku makan dengan gelojoh tak pandang kiri kanan sampai tak sempat nak kunyah nasi main telan je.Tercekik kau tau tapi tetap nak suap nasi dalam mulut sebab takut tak sempat nak minum air.Gilalah!Nampak sangat aku tak pernah berusaha untuk duduk atas sejadah sebelum subuh.Erkk~

July 23, 2011

Alhamdulillah~

Selesai sudah hari yang dinanti oleh seisi keluarga.Aku kini sudah bergelar tunangan orang.Ye tunang orang. Haruslah menjadi lebih bersopan santun dan menjaga batas-batas pergaulan.Heihei macamlah selama ni boleh bergaul bebas tanpa batasan.Hari yang kelam kabut dan memenatkan tapi seribu kelegaan bila dah selesai satu babak.

Seawal jam 7.00 pagi aku mula menyibukkan diri mencari bunga segar untuk hiasan di dalam bilik Acu. Memandangkan aku yang akan menggunakan bilik tersebut jadi pandai-pandai lah aku mencari.Satu pasar Sentul dijelajah.Masa-masa kecemasan macam ni lah aunty jual bunga tutup kedai.Selalu tu ada je tercongok pagi-pagi buta.Mula mencari sehingga ke Wangsa Maju.Kedai belum dibuka.Singgah di ofis untuk mengambil tupperware air yang tidak dibawa pulang semalam.Masa itu juga katering Kak Lina call.Tak tau jalan ke Gombak.Yes!Memang terbaik bila aku terpaksa mengarahkan seseorang untuk menjemput katering Kak Lina di saat-saat semua orang tengah sibuk.Confirm ada yang mengata.Tugas diberikan kepada adik aku, Syafiq.Menunggu katering Kak Lina selama 2 jam di stesen Sri Rampai memang sangat menduga keimanan.
Aku tiba di rumah tepat jam 9.00 pagi dan segera bersiap untuk ke rumah Acu di Greenwood.Sekali lagi aku menghadapi masalah bila bekas cincin yang diperbuat dari RockMelon runtuh akibat kecerdikan menyimpan di dalam freezer malam tadi.Bekas cincin yang tegap dan cantik terus layu dan lebam.Dalam keadaan kelam kabut itu aku memberitahu Encik Tunang.So sweet bila Encik Tunang sanggup ke Sungai Besi untuk mengukir semula bekas cincin yang baru tanpa perasaan marah.
Encik Tunang pula seperti biasa hanya tahu jalan untuk ke rumah aku sahaja.Sekali lagi terpaksa menyusahkan adik aku, Akmal untuk menjemput Encik Tunang di rumah.Dengan diekskot oleh Abang Ajay dan Humairah mereka bertiga membawa Encik Tunang ke rumah Cik Umi di Taman Selaseh dan kemudiannya terus ke Balai Polis Gombak untuk menjemput rombongan lelaki dari Klang.Rombongan lelaki jarang-jarang sekali turun ke KL.Hanya tahu satu lokasi iaitu Balai Polis Gombak.Majlis dijangka berlangsung pada pukul 11.00 pagi.Pihak lelaki sudah dimaklumkan terlebih dahulu.Sejam berlalu rombongan lelaki masih tidak kelihatan. Dua jam berlalu masih juga belum sampai.Aku yang pada mulanya tenang sudah mula ke hulur ke hilir.Risau malu dan kesian dengan para tetamu yang sudah menunggu seawal jam 11.00 pagi.

Encik Tunang di rumah Cik Umi juga sudah mula panas punggung.Akhirnya selepas 3 jam menunggu rombongan lelaki tiba ke lokasi.Cincin disarung dan bermulalah episod baru aku sebagai tunangan orang.Pertama kali berjumpa dengan keluarga Encik Tunang dan begitu juga dengan Encik Tunang pertama kali berjumpa dengan keluarga aku.Alhamdulillah hubungan ini direstui oleh kedua belah pihak.Kata putus dicapai.Hubungan ini akan dimeterai pada 21/01/2011.Hanya tinggal 5 bulan sahaja lagi untuk ke fasa seterusnya.Semoga apa yang dirancang akan berjalan seiring dengan masa.Terima kasih untuk semua yang mendoakan hubungan ini.

July 15, 2011

Counting My Day

Tinggal seminggu lagi tapi persiapan masih di tahap kurang memberansangkan?(betul ke ejaan?dah lama tak menggunakan ayat-ayat bahasa melayu yang betul sampai lupa ejaan sebenar -_-') Barang-barang dan tapak hantaran digubah oleh mak Mimie yang baik hati.Sanggup terima tempahan walaupun cuma ada seminggu sahaja lagi.Tak banyak yang boleh diberi memandangkan majlis ni lebih banyak makanan dari barang-barang.Dalam masa seminggu aku bertungkus lumus menjadikan majlis pertunangan ni selancar mungkin tanpa sebarang masalah.

Mimie yang penyanyang pula dengan rela hati menjadi photographer free of charge.Memang sayang lebih lah ada adik angkat macam ni.Acu akan menjadi makeup artis aku.Tak tahu la se'artis' mana aku akan jadi nanti.Baju disponsor oleh kawan Kak Lang.Hewhew memang jimat.Tak perlulah nak keluarkan 200 lagi untuk baju.Kek hantaran disponsor oleh kawan sekerja Encik Tunang.Special made dari Convention Centre lagi.Buah-buahan pula dari Cik Eton.Sangat banyak sampai boleh buat kenduri lebihan buah.Toce toce.Cupcakes yang comel disponsor oleh jiran rapat kami, Cik Ton and the last but not least souvenir seramik dan tasbih disponsor oleh Acu Lina.

Selepas berpuas hati dan berkali-kali meng'google' terjumpa satu fb yang menyediakan pulut kuning dan wajik sebagai hantaran.Unik dan menarik.Satu pulut kuning dengan rendang RM70 dan wajik RM35.Puding untuk hantaran pula diorder dari Kak Nofa.Hanya RM50 sahaja dengan dekorasi fresh fruit.Sangat cantik dan murah.Selepas puas mencari khemah dan kerusi akhirnya Encik Tunang memberikan nombor Kak Aisyah yang dirokemen oleh seorang kawan.Untuk 1 kanopi arabian, 8 buah meja petak berserta alas dan 40 kerusi tanpa alas berharga RM300.Murahkan?Katering diorder dari Kak Lina, Shah Alam.Cuma RM7.00 untuk satu kepala.

Semuanya sudah diorder dan dirancang.Cuma menunggu hari kejadian.Letih dan lesu.Persiapan dibuat seorang diri.Family sudah sibuk dengan rumah yang baru direnovate.Makcik-makcik pula sedang berkemas di rumah Acu yang juga sedang direnovate.Encik Tunang masih bekerja shift petang sehingga hari ini.Seminggu yang memenatkan.Perasaan untuk seminggu akan datang masih tidak dapat dipastikan.Segeralah selesai seminggu yang memenatkan ini.

July 8, 2011

Bertukar

Dalam keadaan huru hara rumah masih belum siap sepenuhnya encik tunang dah mula merancang dengan keluarga beliau untuk datang merisik.Sambil ditemani buku-buku yang berlonggok di atas katil aku meminta pendapat ummi.Memang tension kalau di tengah-tengah kesibukan dan keserabutan terselit agenda lain yang lebih besar dan penting.Memang tak sesuai nak dibincangkan dalam keadaan rumah yang macam tu tapi keadaan memaksa memandangkan cuma tinggal lagi 3 minggu untuk aku dan keluarga bersiap sedia menerima rombongan pihak lelaki.Ummi memberi persetujuan.Kehidupan diteruskan seperti biasa dengan keadaan diri yang sentiasa excited dan berdebar untuk dipetik orang.Haha memang menjengkelkan statement aku!Masuk minggu kedua ummi tiba-tiba bersuara.

"Ummi rasa elok kita buat majlis tunang jugalah.Tak sedaplah kalau orang sekeliling tanya-tanya nanti kenapa merisik je.Kita buat ikut adat"

Dah memang di luar jangkaan.Target aku dan encik tunang yang sebenar hanya merisik dan terus tetapkan tarikh nikah.Bila nak buat majlis pertunangan persediaan kena rapi dan teratur.Kalau tak harus huru hara jawabnya.Hujung minggu tu juga aku bergegas ke rumah atuk untuk berbincang dengan sedara mara yang lain.Seperti yang dijangka masing-masing terkejut dengan perancangan last minute kami.Well kalau kecoh awal-awal tak bestlah! Keputusan dibuat majlis akan berlangsung di rumah acu.Heh jadi orang pertama merasmikan  rumah baru acu.Cayalah!

Terkocoh-kocoh klik-klik apa yang patut.Haruslah menggunakan teknologi canggih di saat-saat kecemasan macam ni.Dah jumpa beberapa page juadah menarik yang boleh dijadikan sebagai hantaran.Sekarang tengah struggle untuk search khemah dan kerusi meja.Harap-harap semua under budget.Duit dalam tangan cuma ada 5 ribu tapi nak beli itu nak beli ini nak tambah itu ini.Mana mau korek kalau dah over budget?Ada sesiapa nak sponsor lagi tak??Hehehe

July 5, 2011

Julai yang memenatkan

Julai bulan yang sangat busy untuk aku dan family.Bulan ni acu memunggah barang-barang untuk sesi renovation.Rumah aku pun sibuk nak renovate jugak.Jadi kehidupan kami sekeluarga sedikit kucar kacir dengan makan minum pakai tak berapa terjaga.Rumah sendiri dah puas sedut habuk bila berkumpul ramai-ramai di rumah atuk pun stil kena sedut habuk juga :( Rumah kecil bila nak renovate terpaksa main alih-alih barang dari satu sudut ke sudut yang lain.Bila nak start buat wiring alihkan perabot ke tengah ruang tamu.Bila nak pasang ceiling tutup semua perabot dengan kain kanvas.Tidur malam pun mengerekot di celah-celah rak kasut mesin basuh peti ais.3 minggu berkeadaan macam tu.Tak bersemangat tengok keadaan rumah.Berhabuk dan bersepah-sepah sampai satu tahap tempat untuk duduk pun tak ada.Dalam bilik dah penuh dengan pinggan mangkuk ummi.Atas almari dalam kabinet atas katil atas lantai.Hoh!Tiap-tiap hari masuk ofis dengan wajah yang kusut masai.Mood untuk bercantik-cantik pun hilang dengan keadaan rumah yang macam tu.Balik rumah mengelap habuk yang melekat di lantai dan begitulah seterusnya rutin harian.Lap hari ni esok kotor balik.Selepas 3 minggu berkeadaan seperti orang kurang pedoman akhirnya siap juga sarang burung ini diubah suai menjadi sarang beruang.Idea dan kewangan fully sponsored by ayah tersayang menjadikan rumah kami ibarat luar setinggan dalam kondo wa cakap lu!Just nice untuk kami sekeluarga.Inilah yang dipanggil rumahku syurgaku ^_^

June 30, 2011

Blog kucar kacir

Ikut suka aku je bila nak update bila tak nak update.Hew.Dah terasa macam nak tutup blog ni sebab idea untuk menulis bukan selalu ada.Tambah pula dengan mood yang selalu tak menentu.Sekejap ke laut sekejap ke darat kadang-kadang ada atas langit.Terfikir-fikir cerita apa yang patut aku tulis dalam blog ni.Dah macam-macam cerita mengarut ada dalam ni.Bila baca balik terasa macam nak menyorok pula bawah meja.Nak delete post yang ada terasa kosong pula.Lebih baik tutup blog ni kalau dah semua post pun kau nak delete.Best je bila jengah blog orang lain.Macam-macam cerita dan macam-macam idea.Hebatnya orang yang boleh menulis hari-hari.Aku nak fikirkan cerita sekali seminggu pun susah.Tengok je lah dalam FB aku.Wall orang lain penuh dengan status dan komen sendiri tapi aku lebih senang memerhati dalam diam.Cuma sesekali je bila mood sampai untuk mengomen status kawan-kawan macam-macam karut marut yang ditulis.Heh nantilah akan difikirkan.Tutup atau teruskan~

June 4, 2011

Zaman kanak-kanak

Aku adalah anak sulung daripada lima orang adik beradik.Tugas dan tanggungjawab anak sulung ni memang berat.Lebih-lebih lagi bagi anak sulung perempuan yang lemah lembut sopan santun baik hati macam aku.Ahhh terasa nak tampar muka sendiri laju-laju.Seorang perempuan yang mempunyai adik-adik lelaki yang gagah perkasa dan lebih besar serta tegap berbanding kakak sulung memang mencabar.

Teringat zaman-zaman hingusan dulu bila aku ditugaskan untuk menjaga adik-adik seramai 3 orang.Ummi belum balik dari mengajar.Maka tinggallah kami adik-beradik.Waktu tu aku dan adik-adik masih belajar di sekolah rendah, sekolah yang sama ummi mengajar.Tapi kami sangat bernasib baik kerana ummi tak pernah mengajar kami walaupun setahun.Cuma sehari pernahlah bagi menggantikan tempat ustazah yang tiba-tiba ada emergency call dan kau taulah azab sengsara bila mak kau sendiri yang mengajar dalam kelas.Ibarat mendidik anak-anak di rumah sesuka hati dimarah dan dicubit-cubit siap dera baca surah bla bla bla ummi memang tak pilih bulu ='(

Okey back to the topic dahulunya aku seorang kakak yang garang panas baran dan kejam walaupun baru belajar di sekolah rendah.Memang tak sepadan perangai kejam tu dengan kanak-kanak seusia aku.Bila marah menguasai diri aku bagaikan dirasuk hantu.Memukul dan menendang sesuka hati tanpa memikirkan perasaan adik-adik.Aku bukanlah seorang kakak sulung yang penyayang tapi lebih kepada kaka tiri yang menyeramkan dan dibenci adik-adik tiri.Sepanjang ketiadaan ummi aku menjaga adik-adik ibarat menatang minyak yang penuh.Penuh kelembutan dan kasih sayang.Memang tipu!Kau cuma tunjuk kasih sayang selepas puas membelasah adik-adik kau kan? :'( Jahatnya aku!

Menyingkap cerita lama, satu hari di bulan puasa yang mulia di mana umat islam berebut-rebut mendapatkan pahala dengan menjaga tatasusila dan adab sopan aku tanpa belas kasihan telah membelasah aizuddin (adik ketiga) ibarat kau bukan adik kandung aku.Salahnya cuma keletihan selepas berjalan pulang dari sekolah dalam panas terik lantas sampai di rumah mencapai sebiji agar-agar yang tengah sejuk dalam peti ais dan makan depan aku.Aku sudah diterapkan berpuasa penuh sejak berusia 6 tahun jadi pantang mata aku melihat adik-adik sewenang-wenangnya makan siang di bulan puasa.Akibatnya berbiji-biji agar-agar dalam peti ais dikeluarkan dan disumbat dalam mulut adik aku.Menangis-nangis aizuddin yang baru berumur 9 tahun.Hati yang panas mula sejuk melihat tangisan si adik.Cepat-cepat aku tarik aizuddin di dalam dakapan dan aku usap kepalanya dengan perasaan bersalah yang menebal.Kemudian aku mandikan dan siapkan dia sesegak mungkin dan kami menonton televisyen bersama-sama sambil bergelak ketawa bagai tiada apa yang berlaku sebelum tu.

Sebagai budak kecil yang masih mentah (mentahlah kalau masih di sekolah rendah cuma perangai kau tak sementah usia kau) bergaduh di kalangan adik beradik adalah perkara biasa.Walaupun aku seorang budak perempuan tapi setiap kali bergaduh aku adalah pemenang.Heh heh.Bodohlah kau benda macam tu pun nak bangga.Pergaduhan antara budak perempuan dan budak lelaki tak sama macam pergaduhan sesama budak lelaki.Aku menggunakan kuku untuk mencakar muka mangsa dan tangan untuk menghantukkan kepala mangsa ke dinding.Macam samseng jalananlah kau.Akibatnya muka adik-adik aku akan penuh dengan kesan-kesan cakar.Aku pernah melihat adik-adik bergaduh sesama mereka.Yang seorang di atas dan seorang di bawah.Bila dapat peluang yang di bawah akan bangun dan berdiri atas kerusi lantas melompat ke atas mangsa yang di bawah.Jadi dulu tak perlu kami bersusah payah berebut televisyen untuk tengok WWF.WWF live sentiasa ditayangkan depan mata setiap hari.

Pernah kami adik beradik tak bertegur sapa selama beberapa bulan disebabkan kesalahan adik-adik yang mencuri baca diari harian aku.Sudahlah dibaca tanpa izin dicanangkan di depan semua orang termasuk ummi dan ayah.Malu dan marah bercampur aduk.Ditambah pula dengan kekecewaan keputusan PMR.Aku hanya mengambil langkah mendiamkan diri dan tidak mempedulikan adik-adik lagi.Malah kerja sekolah adik-adik juga dipandang sepi.Tak terdetik hati untuk memberi tunjuk ajar.Akibatnya hubungan kami renggang selama beberapa bulan sehinggalah aku mendapat tawaran belajar di Terengganu.Sejak itu kami adik beradik berpisah jauh.Tetapi hati dan ingatan aku tetap pada keluarga di KL dan setiap kali ada peperiksaan penting aku tak pernah lupa untuk mengirim hand made card dan kata-kata perangsang kepada adik-adik.

Itulah cerita zaman kanak-kanak.Penuh dengan pahit dan manis.Macamana terluka dan sedih pun hubungan tu tetap akan bercambah menjadi baik semula.Pagi ni kami bergaduh petang kami dah berkejar-kejaran semula.Walaupun kami pernah tak bertegur sapa, melakukan aksi 18SG kau atas aku..aku atas kau, bertumbuk bercakar tapi kami tetap saling sayang menyayangi dan saling melengkapi.Aku hanya akan puas bila melihat kebahagiaan dan kegembiraan keluarga.Sesukar dan sesulit mana pun kehidupan aku..keluarga tetap menjadi keutamaan.Cuma bezanya peranan anak sulung yang garang dan kejam tu tak bolehlah dipraktikkan sekarang memandangkan aku cuma separas bahu adik-adik.Sekali tolak aku dah rebah -_-" 



June 3, 2011

Nak kurus nak kurus nak kurus

Aku sangat fobia dengan perkataan gemuk.Lebih-lebih lagi bila kawan-kawan mula bercakap "kau nampak berisi la sekarang senang hati ke?" Kegemukan atau penambahan berat badan sering dikaitkan dengan hati yang senang.Tapi untuk aku walau berbunga macamana pun hati aku perkataan gemuk atau berisi tu tetap menjadi perkataan yang paling dibenci.

Aku pernah merasa gemuk suatu ketika dulu.Sebenarnya tak adalah gemuk mana pun cuma pipi aku naik macam dibubuh serbuk penaik.Tapi sebab aku dikelilingi oleh kawan-kawan yang solid dan ramping maka rasa rendah diri tersangatlah hebat.Lebih-lebih lagi bila ada di kalangan kawan-kawan yang mula berkata-kata "kau ni gemuklah", "kau tak cantik pakai baju ni sebab tak nampak ramping" :'( Rasa nak ditampar-tampar mulut kawan-kawan kesayangan aku tu.Teringin nak kurus tapi tak pernah terfikir jalan untuk ke situ.Bila nasi tak dijamah selama berbulan-bulan pun badan masih bagai dipam-pam akhirnya aku berputus asa.

Tapi bila habis zaman persekolahan badan yang bagai dipam-dipam terus menurun tanpa disedari.Maka melekatlah nama 'si kering'.Perasaan ketika tu tentulah sangat genbira.Tak kiralah orang nak kata aku makan hati atau tak cukup makan atau putus cinta bagai yang penting aku dah dapat bentuk badan idaman.Tak adalah lagi orang yang berani cakap aku gemuk.Makan banyak mana pun badan tetap tak nak naik.Mungkin faktor pekerjaan dulu yang memerlukan aku berulang alik dari rumah ke ofis bersesak-sesak dengan orang ramai dalam bas setiap hari.Belum dicampur lagi dengan berjalan laju-laju sebab tak nak ketinggalan bas.Maklumlah baru bekerja.Gaji pun tak seberapa hanya cukup untuk alas perut dan tambang bas tiap-tiap hari.Belum mampu nak memiliki kereta sendri.

Bila kerjaya dah bertambah baik dan sumber kewangan semakin kukuh mula berangan-angan nak memiliki kereta sendiri.Tak perlu bersusah payah lagi berebut dalam bas dengan indon-indon yang sama habis waktu kerjanya dan pakcik-pakcik yang sentiasa mengeluarkan aroma yang sangat dasyat sampai tak lalu nak makan berhari-hari.Memang bahagia bila tak payah nak berkongsi kenderaan dengan sesiapa.Bebas untuk keluar rumah bila-bila dan tak perlu menunggu di bus stop dengan berkasut tumit 3 inci dan tudung yang dililit-lilit untuk menaiki bas.Ditambah pula dengan tempat kerja yang senang dapat parking sejak ada shopping mall yang berbayar di depan dan tempat parking betul-betul di depan ofis tak perlu berjalan jauh mendaki bukit lagi untuk park kereta.Walaupun ofis aku terletak di tingkat 3 tapi sampai di ofis makanan yang lazat-lazat sedia terhidang tak kira pagi petang mahupun malam.Kerja aku tak macam dulu.Hanya duduk di ofis 24 jam sampai kadang-kadang untuk ke ladies room pun terasa malas.Bahana kerusi empuk.

Makin lama badan mula melalui proses pembesaran.Pembesaran yang ketara bila dagu mula berdouble dan perut semakin menampakkan lemak.Lengan makin membesar dan baju-baju dulu makin menyempit.Arrghhh aku mahu kurus mahu kurus mahu kurus!Mahu kurus seperti dulu :( Mulai hari ini aku berazam untuk park kereta di atas bukit dan turun ke bawah setiap kali lunch hour.Banyakkan pergerakan dan kurangkan makan.Caiyokk!!Boleh ke?Errkk~

May 30, 2011

Diluah mati mak ditelan mati bapak

Pernah tak sesiapa berada dalam situasi macam aku?Sukar nak buat pilihan antara kekasih dan kawan.Sentiasa berada di tengah-tengah dan tak tahu nak dahulukan yang mana.

Situasi 1 : Berjumpa dengan kawan-kawan sekolah rendah yang dah lama tak jumpa.Lamalah kalau dulu tiap-tiap bulan kau jumpa alih-alih masing-masing senyap lebih dari 3 bulan.Berjanji untuk pergi wedding salah seorang kawan sekolah rendah sama-sama.Dalam masa yang sama dah berjanji dengan si dia untuk keluar mencari barang-barang keperluan selepas wedding ceremony.Lepas selesai kenduri kawan-kawan ajak sambung gather di kedai makan pula.Si dia dah setia menunggu bawah rumah.Saat ni hati siapa yang perlu didahulukan?Teragak-agak nak lukakan hati si dia yang sabar menanti tapi masih berat untuk meninggalkan kawan-kawan yang mengharap.Dilema~

Situasi 2 : Tengah-tengah bergelak ketawa dengan di si dia di kedai makan tiba-tiba kawan baik call.Terus angkat call walaupun terpaksa membantutkan cerita kelakar dan emosi ceria si dia.Kawan baik ajak jumpa dalam masa beberapa jam lagi.Terus setuju sebab tak nak menghampakan perasaan kawan baik sedangkan baru beberapa minit berjumpa dengan si dia.Teruknya aku!Mula mencari alasan untuk balik tanpa memikirkan perasaan si dia.Kadang-kadang bila tak sampai hati nak melukan hati si dia terpaksa berbohong kepada kawan baik.Tak tergamak nak berterus terang sedang bersama dengan si dia dan sekaligus akan membuatkan kawan baik berfikir "tengah seronok..ada kekasih hati kau terus lupa aku ye".

Siapa yang harus diutamakan?Kawan atau kekasih?Pernah terdengar cakap-cakap orang bila bercinta terus lupakan kawan-kawan bertepuk tampar dulu.Kawan-kawan yang dah kenal bertahun-tahun dilupakan semata-mata kerana kekasih yang baru setahun jagung bersama.Kalau ikut logik betullah..apa nak hadap dengan kekasih yang baru kau kenal berbanding dengan kawan-kawan yang dah kenal turun naik kau.Esok lusa kalau kecewa kawan-kawan juga yang kau cari.Tapi soal masa depan?Kau nak hidup dengan kawan-kawan ke sampai ke tua?Kekasih hati tu jugalah yang akan lalui hidup susah senang jatuh bangun dengan kau nanti..yang akan bergelar suami kau.Sukarnya nak menjaga perasaan semua orang =(

May 20, 2011

Tragedi bulan .... (ilang ingatan)

Tengah semangat kerja datang berkobar-kobar time ni la aku teringat tragedi hitam yang berlaku.Actually tak berapa nak hitam sangat..kelabu asap hampir sangat ke hitam.Bila teringat kisah ni bulu roma naik mencacak fikiran jadi runsing hati jadi tak senang.Ayat memang nak gempak memandangkan imaginasi terlalu tinggi.Ini bukanlah kisah hantu rambut panjang yang mengilai sambil berterbangan riang atau kemalangan ngeri yang mengakibatkan mangsa pecah kepala tercabut tangan bagai.Tapi cukup mengerikan dan menyeramkan untuk aku.

Hari tu memang bahagia.Ketiadaan bos-bos sekalian membuatkan kami lebih bahagia.Mulut tak berhenti bercakap ditambah dengan hidangan jajan depan mata.Oppss mulut kami laju pokpek pun sama laju dengan tangan yang menaip.Cuma lebih meriah dari hari-hari biasa =) Dalam kekecohan berborak, Ulum (my favourite office boy) dengan termengah-mengahnya masuk ke ofis.

"Kak Lin parking kereta kat mana?"

Terpinga-pinga memandang wajah Ulum yang nampak sangat kalut sambil otak ligat nak mengingati tempat kereta berada.

"Kat corner bawah pokok tu rasanya.Parking tempat biasa" muka masih menunjukkan kebodohan yang ketara.

"Kereta polis dengan DBKL banyak sangat kat bawah.Siap ada towing car lagi"

What??OMG OMG!!Haaa..time parking sedap je mengata pakcik DBKL kan.Nak saman..saman lah.Ada aku kesah??Tapi sekarang pakcik DBKL dah bawa geng!Siap ada jentera berat lagi!Pakcik DBKL dah makin advance dan makin bijak.Terketar-ketar tangan mencapai kunci kereta tapi dalam otak masih sempat fikirkan perasaan malu.Malunya nak pergi alih kereta sambil ditonton orang ramai yang berlonggok tepi kaki lima bagaikan menonton puppet show!

Makin dekat dengan kereta hati makin berdebar.

"Ulum, tayar kereta dah kena clamp ke?" 

Masih tak sanggup nak tengok apa yang ada di bawah di atas dan di tepi kereta.Polis makin ramai begitu juga dengan penonton yang setia bertenggek menanti kereta-kereta diangkut menaiki towing car.

"Selamat kak lin selamat" 

Tekan saja alarm terus melompat masuk dalam kereta.Kereta kesayangan tapi lebih menyayangi duit yang semakin menipis dalam poket.Kalau ikut giliran kereta aku yang seterusnya akan diangkut tapi bernasib baik sebab Ulum lebih cepat dari pakcik DBKL.Hahaha gelak sekuat hati sambil mendabik dada.

Moral of the story janganlah ingat pakcik DBKL tu tak kesah kau buang merata-rata resit saman dia.Sekali dia bawak askar ketar tempurung lutut kau.Daripada bayar towing car untuk releasekan kereta kau beratus-ratus lebih baik spendkan RM5 untuk bayar parking.Dan mulai dari hari itu aku serik untuk parking kereta merata-rata walaupun di mana-mana dan bila-bila waktu pun.Aku sanggup menghabiskan duit untuk bayar parking daripada cari pasal dengan pakcik-pakcik polis dan DBKL.Itulah manusia..sudah terhantuk baru terngadah..sob sob sob ='(


May 19, 2011

Pilihan terbaik

Saat putus cinta memang perit.Sampai terasa kau tak mampu nak berdiri lagi.Hilang segala keceriaan dan kebahagiaan yang pernah dikecapi.Terimbau kembali saat-saat indah ketika kau bersama si dia.Gugur lagi airmata dari pelupuk tanpa dapat ditahan.Hari berganti hari..bulan berganti bulan..tapi kau masih di situ.Meratapi dan menangisi hari semalam yang dah jauh meninggalkan kau.Terasa diri sangat terhina saat ditinggalkan biarpun dah banyak yang dikorbankan untuk si dia.Pengorbanan yang sia-sia.Saat itu hati bagai tertutup untuk bercinta lagi dan diri sudah menjadi sekental tugu negara untuk tidak menerima kehadiran insan bernama lelaki.Bagi diri yang terluka lelaki dan cinta hanya mainan dunia.Indah ketika baru hendak bermula tetapi sudah terasa pahit dan peritnya bila tiba di pertengahan.

Zreeeekkkkkkkkkkk (buat bunyi brek mengejut yang sentiasa potong emosi-emosi romantik sedih mahupun gembira)

Aku adalah golongan di atas tapi tak adalah frust menonggeng sampai 'biarkan aku mati'.Memang hati ini terus mati dan sangat anti dengan lelaki.Asal ada lelaki yang nak dekat atau sengaja nak tunjuk ke'caring'an mesti akan di'sound' sesuka hati.Senang sangat naik angin dengan lelaki yang cuba nak bersikap manja dan mengada-ada.Aku mudah nak mengenali lenggok bahasa dan tubuh seseorang yang menaruh hati terhadap aku.Tapi selalunya akan buat-buat tak faham atau ikut jalan mudah berterus terang yang aku tak bersedia dan tak terpikat dengan sesiapa lagi walaupun si lelaki masih belum berterus terang.Heh memang muka tak tau malu (",) Pendek kata rimas nak berdepan dengan lelaki yang ada bibit-bibit bunga dalam hati.Sebelum bunga berputik lebih baik aku kerat mana yang patut.

Tapiiiiiiiii.....

Setiap manusia sudah ditentukan jodoh masing-masing.Lelaki diciptakan berpasangan dengan perempuan.Aku yang berhati keras ini pun akhirnya tertunduk dengan takdir.Lelaki itu yang berjaya membuka semula hati ini sekaligus membuang prinsip hidup yang sangat keras dan poyo 'tiada cinta tiada lelaki easy to be single'.Macam bagus-bagus.Terima kasih Allah kerana menemukan aku dengan lelaki itu.Tak pernah terlintas untuk terlibat dengan cinta sms.Tak pernah berjumpa dan tak mengenal rupa.Tapi kata orang tak kenal maka tak cinta ^_^.Cinta hadir di mana-mana tanpa dijangka.Terima kasih kepada sahabat yang menemukan kami.Semoga cinta ini terus berkekalan sehingga ke akhir hayat.Kepada bakal suami..terima kasih kerana hadir di dalam hidup ini.Semoga Allah merahmati hubungan ini.Amin~
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers