Aku adalah anak sulung daripada lima orang adik beradik.Tugas dan tanggungjawab anak sulung ni memang berat.Lebih-lebih lagi bagi anak sulung perempuan yang lemah lembut sopan santun baik hati macam aku.Ahhh terasa nak tampar muka sendiri laju-laju.Seorang perempuan yang mempunyai adik-adik lelaki yang gagah perkasa dan lebih besar serta tegap berbanding kakak sulung memang mencabar.
Teringat zaman-zaman hingusan dulu bila aku ditugaskan untuk menjaga adik-adik seramai 3 orang.Ummi belum balik dari mengajar.Maka tinggallah kami adik-beradik.Waktu tu aku dan adik-adik masih belajar di sekolah rendah, sekolah yang sama ummi mengajar.Tapi kami sangat bernasib baik kerana ummi tak pernah mengajar kami walaupun setahun.Cuma sehari pernahlah bagi menggantikan tempat ustazah yang tiba-tiba ada emergency call dan kau taulah azab sengsara bila mak kau sendiri yang mengajar dalam kelas.Ibarat mendidik anak-anak di rumah sesuka hati dimarah dan dicubit-cubit siap dera baca surah bla bla bla ummi memang tak pilih bulu ='(
Okey back to the topic dahulunya aku seorang kakak yang garang panas baran dan kejam walaupun baru belajar di sekolah rendah.Memang tak sepadan perangai kejam tu dengan kanak-kanak seusia aku.Bila marah menguasai diri aku bagaikan dirasuk hantu.Memukul dan menendang sesuka hati tanpa memikirkan perasaan adik-adik.Aku bukanlah seorang kakak sulung yang penyayang tapi lebih kepada kaka tiri yang menyeramkan dan dibenci adik-adik tiri.Sepanjang ketiadaan ummi aku menjaga adik-adik ibarat menatang minyak yang penuh.Penuh kelembutan dan kasih sayang.Memang tipu!Kau cuma tunjuk kasih sayang selepas puas membelasah adik-adik kau kan? :'( Jahatnya aku!
Menyingkap cerita lama, satu hari di bulan puasa yang mulia di mana umat islam berebut-rebut mendapatkan pahala dengan menjaga tatasusila dan adab sopan aku tanpa belas kasihan telah membelasah aizuddin (adik ketiga) ibarat kau bukan adik kandung aku.Salahnya cuma keletihan selepas berjalan pulang dari sekolah dalam panas terik lantas sampai di rumah mencapai sebiji agar-agar yang tengah sejuk dalam peti ais dan makan depan aku.Aku sudah diterapkan berpuasa penuh sejak berusia 6 tahun jadi pantang mata aku melihat adik-adik sewenang-wenangnya makan siang di bulan puasa.Akibatnya berbiji-biji agar-agar dalam peti ais dikeluarkan dan disumbat dalam mulut adik aku.Menangis-nangis aizuddin yang baru berumur 9 tahun.Hati yang panas mula sejuk melihat tangisan si adik.Cepat-cepat aku tarik aizuddin di dalam dakapan dan aku usap kepalanya dengan perasaan bersalah yang menebal.Kemudian aku mandikan dan siapkan dia sesegak mungkin dan kami menonton televisyen bersama-sama sambil bergelak ketawa bagai tiada apa yang berlaku sebelum tu.
Sebagai budak kecil yang masih mentah (mentahlah kalau masih di sekolah rendah cuma perangai kau tak sementah usia kau) bergaduh di kalangan adik beradik adalah perkara biasa.Walaupun aku seorang budak perempuan tapi setiap kali bergaduh aku adalah pemenang.Heh heh.Bodohlah kau benda macam tu pun nak bangga.Pergaduhan antara budak perempuan dan budak lelaki tak sama macam pergaduhan sesama budak lelaki.Aku menggunakan kuku untuk mencakar muka mangsa dan tangan untuk menghantukkan kepala mangsa ke dinding.Macam samseng jalananlah kau.Akibatnya muka adik-adik aku akan penuh dengan kesan-kesan cakar.Aku pernah melihat adik-adik bergaduh sesama mereka.Yang seorang di atas dan seorang di bawah.Bila dapat peluang yang di bawah akan bangun dan berdiri atas kerusi lantas melompat ke atas mangsa yang di bawah.Jadi dulu tak perlu kami bersusah payah berebut televisyen untuk tengok WWF.WWF live sentiasa ditayangkan depan mata setiap hari.
Pernah kami adik beradik tak bertegur sapa selama beberapa bulan disebabkan kesalahan adik-adik yang mencuri baca diari harian aku.Sudahlah dibaca tanpa izin dicanangkan di depan semua orang termasuk ummi dan ayah.Malu dan marah bercampur aduk.Ditambah pula dengan kekecewaan keputusan PMR.Aku hanya mengambil langkah mendiamkan diri dan tidak mempedulikan adik-adik lagi.Malah kerja sekolah adik-adik juga dipandang sepi.Tak terdetik hati untuk memberi tunjuk ajar.Akibatnya hubungan kami renggang selama beberapa bulan sehinggalah aku mendapat tawaran belajar di Terengganu.Sejak itu kami adik beradik berpisah jauh.Tetapi hati dan ingatan aku tetap pada keluarga di KL dan setiap kali ada peperiksaan penting aku tak pernah lupa untuk mengirim hand made card dan kata-kata perangsang kepada adik-adik.
Itulah cerita zaman kanak-kanak.Penuh dengan pahit dan manis.Macamana terluka dan sedih pun hubungan tu tetap akan bercambah menjadi baik semula.Pagi ni kami bergaduh petang kami dah berkejar-kejaran semula.Walaupun kami pernah tak bertegur sapa, melakukan aksi 18SG kau atas aku..aku atas kau, bertumbuk bercakar tapi kami tetap saling sayang menyayangi dan saling melengkapi.Aku hanya akan puas bila melihat kebahagiaan dan kegembiraan keluarga.Sesukar dan sesulit mana pun kehidupan aku..keluarga tetap menjadi keutamaan.Cuma bezanya peranan anak sulung yang garang dan kejam tu tak bolehlah dipraktikkan sekarang memandangkan aku cuma separas bahu adik-adik.Sekali tolak aku dah rebah -_-"
Huii... x terbayang kekejaman seorang insan genit bernama Lin... hehe
ReplyDeletehehehe biasa la zaman kecik2 hehe
ReplyDeletedropping by to say hello!
p/s
please visit our online store at
www.shopaholiclove.com
don't forget to 'follow' us! thanks for your support! :)