May 19, 2011

Pilihan terbaik

Saat putus cinta memang perit.Sampai terasa kau tak mampu nak berdiri lagi.Hilang segala keceriaan dan kebahagiaan yang pernah dikecapi.Terimbau kembali saat-saat indah ketika kau bersama si dia.Gugur lagi airmata dari pelupuk tanpa dapat ditahan.Hari berganti hari..bulan berganti bulan..tapi kau masih di situ.Meratapi dan menangisi hari semalam yang dah jauh meninggalkan kau.Terasa diri sangat terhina saat ditinggalkan biarpun dah banyak yang dikorbankan untuk si dia.Pengorbanan yang sia-sia.Saat itu hati bagai tertutup untuk bercinta lagi dan diri sudah menjadi sekental tugu negara untuk tidak menerima kehadiran insan bernama lelaki.Bagi diri yang terluka lelaki dan cinta hanya mainan dunia.Indah ketika baru hendak bermula tetapi sudah terasa pahit dan peritnya bila tiba di pertengahan.

Zreeeekkkkkkkkkkk (buat bunyi brek mengejut yang sentiasa potong emosi-emosi romantik sedih mahupun gembira)

Aku adalah golongan di atas tapi tak adalah frust menonggeng sampai 'biarkan aku mati'.Memang hati ini terus mati dan sangat anti dengan lelaki.Asal ada lelaki yang nak dekat atau sengaja nak tunjuk ke'caring'an mesti akan di'sound' sesuka hati.Senang sangat naik angin dengan lelaki yang cuba nak bersikap manja dan mengada-ada.Aku mudah nak mengenali lenggok bahasa dan tubuh seseorang yang menaruh hati terhadap aku.Tapi selalunya akan buat-buat tak faham atau ikut jalan mudah berterus terang yang aku tak bersedia dan tak terpikat dengan sesiapa lagi walaupun si lelaki masih belum berterus terang.Heh memang muka tak tau malu (",) Pendek kata rimas nak berdepan dengan lelaki yang ada bibit-bibit bunga dalam hati.Sebelum bunga berputik lebih baik aku kerat mana yang patut.

Tapiiiiiiiii.....

Setiap manusia sudah ditentukan jodoh masing-masing.Lelaki diciptakan berpasangan dengan perempuan.Aku yang berhati keras ini pun akhirnya tertunduk dengan takdir.Lelaki itu yang berjaya membuka semula hati ini sekaligus membuang prinsip hidup yang sangat keras dan poyo 'tiada cinta tiada lelaki easy to be single'.Macam bagus-bagus.Terima kasih Allah kerana menemukan aku dengan lelaki itu.Tak pernah terlintas untuk terlibat dengan cinta sms.Tak pernah berjumpa dan tak mengenal rupa.Tapi kata orang tak kenal maka tak cinta ^_^.Cinta hadir di mana-mana tanpa dijangka.Terima kasih kepada sahabat yang menemukan kami.Semoga cinta ini terus berkekalan sehingga ke akhir hayat.Kepada bakal suami..terima kasih kerana hadir di dalam hidup ini.Semoga Allah merahmati hubungan ini.Amin~

1 comment:

  1. Ada pepatah mengatakan, jodoh boleh dtg dr pelbagai pintu peristiwa, sebagaimana rezeki yang juga Tuhan limpahkan dari ribuan pintu barokah... apa nak dihairankan, lin... kerana itu adalah fitrah kita sbg manusia - jodoh juga adalah rezeki, atau sekurang2nya pembuka pintu rezeki... :)

    ReplyDelete

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers