December 29, 2010

My bad

Aku rasa berat hati nak keluar rumah pagi tadi bukan memang selalu ke berat hati tu?Berat je nak melangkah ke kereta.Jalan pun slow je dengan harapan lambatlah sikit nampak kereta.Tak perlu nak rushing-rushing macamkan kau ada share dalam company tu kan.Pesan umi sebelum melangkah keluar baca bismillah dan berdoa supaya tak ada apa-apa yang berlaku tapi selalunya memang tak la kan.Keluar rumah pun dah kelam kabut tambah dosa memaki lif yang slow sangat nak naik turun padahal sendiri yang saja melengahkan masa. T_T

Masuk dalam kereta jam dah tunjuk angka 9.15.Tak boleh jadi ni.Nak memecut terasa kecut..jalan Sentul pukul 9 pun kereta bergerak macam semut lagi jadi membebel je la sorang-sorang dalam kereta.Kelajuan meter 60km/h.Masuk simpang bandar baru sentul kelajuan diturunkan kepada 40km/h.Sampai satu simpang nak keluar dari bandar baru sentul menuju ke setapak seorang amoi cina tengah drive myvi se silver macam makan angin depan aku.Lenggang lenggok macam joyah pakai kebaya ketat masuk kampung sambil bimbit raga sayur.Jalan besar dah clear sehabis clear.Tak ada sebiji kereta pun lalu masa tu.Aku pandang depan sekali imbas dan terus toleh kanan untuk keluar ke jalan besar.Alih-alih amoi depan belum start jalan lagi.Dia masih diawang-awangan.Bang!Kuat jugalah kereta aku bergoyang menandakan kereta amoi kat depan dah selamat dilanggar gile lah kau letak mata kat lutut!Amoi tu dengan muka ketat keluar dari kereta kat tengah-tengah simpang tu juga untuk bersinsing lengan bertumbuk.Eh bukan..muka ketat untuk cari masalah dengan aku yang memang dah bermasalah dengan dia.

Aku dengan cuaknya tapi masih control muka angkat tangan dan bagi isyarat supaya dia berhenti di tepi jalan.Kalau tiba-tiba ada adegan tarik rambut tak lah malu sangat tepi jalan.Amoi tadi dengan bengangnya masuk dalam kereta dan bagi signal emergency.Sampai satu bus stop dia berhenti dan keluar sambil mulut mengomel-ngomel.Belek-belek depan kereta aku memang tak ada kecederaan apa-apa tapi bila toleh belakang kereta amoi tu aiyoo itu bumper belah kanan dah terkeluar dari landasan.Kuat juga kereta proton ni ye..jadi kepada sesiapa yang nak beli kereta proton janganlah ragu-ragu.Saya dah langgar kereta orang dan boleh lihat hasilnya sendiri hoi hoi kau boleh serius sikit tak?Amoi tadi dah mula bising-bising minta aku bayar cash.Cash?Jangan kata 200ringgit..20ringgit pun tak ada dalam wallet.Damn!Duit tak ada kredit tak ada bateri handset mati.Saat-saat cemas macam ni semua benda tak ada.Apa yang ada hati yang gundah gulana sahaja.Sempat call ofis sesaat dua untuk minta pertolongan.

"Im a beautician.I have 10 customer waiting for me in the office".

Cuak hilang timbul rasa nak bertumbuk pula."I'm a lawyer and my clients are waiting for me.I have some court case this morning and I'm late too.So can u please be patient and wait for my friends?They will come to see how much I have to pay to you.Is it difficult for you to keep quiet?" tapi tu semua hanya terluah dalam hati.Yang aku mampu buat cuma terkulat-kulat.

Beberapa minit menunggu budak ofis sampai.Amoi tadi tak sudah-sudah tarik muka.Aiyaa amoi..u beautician tapi muka u manyak masam wooo.Buruk benor.Kot ye pun marah kasi manis sikit laa

"Boleh cepat sikit tak?"

Amoi tadi mula menunjukkan kesamsengan.

"Akak..member saya cakap benda ni boleh ketuk je masuk dalam.Tak payah tukar satu bumper."

Dengan muka berlagak amoi tu jalan laju-laju menuju ke arah kami. 

"U tau ini bumper kos berapa?Satu ribu wooo"

Aku dah tak nak masuk campur.Duduk kat tepi sambil jadi pemerhati.Kepala dah terasa panas dengan perangai amoi tu.Kepala kasi letak kat lutut la amoi.Itu kalau bumper u tercabut memang la satu ribu.Tapi sekarang bumper u tak ada calar pun.Cuma terkeluar sikit.

Tak nak benda melarat lebih buruk aku hulur 300 macam yang amoi tu minta.Masuk kereta terus pecut ke ofis.Terasa ada beban berat dalam hati.Tiba-tiba air mata berguguran..laju.Dah tak peduli orang kiri kanan.Sepanjang perjalanan aku menangis.Bodohlah!Tiba-tiba kau menangis ni apasal?Macam-macam perasaan datang.Sebal geram sakit hati.Melayang 300 ringgit untuk benda tak berguna macam tu.Macamana boleh careless sangat?Tengah-tengah kegawatan ekonomi macam ni kau dah bazirkan 300 untuk amoi gila tadi.Bila orang langgar kereta aku sampai tinggal kesan dalam tak ada pun aku nak mengamuk.Try to be cool walaupun tahu siapa yang melanggar.Aku ada choice untuk kemek atau calarkan kereta yang langgar aku bila hari-hari kereta tu parking depan kereta aku tapi tak perlulah.Anggap je tak sengaja.Tapi bila aku langgar kereta orang dan-dan tu juga aku kena bambu.Ohh manusia memang menyakitkan hati.Terpaksa masuk ofis dengan mata yang bengkak. :'(

December 28, 2010

Happy Birthday Mr. Big Boss

Hari ni bangun awal dari kebiasaan.Jarang dapat semangat untuk bangun awal macam pagi ni.Kenapa bersemangat sangat pagi ni?..teng teng teng

"TODAY IS MY BIG BOSS BIRTHDAY"

Boss kau punya birthday tapi kenapa kau yang excited sangat?Ehem ehem adakah?Oh tidak tidak.Buangkan fikiran kotor dan jelek tu jauh-jauh ye.Mestilah aku excited nak jadikan celebration ni as a celebration yang tak boleh lupa dari staf-staf untuk bos yang hebat (ayat ampu minta gaji lebih) tapi memang takkan dapat naik gaji disebabkan kau bersusah payah nak celebrate je lainlah kalau kau buat kerja tip top da vaas kan.Bukan senang nak dapat bos yang memahami hati pekerja bawahan..yang jadikan pekerja bawahan sebagai kawan dan menghargai setiap apa yang dilakukan oleh pekerja-pekerja.Dapat cari?Satu dalam seribu rasanya.

Mata dah tak boleh tutup disebabkan excited sangat dengan apa yang nak jadi hari ni.Ambil keputusan untuk bangun dan cari pinggan mangkuk umi untuk dibawa ke ofis.Memandangkan ofis tak ada peralatan memasak periuk belanga jadi macam biasa pinggan mangkuk umi yang bersusun cantik dalam almari jadi mangsa.Pilih-pilih yang berkenan di hati dan sesuai untuk hidangan.Asingkan ke luar dan susun dalam beg dengan habuk-habuk tebal melekat atas pinggan.Memandangkan aku kena tempuh orang dalam lif dan bertembung dengan orang ramai yang sarat kat bawah sebelum berjaya bawa masuk pinggan-pinggan tu dalam kereta terpaksa keluarkan balik dari dalam beg dan basuh sebelum dipandang pelik atas bawah kerana bersikap pengotor.

Sampai ofis berlaku beberapa kejadian yang tak diingini tapi end up semuanya under control :D 11.15 pagi masing-masing dah bergerak untuk surprise party boss.Actually dah tak surprise sebab semalam aku dah inform dush dush kau ni memang kepoh kan.Have to lah kan kalau tak boss tak nak masuk memandangkan orang-orang iran kat luar tu lagi penting dari kami sob sob T_T.Time tu lah baru nak beli belon kek kfc pizza.Hoho orang melayu yang malas memang suka buat kerja last minit.Tapi kerja last minit tu la lebih membahagiakan =D bahagia lah sangat kalau kau semput berkejar ke sana ke mari kan.Dengan semangat berkobar-kobar dan kelajuan yang maksimum kitorang start decorate bilik bos.Kan bagus kalau time kerja pun ada semangat membuak-buak macam tu tapi tak mungkin selagi akaun facebook wujud (ecece salahkan facebook pulak).Pukul 1 tepat Mr. Big Boss masuk ofis.Bersusah payah kitorang tahan beliau kat luar sebab decoration tak siap lagi keje last minit yang membahagiakan kan?15 minit bos tak boleh masuk ofis sendiri berdiri di luar sambil ditemani oleh abang hensem whis is kawan bos yang begitu sporting.Tadi tolong aku angkat barang lepas tu sama-sama tiup belon..ecece.Ok stop berangan-angan.

Selesai semua urusan angkat mengangkat tiup meniup bos masuk sambil diiringi lagu 'hepi birthday'.Tiup lilin sambil make a wish.Wish lain tak penting just nak highlight kan satu wish yang terpenting 'tahun depan boleh dapat 6 bulan bonus'.Hoho lebih rajin untuk datang ofis lepas ni ^_^.Akhirnya selepas berhempas pulas seharian birthday party boss di ofis hari ni memang success.Kawan-kawan boss pun sangat sporting join kami orang bawahan ni celebrate birthday boss.The best part is bertentang mata dengan abang hensem pang ko jangan nak perasan lah!No no the best part is bila bos excited dan terharu dengan sambutan dari staf-staf beliau.We are happy together and enjoy the party even thought dibuat dalam ofis tanpa ada lagu-lagu sentimental sebagai iringan atau karpet merah sebagai pelapik kaki mr big bos atau lampu-lampu yang bergemerlapan bagai dalam restoran mewah.Akhirnya apa yang dirancang selama sebulan berjaya.Thanks a lot to everyone that make this party great especially to abang hensem kau jangan nak mengada la!I will never forget every single moment on that day.Love

December 27, 2010

Ceritera hujung minggu

Buka facebook hari ni ramai yang bercerita pasal bola semalam.Kehebatan Malaysia yang terbukti selepas sekian lama.Masuk ofis pun cerita pasal bola lagi.Lalu Shani cafe bawah pun hangat pasal bola lagi.Masing-masing gah bercerita pasal kejohanan semalam.Jadi aku tak nak bercerita pasal bola hari ni yang memang semua orang dah tau.

Ahad-
Pagi-pagi dah bangun bila terdengar suara kecoh jiran sebelah bertandang ke rumah nak pinjam tudung hitam.Kami sekeluarga memang rapat dengan jiran sebelah menyebelah.Harta mereka harta kami juga dan harta kami kadang-kadang je jadi harta mereka.Heh tipu je.Sharing is caring right bak kata nabil.Bangun terus kemas baju yang dah berlipat atas meja selama seminggu.Sebelum umi gegarkan bilik lebih baik buat tindakan bijak kemas segala benada yang bersepeh-sepah dalam bilik.Great bilik anak dara rupa tongkang pecah.Hoho tipu lagi T_T.Selesai kemas tilam bantal baju terus capai iron board dan mula menggosok baju untuk sebulan.Mood rajin datang hujung minggu.Gosok 2-3 helai berhenti untuk makan.Sambung lagi 2-3 helai berhenti lagi untuk makan.Ohh nafsu makan lebih hebat dari mood rajin
-_-".Baru habis gosok baju untuk 2 minggu akal dapat idea baru.Teringin nak pergi karaoke.Sambil iron baju sambil berfikir.Kira-kira cukup ke duit nak belanja 3 kepala lagi?Dalam wallet ada lagi 80 ringgit.Lepas fikir-fikir lantaklah apa nak jadi lepas ni.Nekad.Terus sms akmal yang tengah kerja lagi.

"Mal..nak pergi karaoke tak kejap lagi?"

"Ok set..ambil aku lepas kerja pukul 3"

Terus masukkan baju-baju yang tak siap bergosok lagi dalam almari.Hehe ada juga alasan untuk berhenti buat kerja hoh taktik kotor kebudak-budakan.Terus rajin nak mandi.Rupanya buat kerja dari pagi tak mandi lagi.Gile buruk perangai anak dara.Siap-siap angkut adik dengan akmal terus keluar bergerak ke e-box quality hotel (adik nama panggilan untuk adik bongsu aku akmal satu-satunya adik perempuan yang aku ada).Sampai e-box kelam kabut parking kereta sebab dah lambat 15 minit dari waktu asal.Rugi-rugi.Oh lupa nak bagitau waktu untuk 6 hours dah bertukar dari 3-9 jadi 4-9.See betapa lamanya aku tak jejak kaki ke karaoke sampai waktu bertukar pun aku tak tau jangan buat dosa ok yang lama tak jejak tu e-box tapi superstar ktv musix box sampai tinggal kesan tapak kaki kau selalu sangat masuk.Tapi tu semua orang belanja tak pe kot ^_^v

Macam orang tak pernah jumpa mic kitorang nyanyi.Suara kasi pecah dinding ke pecah tv ke pecah muka ke ada kami kesah?Bayar RM17.25 per person selama 5 jam rugi woo kalau disia-siakan.Keluar duit terakhir dalam wallet tuuuu nak lepas gian.Lepas ni boleh tolak kereta ramai-ramai ye adik-adik.Nak isi tank minyak 10 ringgit pun tak lepas T_T.Pukul 9 malam kitorang keluar dari pusat karaoke.Masuk kereta adik bersuara..

"Along jom pergi lepak mapley hartamas nak?Minum-minum dulu ke?"


Buat muka pura-pura terkejut dan tak percaya

"Makan kat rumah je lah..kesian umi sorang-sorang duduk rumah."

Yes dapat alasan terbaik untuk menyelamatkan duit.

"Alaa.." muka toya habis supaya aku kesian.

Erghh kena kuatkan semangat.Duit dalam wallet ada 10 ringgit je.Mana lepas nak lepak mapley.Hartamas pula tu.Makan untuk 3 orang mau kena 40 ringgit.Nafsu makan masing-masing boleh tahan macam buaya tembaga.Tak boleh tak boleh.

On the way dapat mesej.Tekan butang hijau untuk read perlu ke instruct satu-satu how to read your sms? Mesej dari umi..

"Hari ni bola..flat bising orang jerit-jerit..nak buka tv tak reti"


Sayunya~Untuk kepuasan diri sendiri aku sanggup tinggalkan umi sorang-sorang kat rumah.How bad ='(



December 24, 2010

DBKL vs Polis

Hari-hari asal masuk kereta nampak surat cinta dari pakcik DBKL atas wiper.Tapi hari-hari pun aku biarkan surat cinta tu lenjun kat cermin kereta.Esok sebelum pergi kerja baru aku buang surat cinta yang dah rupa kain buruk tu.Tapi bila balik kerja dapat surat baru lagi.Macam tu lah hari-hari pu pakcik DBKL tak jemu hantar surat cinta atas wiper kereta aku.Masuk hari Rabu lepas aku dah ada lebih kurang 10 surat saman parking DBKL.Itu kat kawasan ofis baru je belum campur kawasan ofis lama.Rasa-rasanya dah hampir 30 surat saman aku dapat.

Haiyaa Incik DBKL..mana saya mau parking wooo.Kereta banyak tapi parking tak ada.Semua orang pun terpaksa double parking sampai tepi jalan pun double parking lagi.Cuba toleh-toleh sekeliling berapa banyak bangunan ofis kat sini maa.Banyak kan kan kan??Jadi kat mana kami boleh parking kereta supaya tak kena saman Encik DBKL yang baik hati?Kadang-kadang sampai ofis lambat sikit parking double pun penuh.Sapa mau jawab encik?

Dulu masa kat ofis lama setiap kali DBKL datang mamak kedai bawah akan tekan loceng ofis inform kat kitorang.Memang berjasa mamak tu walaupun kitorang jarang order makan kat kedai beliau.Time tu barulah kitorang yang buat double parking kelam kabut turun bawa kereta round-round sekitar ofis.Lagipun time tu ofis tersangat lah rendah.Tingkat satu dengan senang hati kitorang turun.Bila van DBKL hilang kitorang akan parking balik kat tempat tu.Apa nak buat lagi?Takkan nak parking atas bumbung ofis?Macam ni kena beli aeroplane lah lepas ni kan.

Masuk ofis baru masalah yang sama juga.Parking sikit tapi kereta banyak.Yang tak ada moral parking berterabur sampai masuk lot parking sebelah.Terpaksalah kereta lain mengalah cari parking tempat lain.Selalunya aku akan park kereta betul-betul tepi corner ofis yang memang tak ada petak.Maka hari-hari lah aku dapat surat cinta dari abang DBKL.Kalau ada kedai mamak yang baik hati tekan loceng kat ofis pun aku akan fikir beribu kali untuk turun naik tangga.Dahlah tingkat 3..dapat pula tangga yang tinggi-tinggi.Rasa nak tercabut jantung bila sampai kat atas.Jadi macam biasa surat tu jadi kertas lap cermin je la.

Tengahari semalam kitorang satu ofis keluar lunch ramai-ramai.Bila sampai kat kereta ternampak satu kertas putih celah wiper.Memang dah agak akan dapat surat cinta lagi.Still buat tak tau sampai la aku tertoleh ke arah parking atas bukit.Oh my God!Kali ni bukan pakcik DBKL tapi pakcik polis dengan pakaian seragam biru tengah menulis sesuatu atas kertas sambil berdiri tegak ala-ala gaya berkawad depan kereta wira hitam.Hampir pitam.Maknanya kertas putih atas wiper dari pakcik polis.Cepat-cepat aku turun dari kereta.Ambil kertas putih atas wiper sambil pandang kiri kanan.Huh!Hilang ego aku terpaksa tebalkan muka kutip kertas putih yang biasanya jadi pengelap cermin kereta aku.Pakcik guard atas moto kat kaki lima tersengih-sengih.Dalam hati dia mesti cakap 'baru kau tau ye' T_T.Kertas putih tu aku tenung lama-lama belek depan belakang tapi tak ada amount untuk saman kali ni.Lipat elok-elok letak dalam dashboard.Dah ada satu saman polis untuk kereta yang baru setengah tahun.Tu belum campur speed trap masa memandu ke Kedah dengan Penang.Oh janganlah tambah lagi hutang nie T_T.Mana mau korek duit.

Ok sekarang tengok perbezaan saman DBKL dengan saman polis.

10 saman DBKL
1)boleh buat bodoh
2)tak ada rasa risau takut gerun ngeri dan sebagainya
3)siap boleh cakap ada aku kesah
4)hari-hari nak saman..saman je la.aku park lagi kat sini
5)boleh buat kertas pengelap cermin
6)boleh dijadikan kapal terbang mainan untuk main dengan adik-adik sedara
7)jadikan pembungkus karipap seketul
8)kertas conteng-conteng time emergency untuk catit no telefon atau map atau budget perjalanan
9)boleh dikoyak-koyak bila bergaduh dengan bf atau saat putus cinta
10)pengganti tisu kalau tak perasan tisu dah habis dalam kereta dan time tu nak batuk atau hingus meleleh

1 saman abang polis
1)seram sejuk
2)menggelabah tak tentu pasal.ehh tu berpasal lah..kena saman woo
3)tak lena tidur malam
4)fikiran bercelaru
5)berfikir mana nak korek duit untuk bayar segala saman sebelum tahun depan
6)jangan main-main wooo..takut
7)macamana nak buat roadtax tahun lepas??
8)habislah aku habislah aku
9)boleh kurang tak saman ni?tak ada duit ni
10)porak peranda la life lepas ni

Damn pakcik polis.Hang telah mengharu birukan hidup aku!Macamana nak bayar ni?Duit tinggal 10 ringgit dalam bank 1 ringgit dalam wallet 50 sen dalam kereta.Tahun depan nak bayar roadtax 2 ribu.Huwaaa =((

Alalalalatok alalalalatok jangan saman..tolong
Alalalalatok alalalalatok jangan saman..tolong la tok

December 23, 2010

Mimpi 'dia'

Pagi ni bangun dengan nafas yang sesak.Dah lah malam tadi tidur tak selesa.Bila sakit perempuan datang mulalah pinggang sakit..perut sakit..nafas sesak.Macam orang tua lama lah kau ni segala benda nak sakit alasan tak nak datang kerjalah tu kan.Aku datang kerja hari ni okey dengan muka yang kusut masai macam tak mandi pagi.Tak ade selera nak jumpa client hari ni.Oppss bukan aku tak ade selera nak jumpa client tapi sebenarnya client yang tak ada selera nak jumpa aku melihat keadaan aku yang macam makcik-makcik yang duduk kat kampung bangun pagi-pagi tak suka gosok gigi menyinggah rumah orang untuk bergosip T_T.Sangat menyedihkan.Pagi-pagi masuk ofis kawan sebelah hulur keropok ikan.Aku yang tak ada selera nak sarapan pagi tadi menyambar dengan rakusnya terus lupa yang keropok ikan tu kawan sebelah punya bukan aku yang punya (tiru tone jin dalam cerita ahmad albab) tak ada selera nak sarapan ye kak habis satu pinggan cekodok bilis kau bedal sampai umi kene goreng balik untuk orang lain.Ok stop cerita pasal sarapan dan makan sebab nafsu makan aku dah mula membuak-buak.Mau belum sempat pukul 1 aku dah berkejar-kejar pergi NZ berebut-rebut beli nasi campur dengan abang-abang macho yang rushing nak pergi solat jumaat.

Sebenarnya nak cerita pasal mimpi pagi tadi tapi intro pasal makan dah melibihi had.Pagi tadi lepas solat subuh (ok tipu dah sah-sah aku mention kat atas sakit perempuan kan -_-" aku tersedar masa ayah balik masjid) aku sambung tidur dalam bilik.Favourite place aku masa tidur depan tv.Senang nak tengok tv sampai pukul 3-4 pagi esok bangun mata macam panda tua gile buruk lah.Pukul 8 baru aku tersedar.Tapi still relax lagi tengok jam macam aku penganggur setia yang kerja memang duduk kat rumah je hari-hari.Imbas balik mimpi pelik yang menjelikkan selepas melelapkan mata pagi tadi.Masuk kali ni dah 2 kali aku mimpi pasal 'dia'.'Dia' yang menjelekkan..hoho perlu apa 'dia' sampai masuk dalam mimpi aku.Termenung, terpinga-pinga fikir macamana boleh tiba-tiba mimpi 'dia' yang dah lama terkubur dalam perut bumi.Huh!Pagi-pagi dah buat aku kusut dengan jelmaan 'dia'.


Apakah ini maksudnya aku masih merindui 'dia' atau masih mencintai 'dia' atau mungkin sekadar mengingati orang yang bertahun-tahun aku habiskan masa bersama.Hooyeh memang tak ada maknanya cinta dan rindu bagai

Oh tak mungkin tak mungkin aku kembali
Oh tak mungkin tak mungkin ku datang lagi
Cukup sudah kau menyakiti hatiku
Cukup sudah kau berdusta padaku
*Bersusah payah cari lirik lagu ni untuk menunjukkan perasaan sekarang.


Aku boleh ingat satu persatu mimpi aku pagi tadi.Oh apakah?Ehem 1 2 3 testing.'Sayang..maafkan saya.Saya bersalah pada awak.'Tut tut tut tut 'Oh tiada maaf bagimu.'Canggihlah mimpi mengikut kata hati.(tut tut adalah bunyi mesej masuk dalam mimpi aku cuma bersms je dengan makhluk asing kat sana tak perlu nak menghadap muka nanti mimpi jadi lain bertumbuk bertendang lebih ganas dan lebih 18SG).


Jangan cuba merayu lagi
Takkan ku ulangi bertemu dengan mu
Jangan cuba menggoda lagi
Takkan ku ulangi bercinta dengan mu
*lirik lagu Ramlah Ram memang sesuai untuk manusia yang berhati batu seperti aku


Dulu aku mungkin lembik bila senang-senang mengalirkan air mata untuk lelaki yang tak berguna.Senang ditolak dan ditarik bila perlu dah macam laci almari rasanya.Aku mungkin gila meroyan bila merana ditinggalkan lelaki yang tak betul.Aku mungkin bodoh bercinta dan setia pada orang yang tak sepatutnya selama bertahun-tahun.Aku mungkin stupid idiot bila sanggup berkorban segala-galanya demi kekasih hati yang tak mengenang jasa sedangkan umi dan ayah yang banyak berjasa aku biarkan ke tepi.Semua kenyataan di atas bukan 'mungkin' tapi 'memang'.Memang aku bodoh dan memang aku lembik.Tapi tu semua dulu.Dulu yang dah menjadi bukti sejarah kesilapan gila yang pernah aku lakukan sampai memakan diri sendiri.


Kesilapan gila tu menukarkan hati yang dulu selembut baldu menjadi sekeras batu kelikir.Kesilapan tu juga menjadikan aku seorang yang lebih matang,kuat dan tabah.Alhamdulillah kerana kesilapan tu aku lebih dekat dengan keluarga yang banyak memberi dorongan di saat terjatuhnya aku.Dan mimpi pagi tadi tak mencacatkan life aku hari ni.Itu maknanya 'dia' dah tiada nilai untuk aku.Wow!Cayalah sama kamu..lepas ni boleh cepat-cepat cari calon suami (,") 

December 22, 2010

A great holiday

Memang best bila dapat bercuti satu keluarga.Minggu lepas aku bawa ayah, ummi dan adik-adik pergi bercuti ke Kedah dan Pulau Pinang.Tapi tertinggal seorang adik yang hensem (bodek untuk mengambil hati supaya tiada yang terluka dalam cerita ini) Aizuddin diberi nama yang tak dapat pulang kerana terpaksa menghabiskan sisa-sisa paper yang tinggal.Tak apa next time kita lengkapkan group 7 orang holiday kat Bukit Tinggi pula ye (oh terpaksa ikat perut lagi T_T).Plan sebenar untuk bermalam di Penang 2 hari dan Cameron 1 hari.Nama Kedah langsung tak termasuk dalam senarai.Kemudian plan diubah haisshh banyak sungguh ubah plan bila mau pigi macamnni 2 hari di Penang dan singgah sebentar tanpa bermalam di Cameron untuk menjimatkan kos bilik (memang memahami ayah ni ^_^).Setelah kata sepakat dipersetujui plan berubah untuk kali ke-3.Hoho memang tak boleh jadi leader yang baik aku ni plan tunggang langgang.Memandangkan kawan ayah akan berkahwin di Pokok Sena,Kedah (ayah saya berkawan dengan muda-mudi ya) ayah plan untuk bermalam di Kedah 1 malam dan Penang 2 malam.Cameron dah dibuang dari list akibat kesuntukan masa.

Kami bertolak dari Kuala Lumpur pada hari Sabtu seawal jam 7.30 pagi.Sepanjang perjalan suasana dalam kereta riuh rendah dengan suara adik-adik tapi macam biasalah sampai separuh jalan masing-masing senyap sunyi melayan taik mata.Tinggal la aku terkulat-kulat paksa buka mata supaya tak tertidur sebab nak teman ayah yang tengah drive sorang-sorang.First time pergi Kedah teruja nampak sawah padi sepanjang jalan."Haa sini ada..kat sini pun ada..sini lagi cantik..sini pun cantiknya".Lihat betapa teruja dan jakunnya kami ibarat lembu masuk bandar.Eh betul ke peribahasa tu?Kalau boleh nak lekatkan muka kat cermin kereta atau keluarkan kepala sambil melambai-lambai ke arah sawah tapi bila memikirkan kemungkinan kereta kami dikejar sebab orang ingat kami diculik atau hilang kepala hasrat tu dibatalkan.Sampai kota Alor Setar..berpusing-pusing cari hotel Royale.Terpaksa berhenti tepi bus stop untuk tanya pada abang jual kacang.Bila jumpa hotel Royale..wow teruja sekali lagi.Hotel 3 bintang yang murah tapi elegant.Nampak macam English building.Masuk bilik sekali lagi teruja bila lihat keadaan bilik yang besar..selesa..bilik mandi yang luas.Aku cuma perlu bayar RM138 untuk 2 katil besar.Murahkan?Golek-golek atas katil sementara tunggu turn untuk mandi sebab masing-masing berebut tak nak mandi.Lepas asar kami gerak dari bilik hotel menuju ke Pekan Rabu.pekan Rabu tak ubah seperti Pasar Payang kat Terengganu.Sebelum sampai Alor Setar kawan ofis suggest aku untuk pergi makan di Pekan Rabu dan aku dengan bodoh-bodohnya jawab 'laa..hari rabu je la buka ye'.Sangat memalukan T_T Makan di medan selera Pekan Rabu..makanan dan servis memang tip top.Tak payah nak tunggu sampai berpuluh-puluh minit.Order pejam celik terus hidang depan mata.

Habis makan kami dah tak ada hala tuju nak pergi memandangkan first time sampai Alor Setar dan masing-masing memang tak plan nak pergi mana-mana.Ayah mencadangkan kami pergi ke Kuala Kedah.Tujuan utama nak merasa laksa marvelous kat Kuala Kedah.Tapi bila dah berpusing dekat sejam dalam kereta untuk mencari gerai laksa hati mula bosan.Kami singgah di Kota Lama untuk bergambar.Sebelum pulang ke hotel kami singgah pasar malam yang paling kecil pernah kami jumpa.Adalah dalam 10 gerai je kat sana.Sangat tak bernafsu untuk beli apa-apa walaupun kat tangan dah ada satu plastik besar jagung rebus.Hati memberontak nak rasa laksa kedah..mesej kawan yang tinggal kat Alor Setar.

'Hang tau dak mana laksa yang best kat sini'

'Hang pi cari kat belah sana.Nanti jumpa la kedai tepi jalan.Selalu ramai orang' 
-minta maaf di atas kelembapan sendiri aku dah lupa nama tempat laksa best tu

Dalam perjalanan pulang jumpa kedai yang dimaksudkan.Memang ramai orang.

'Kak bagi laksa bungkus 5 peket'

'Laksa bungkuih tak dak..makan ada'

Terpinga-pinga mendengar jawapan akak kedai tu..aku pun beredar.Dalam otak still berfikir apa maksudnya bungkus habis makan ada.Dalam hati nak menjawab 'awat hang tak bungkuih sekali ngan warung-warung hang' tapi sebab negeri orang maka jagalah adab dan tingkah laku.Akibat frust tak dapat makan laksa kami singgah warung yang dekat dengan hotel.Kebetulan masa tu game bola tengah berlangsung apa lawan apa aku tak ambil tahu tapi memang bingitlah warung tu.Makanan kat situ pun tak kurang hebatnya.Murah pulak tu!Makan 6 orang nasi ayam dan air plus sate tak sampai RM50 pun habis.Memang kedah jadi destinasi budget aku tahun depan.

Esoknya kami dah mula packing untuk bertolak ke Pulau Pinang.Pening kepala dengar adik-adik bercakap loghat Penang.Mesti ada tambahan I di tengah perkataan dan Q di belakang.Bukan bunyi orang penang bercakap tapi lebih kepada orang asli.Memang berbakat adik-adik aku.Kami menginap di homestay Palm Apartment Batu Feringghi.Homestay ni pun murah je.RM150 satu malam untuk 3 bilik lengkap dengan alatan memasak.Niat untuk makan laksa diteruskan lagi malam tu.Satu Penang kami pusing tapi tak jumpa-jumpa. Singgah medan selera famous tepi bulatan jalan gurney ternampak satu gerai pasembor mamak.Tukang potong pasembor menari-nari sambil potong satu-persatu bahan-bahan dalam gerak perlahan.Selesai potong semua bahan-bahan kuah kacang ditarik dalam pinggan sambil bergelek.Hoh!Ni baru pasembor tarik.Cayalah sama lu mamak.Tak ada apa yang menarik kat Penang sebab kami banyak melepak berehat atas katil empuk sambil tengok tv.

Entry ni memang panjang.Next time aku boleh terbitkan novel bertajuk 'Percutianku bersama keluarga'.Sumpah macam karangan time sekolah ayat-ayat aku!

December 3, 2010

Menipu untuk kepentingan diri sendiri

Tajuk hampir sama macam entry sebelum nie.Sebenarnya entry sebelum nie diberi tajuk "menipu untuk menjaga hati orang lain VS menipu untuk kepentingan diri sendiri" tapi memandangkan ulasan untuk menipu untuk menjaga diri sendiri je dah berjela-jela sampai tak cukup page untuk cerita terpaksalah di asingkan menjadi dua entry.Tengok!Bagi penjelasan pun dah sampai suku page -_-" Apa benda lah kau merepek nie!

Cerita 1 -
Munah dengan Minah incharge fail yang sama.Tapi Munah handle file tu dulu sebelum Minah yang baru masuk beberapa bulan.Bila Minah tanya info tentang fail Munah akan cakap tak tau walaupun sebenarnya dia tau.Tapi mungkin sebab rasa sakit hati dan tak puas hati Munah terhadap Minah..Munah melancarkan perang secara senyap dan tak nak involve apa-apa pasal Minah.Satu hari client datang ofis dan serang Minah sebab ada beberapa perkara yang dah salah.Munah dengan tiba-tiba rela hati nak attend client yang dah dirasuk tu sendiri tanpa Minah.Tapi Minah nie bijak masuk juga dalam bilik meeting dengan Munah.Monah,Mimik dan Momok dah berdebar-debar bila dengar suara tegang client macam nak runtuhkan satu bangunan.Client balik Munah ngan Minah pun keluar dari meeting room.Munah muka memang dah tak boleh blah..kelat tegang pucat tapi Minah sangat cool.Siap boleh borak senyum gelak-gelak.Tak lama lepas tu Munah menangis.Jadi Monah dan Mimik yang sangat prihatin ajak lah Munah turun tenangkan fikiran.Munah pun cerita lah dari A sampai Z tentang kejadian di bilik meeting.A sampai Z totally Minah yang salah sebab careless dan tak nak cek betul-betul kerja yang dibuat.Monah dan Mimik yang prihatin pun jadi agak geram dengan Minah sebab boleh buat muka selambe badak je macam tak ada apa-apa yang terjadi.Sampai lah satu hari officemate yang prihatin minum kopi dengan Minah.Terbongkarlah cerita sebenar pada hari malang client menyerang ofis.Minah dah cari pasal dengan client sampai client bertukar menjadi incredible hulk.OMG!Cerita Munah dengan Minah memang lain.Sanggup Munah tipu Monah dan Mimik sampai diorang percaya bulat-bulat dan salahkan Minah dengan apa yang jadi.The worst thing is Munah dengan Monah dan Mimik sangat rapat..kawan laga pipi.How dare her >.<

Cerita 2 -
Pagi-pagi ofis dah kecoh.Ingatkan ada apa-apa kejadian ngeri atau dasyat tapi rupanya topik perbualan adalah pantry yang kosong tanpa makanan.Memang nafsu gorilla lah masing-masing T_T Maka tanggungjawab yang berat tu diberi kepada Joyah yang ternyata paling kuat makan sebab dia lah yang selalunya yang menghabiskan makanan yang ada.Salah seorang dalam ofis iaitu Gayah terus-terusan buat kerja tanpa mengendahkan kekecohan yang berlaku.Tak tau lah betul-betul tekun buat kerja atau cover line untuk pasang telinga.Bila kekecohan dah reda dan masing-masing dah sepakat minta Joyah belikan barang-barang yang perlu mereka pun bersurai.Gayah yang dari tadi tekun buat kerja terus masuk bilik big bos dan keluar balik dengan muka berseri-seri.Tak semena-mena dia bersuara "siapa yang nak ikut Joyah pergi beli barang pantry?Big bos bagi seratus untuk beli barang".Suasana dalam ofis senyap macam kena langgar garuda tanpa seorang pun bagi respon pada Gayah sebab masing-masing terkejut dengan statement yang baru keluar dari mulut Gayah.Ok kalau dah big bos punya arahan siapa boleh bantah.Semua pun buat tak tau sampailah ke sudah.Selang beberapa hari lepas tu Gayah claim seratus untuk barang pantry.OMG!Apa yang jadi dengan statement sebelum nie?What is she trying to do?Joyah and the geng terus diam seribu bahasa.Dalam hati ada taman bunga taik ayam...sudah lekat wooo itu bau.Aiiyoooo ~.~

Cerita 3 -
Benten adalah orang yang disayangi dan dihormati dalam ofis.Disebabkan Benten disenangi oleh semua orang maka Girlie,Patrick,Sponge dan Garfield yang penyayang pun rancanglah nak buat surprise party untuk hari jadi Benten.Dora yang memang bermusuhan dengan Benten adalah orang terakhir yang diberitahu memandangkan yang lain keep thinking Dora akan bersetuju atau tak dengan cadangan tu.Dora dengan muka yang berpura-pura terpaksa bersetuju memandangkan yang lain dah buat kata sepakat berpadu teguh bercerai bawak haluan masing-masing roboh.Tibalah saat-saat yang ditunggu masing-masing sangat excited untuk surprise party malam nanti.Dalam keributan mesyuarat tingkap tu Girlie dengan lantangnya bersuara "i harap tak ada siapa yang wish Benten birthday dia hari ni sebab kita kan nak buat surprise party for her tonight" dan dengan muka selamber Dora bersuara "alamak!i dah wish lah semalam.sebenarnya tak ada niat untuk wish tapi kebetulan nak tanya pasal kerja jadi lepas tu reminder bunyi tengok-tengok Dora punya birthday teruslah wish sekali".OMG!Workaholic sampai tanya pasal kerja tengah-tengah malam?Hello aci..kasi alasan munasabah yang sesuai denan pendengaran orang-orang dewasa yang matang dan tau berfikirlah.Janganlah bagi alasan untuk budak-budak tadika walaupun tengah terdesak..aiyayayaya

Dear..tak salah untuk mengaku kesilapan dan kesalahan diri sendiri.Tak ada siapa pun yang perfect kat dunia ni.Semua orang buat salah jadi janganlah malu untuk tundukkan sedikit ego mengaku kesalahan diri sendiri.Kalau terpaksa berdepan dengan pandangan sinis atau kemarahan orang lain pun tu semua sementara je.Bila kata maaf terucap reda lah hati masing-masing.Tak perlu nak memburukkan dan menjatuhkan orang lain untuk kepentingan diri sendiri.Kalau kau berjaya menyelamatkan diri sendiri dengan menipu hari ini belum tentu kau akan terselamat esok sebab setiap penipuan tu pasti akan terbongkar.

December 2, 2010

Menipu untuk jaga hati orang lain

Perlu ke ade statement macam nie?Boleh terima tak wujudnya pembohongan bila kita tak nak seseorang marah atau terluka atau sakit hati atau terasa?Tapi bila pembohongan tu diketahui bukan ke lebih menyakitkan?Ada tak choice lain selain dari membohong contohnya dengan berterus terang.Tapi boleh ke orang yang mendengar terima apa yang didengar?Banyak persoalan bermain pagi ni bila TERbaca satu status rakan facebook.Terfikir-fikir kesalahan sendiri yang dah banyak kali menipu untuk menjaga hati orang lain.

Situasi 1 - Parking kereta jauh-jauh dari ofis supaya si dia tak akan nampak
"hari ni aku tak bawa kereta..naik teksi datang ofis"
tapi situasi sebenar 
"macamana aku nak cakap tak boleh hantar dia hari-hari balik rumah lepas nie..kalau hantar dia tak boleh ambil adik-adik dari keje..balik rumah pun lambat"
kan senang kalau 
"lepas nie aku tak boleh nak hantar kau hari-hari sebab aku ada tanggungjawab lain yang lebih penting"

Situasi 2 - Plan untuk pergi tempat lain-lain masa lunch supaya si dia tak ikut sekali
"aku nak pergi bawah je..si A nak pergi jaya jusco..si B nak pergi makan dengan boyfriend"
tapi situasi sebenar
"kita nak plan macamana supaya si dia ni tak ikut sekali.memang tak ada mood kalau si dia ni ada.tak suka kot tengok muka dia"
kan senang kalau
blah je buat tak tahu..kalau dia tanya cakap xpayah sebuk-sebuk

Situasi 3 - Fikir macam-macam excuse untuk tak ambil si dia dari rumah bila ada apa-apa function.Biarlah si dia berusaha sikit untuk pergi ke rumah kami dan kami boleh gerak sama-sama
"rasanya aku tak balik rumah..tunggu sini sampai malam nanti terus gerak dari sini"
tapi situasi sebenar
"macam puteri pulak nak berjemput berhantar depan rumah setiap kali ada apa-apa majlis..tak boleh ke nak jumpa kat mana-mana"
kan senang kalau
"kau datang rumah aku..kita gerak sekali"

Situasi-situasi di atas terjadi bila si dia tak faham orang sekeliling dah tak suka dengan perangai dan sikap dia dan si pencerita tak reti nak berterus terang dengan alasan tak sampai hati nak bagitau walau dalam hati ada rasa marah yang membeku dan beban yang tak tertanggung.Maka terpaksa kumpul dosa hari-hari demi orang yang tak penting pun T_T
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers