December 22, 2010

A great holiday

Memang best bila dapat bercuti satu keluarga.Minggu lepas aku bawa ayah, ummi dan adik-adik pergi bercuti ke Kedah dan Pulau Pinang.Tapi tertinggal seorang adik yang hensem (bodek untuk mengambil hati supaya tiada yang terluka dalam cerita ini) Aizuddin diberi nama yang tak dapat pulang kerana terpaksa menghabiskan sisa-sisa paper yang tinggal.Tak apa next time kita lengkapkan group 7 orang holiday kat Bukit Tinggi pula ye (oh terpaksa ikat perut lagi T_T).Plan sebenar untuk bermalam di Penang 2 hari dan Cameron 1 hari.Nama Kedah langsung tak termasuk dalam senarai.Kemudian plan diubah haisshh banyak sungguh ubah plan bila mau pigi macamnni 2 hari di Penang dan singgah sebentar tanpa bermalam di Cameron untuk menjimatkan kos bilik (memang memahami ayah ni ^_^).Setelah kata sepakat dipersetujui plan berubah untuk kali ke-3.Hoho memang tak boleh jadi leader yang baik aku ni plan tunggang langgang.Memandangkan kawan ayah akan berkahwin di Pokok Sena,Kedah (ayah saya berkawan dengan muda-mudi ya) ayah plan untuk bermalam di Kedah 1 malam dan Penang 2 malam.Cameron dah dibuang dari list akibat kesuntukan masa.

Kami bertolak dari Kuala Lumpur pada hari Sabtu seawal jam 7.30 pagi.Sepanjang perjalan suasana dalam kereta riuh rendah dengan suara adik-adik tapi macam biasalah sampai separuh jalan masing-masing senyap sunyi melayan taik mata.Tinggal la aku terkulat-kulat paksa buka mata supaya tak tertidur sebab nak teman ayah yang tengah drive sorang-sorang.First time pergi Kedah teruja nampak sawah padi sepanjang jalan."Haa sini ada..kat sini pun ada..sini lagi cantik..sini pun cantiknya".Lihat betapa teruja dan jakunnya kami ibarat lembu masuk bandar.Eh betul ke peribahasa tu?Kalau boleh nak lekatkan muka kat cermin kereta atau keluarkan kepala sambil melambai-lambai ke arah sawah tapi bila memikirkan kemungkinan kereta kami dikejar sebab orang ingat kami diculik atau hilang kepala hasrat tu dibatalkan.Sampai kota Alor Setar..berpusing-pusing cari hotel Royale.Terpaksa berhenti tepi bus stop untuk tanya pada abang jual kacang.Bila jumpa hotel Royale..wow teruja sekali lagi.Hotel 3 bintang yang murah tapi elegant.Nampak macam English building.Masuk bilik sekali lagi teruja bila lihat keadaan bilik yang besar..selesa..bilik mandi yang luas.Aku cuma perlu bayar RM138 untuk 2 katil besar.Murahkan?Golek-golek atas katil sementara tunggu turn untuk mandi sebab masing-masing berebut tak nak mandi.Lepas asar kami gerak dari bilik hotel menuju ke Pekan Rabu.pekan Rabu tak ubah seperti Pasar Payang kat Terengganu.Sebelum sampai Alor Setar kawan ofis suggest aku untuk pergi makan di Pekan Rabu dan aku dengan bodoh-bodohnya jawab 'laa..hari rabu je la buka ye'.Sangat memalukan T_T Makan di medan selera Pekan Rabu..makanan dan servis memang tip top.Tak payah nak tunggu sampai berpuluh-puluh minit.Order pejam celik terus hidang depan mata.

Habis makan kami dah tak ada hala tuju nak pergi memandangkan first time sampai Alor Setar dan masing-masing memang tak plan nak pergi mana-mana.Ayah mencadangkan kami pergi ke Kuala Kedah.Tujuan utama nak merasa laksa marvelous kat Kuala Kedah.Tapi bila dah berpusing dekat sejam dalam kereta untuk mencari gerai laksa hati mula bosan.Kami singgah di Kota Lama untuk bergambar.Sebelum pulang ke hotel kami singgah pasar malam yang paling kecil pernah kami jumpa.Adalah dalam 10 gerai je kat sana.Sangat tak bernafsu untuk beli apa-apa walaupun kat tangan dah ada satu plastik besar jagung rebus.Hati memberontak nak rasa laksa kedah..mesej kawan yang tinggal kat Alor Setar.

'Hang tau dak mana laksa yang best kat sini'

'Hang pi cari kat belah sana.Nanti jumpa la kedai tepi jalan.Selalu ramai orang' 
-minta maaf di atas kelembapan sendiri aku dah lupa nama tempat laksa best tu

Dalam perjalanan pulang jumpa kedai yang dimaksudkan.Memang ramai orang.

'Kak bagi laksa bungkus 5 peket'

'Laksa bungkuih tak dak..makan ada'

Terpinga-pinga mendengar jawapan akak kedai tu..aku pun beredar.Dalam otak still berfikir apa maksudnya bungkus habis makan ada.Dalam hati nak menjawab 'awat hang tak bungkuih sekali ngan warung-warung hang' tapi sebab negeri orang maka jagalah adab dan tingkah laku.Akibat frust tak dapat makan laksa kami singgah warung yang dekat dengan hotel.Kebetulan masa tu game bola tengah berlangsung apa lawan apa aku tak ambil tahu tapi memang bingitlah warung tu.Makanan kat situ pun tak kurang hebatnya.Murah pulak tu!Makan 6 orang nasi ayam dan air plus sate tak sampai RM50 pun habis.Memang kedah jadi destinasi budget aku tahun depan.

Esoknya kami dah mula packing untuk bertolak ke Pulau Pinang.Pening kepala dengar adik-adik bercakap loghat Penang.Mesti ada tambahan I di tengah perkataan dan Q di belakang.Bukan bunyi orang penang bercakap tapi lebih kepada orang asli.Memang berbakat adik-adik aku.Kami menginap di homestay Palm Apartment Batu Feringghi.Homestay ni pun murah je.RM150 satu malam untuk 3 bilik lengkap dengan alatan memasak.Niat untuk makan laksa diteruskan lagi malam tu.Satu Penang kami pusing tapi tak jumpa-jumpa. Singgah medan selera famous tepi bulatan jalan gurney ternampak satu gerai pasembor mamak.Tukang potong pasembor menari-nari sambil potong satu-persatu bahan-bahan dalam gerak perlahan.Selesai potong semua bahan-bahan kuah kacang ditarik dalam pinggan sambil bergelek.Hoh!Ni baru pasembor tarik.Cayalah sama lu mamak.Tak ada apa yang menarik kat Penang sebab kami banyak melepak berehat atas katil empuk sambil tengok tv.

Entry ni memang panjang.Next time aku boleh terbitkan novel bertajuk 'Percutianku bersama keluarga'.Sumpah macam karangan time sekolah ayat-ayat aku!

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers