March 25, 2011

Hati yang remuk

Semalam aku ada date dengan kawan.Janji untuk jumpa kat ampang yang jem tahap boleh buat orang sawan.Terkocoh-kocoh keluar ofis memandangkan janji pukul 6.30 dan memang tahu tak akan sampai tepat pada masanya tapi tetap nak berusaha sedaya upaya.Sampai tempat yang dijanjikan..

"Kenapa kereta awak ni?" sambil memuncungkan mulut ke arah bumper depan.

Terkejut.Terus menuju ke arah yang dimaksudkan.Kesan dalam tanpa tahu siapa yang buat..bila dan di mana tempat kejadian.Damn!Terpinga-pinga macam orang bodoh cuba nak mengingati bila ada kesan yang berkenaan tapi tak berjaya.Blank.Bergerak meninggalkan kereta kesayangan dan pergi mengubat hati yang lara.Okey bab-bab hati memang tipu.Cuma tertanya tapi hati masih tak terkesan apa-apa.Lepas dah puas berkaraoke..makan dan berhibur balik rumah tidur.

Pagi ini sampai di ofis tiba-tiba teringat kereta kesayangan yang ditinggalkan di ampang semalam.Secara automatik terbayang kesan cat yang tertanggal sebesar tapak tangan.Hati dihambat sayu.Pilu.Dan secara tiba-tiba air mata mengalir tanpa dapat ditahan.Bukan kali pertama kereta aku dilukai tapi kali ini kesan yang ditinggalkan agak dalam dan susah untuk dihilangkan.Terasa down dengan kejadian yang dah berlaku.

Ya Allah..Engkau maha melihat setiap kejadian yang berlaku.Hanya Engkau sahaja yang dapat membalas setiap perbuatan hamba-hambamu.Amin..
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers