Tahun ini adalah raya pertama aku dan keluarga beraya tanpa tuan rumah.Sementelah (cewah ayat BM A1 tu) cik ngah sekeluarga,tok(panggilan nenek untuk orang pantai timur) dan to'ki(atuk) ke tanah suci untuk mengerjakan umrah.Bahagia bila rumah orang dianggap macam rumah sendiri.Tak sempat panas punggung satu rumah dah selesai dijelajah.Aktiviti mengemas bermula.Tugas dibahagikan mengikut peringkat umur dan kerajinan.Aku ditugaskan mengemas bahagian dapur, akmal pula di bahagian ruang tamu (tugas akmal lebih berat memandangkan rumah ini ada dua ruang tamu yang besar dan dia memang lebih rajin dari aku hehe), syafiq dan budak kecik haikal yang sangat rajin di halaman rumah.Anak jantan gagah perkasa muda belia perlulah ambil bahagian yang lebih besar berbanding perempuan-perempuan yang ayu ni.Adik pula di bahagian...ehh adik tak ambil bahagian.Bahagian dia cuma berulang alik ke rumah Mok Teh menaiki motosikal tanpa disuruh.Jarang-jarang sekali nampak batang hidung selain dari time makan.
Aktiviti mengemas diteruskan sehingga ke pukul 6.Memang berkilat.Baru nampak rupa rumah orang.Masing-masing dah keletihan tapi bekerja sambil terkinja-kinja ni memang seronok.Tak terasa masa berjalan.Kerja yang dibuat pun diselesaikan dengan senang hati.Dan malam ini kami berbuka dengan menikmati air kelapa muda pior dari pokok.Marvelous~Walaupun tanpa saudara mara yang lain kami tetap merasai kemeriahan raya tahun ini.Mahu bersiap-siap untuk terawih.Malam ini ada aktiviti membesarkan badan lagi :D Ayam-ayam menanti untuk dipanggang beramai-ramai~
No comments:
Post a Comment