Aku sangat fobia dengan perkataan gemuk.Lebih-lebih lagi bila kawan-kawan mula bercakap "kau nampak berisi la sekarang senang hati ke?" Kegemukan atau penambahan berat badan sering dikaitkan dengan hati yang senang.Tapi untuk aku walau berbunga macamana pun hati aku perkataan gemuk atau berisi tu tetap menjadi perkataan yang paling dibenci.
Aku pernah merasa gemuk suatu ketika dulu.Sebenarnya tak adalah gemuk mana pun cuma pipi aku naik macam dibubuh serbuk penaik.Tapi sebab aku dikelilingi oleh kawan-kawan yang solid dan ramping maka rasa rendah diri tersangatlah hebat.Lebih-lebih lagi bila ada di kalangan kawan-kawan yang mula berkata-kata "kau ni gemuklah", "kau tak cantik pakai baju ni sebab tak nampak ramping" :'( Rasa nak ditampar-tampar mulut kawan-kawan kesayangan aku tu.Teringin nak kurus tapi tak pernah terfikir jalan untuk ke situ.Bila nasi tak dijamah selama berbulan-bulan pun badan masih bagai dipam-pam akhirnya aku berputus asa.
Tapi bila habis zaman persekolahan badan yang bagai dipam-dipam terus menurun tanpa disedari.Maka melekatlah nama 'si kering'.Perasaan ketika tu tentulah sangat genbira.Tak kiralah orang nak kata aku makan hati atau tak cukup makan atau putus cinta bagai yang penting aku dah dapat bentuk badan idaman.Tak adalah lagi orang yang berani cakap aku gemuk.Makan banyak mana pun badan tetap tak nak naik.Mungkin faktor pekerjaan dulu yang memerlukan aku berulang alik dari rumah ke ofis bersesak-sesak dengan orang ramai dalam bas setiap hari.Belum dicampur lagi dengan berjalan laju-laju sebab tak nak ketinggalan bas.Maklumlah baru bekerja.Gaji pun tak seberapa hanya cukup untuk alas perut dan tambang bas tiap-tiap hari.Belum mampu nak memiliki kereta sendri.
Bila kerjaya dah bertambah baik dan sumber kewangan semakin kukuh mula berangan-angan nak memiliki kereta sendiri.Tak perlu bersusah payah lagi berebut dalam bas dengan indon-indon yang sama habis waktu kerjanya dan pakcik-pakcik yang sentiasa mengeluarkan aroma yang sangat dasyat sampai tak lalu nak makan berhari-hari.Memang bahagia bila tak payah nak berkongsi kenderaan dengan sesiapa.Bebas untuk keluar rumah bila-bila dan tak perlu menunggu di bus stop dengan berkasut tumit 3 inci dan tudung yang dililit-lilit untuk menaiki bas.Ditambah pula dengan tempat kerja yang senang dapat parking sejak ada shopping mall yang berbayar di depan dan tempat parking betul-betul di depan ofis tak perlu berjalan jauh mendaki bukit lagi untuk park kereta.Walaupun ofis aku terletak di tingkat 3 tapi sampai di ofis makanan yang lazat-lazat sedia terhidang tak kira pagi petang mahupun malam.Kerja aku tak macam dulu.Hanya duduk di ofis 24 jam sampai kadang-kadang untuk ke ladies room pun terasa malas.Bahana kerusi empuk.
Makin lama badan mula melalui proses pembesaran.Pembesaran yang ketara bila dagu mula berdouble dan perut semakin menampakkan lemak.Lengan makin membesar dan baju-baju dulu makin menyempit.Arrghhh aku mahu kurus mahu kurus mahu kurus!Mahu kurus seperti dulu :( Mulai hari ini aku berazam untuk park kereta di atas bukit dan turun ke bawah setiap kali lunch hour.Banyakkan pergerakan dan kurangkan makan.Caiyokk!!Boleh ke?Errkk~
Itu la... orang dah cakap park kereta kat Care4 sana tak nak. Tayar keta x kena clamp, jalan jauh sikit pun boleh exercise... tak gitu? :(
ReplyDelete