May 21, 2012

Sensitif

Assalamualaikum...

Sejak mengandung ni senang sangat nak terasa hati, kecil hati, merajuk, menangis tak tentu pasal.Kadang-kadang hal-hal kecil pun boleh jadi sentap dua tiga hari.Lebih-lebih bila dengan suami sendiri.Bila suami tinggi suara mulalah nak mengalirkan air mata buat drama sebabak dua.Walhal suami cuma nak mengusik.Anak mummy nanti janganlah ikut perangai mummy ya.Suka sangat buat drama melayu.Tapi pelik.Bila dengan orang sekeliling contohnya jiran-jiran..saudara mara..keluarga tak adalah pula rasa nak merajuk.Cakaplah apa saja telinga ni rasa macam tuli saja.Hati pun serta merta jadi keras.Tak ada perasaan sensitif kecuali untuk naik angin.Ya!Dengan orang lain selain suami sendiri memang mudah sangat nak naik angin.Hormon hormon.

Mahu berkongsi pasal semalam.Saya dan suami baru pulang dari rumah atuk yang tinggalnya tidaklah jauh mana.Lebih kurang 5 minit dari rumah kami.Semalam ada sikit makan-makan sempena meraikan kepulangan makcik saya yang baru pulang dari menunaikan ibadat umrah.Memandangkan suami dalam proses pasang badan jadi hanya saya seorang saja yang makan bersungguh-sungguh.Habis segala juadah mahu dicuba.Perut sudah dibiarkan kosong sejak tengahari.

Saya dan suami solat berjemaah malam tu.Lepas solat suami dah pesan segelas susu kambing dan saya baru saja melunjurkan badan di atas sejadah.Sejak mengandung ni urat saraf selalu sakit-sakit.Tiba-tiba suami bersuara "tak apalah sayang..saya buat air sendiri".Pap.Terasa macam ada benda yang ditarik dari ulu hati.Terus saya buka telekung dan naik ke atas.Cadangnya untuk mengemas baju di dalam almari tapi disebabkan kejadian sebentar tadi terus terpadam niat untuk mengemas baju.Saya habiskan masa dengan memotong kuku kaki dan jari.Hampir 10 minit di atas saya turun.Suami sedang ketawa riang sambil menonton KONGSI.Tengok TV sorang-sorang pun boleh ketawa sungguh-sungguh.Di atas rak TV ada segelas air susu kambing.Saya mencapai bantal dan baring di belakang suami.Memandangkan suami sudah pun menghalang pemandangan saya untuk sama-sama menonton saya ambil keputusan untuk pura-puran tidur.

Tap tap tap makin lama makin laju.Semakin laju bila suami mula baring di sebelah dan menegur.Terpinga-pinga suami bila saya menangis.Akhirnya bukan pujukan yang saya terima tapi makin galak pula suami ketawa.Kali ini ketawakan saya pula.Dan akhirnya kami sama-sama ketawa dan keadaan menjadi seperti biasa.Ceit memang kaki drama.Inilah orang yang suka ketawakan saya dan dia adalah suami yang paling saya cinta.Makin cinta dari sehari ke sehari.Penyeri hidup saya.Assalamualaikum~





No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers