21.01.2012 salah satu tarikh besar dalam hidup saya dan suami.Detik yang telah menyatukan kami menjadi sepasang suami isteri dengan izin Allah.Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan teratur.Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan hari bersejarah saya dan suami terutama keluarga tersayang dan saudara mara.Dengan sekali lafaz saya sah menjadi seorang isteri kepada suami saya.Gembira.Itu yang dapat saya gambarkan dan percintaan kami semakin kuat dengan kehadiran zuriat di dalam perut comel saya.Anak mummy dan daddy.Suami saya suka sangat dengan panggilan daddy.Konon macam mat saleh sangatlah.Saya tak kisah dengan apa panggilan pun tapi untuk sesuaikan dengan daddy terpaksalah menggunakan panggilan mummy juga instead of best juga bila anak panggil mummy mummy.Bila agak-agak nak naik angin boleh bertukar ke mamee monster.
Masa untuk mengimbau detik penyatuan kami.Mood berjiwa-jiwa pula hari ini.
Assalamualaikum~
Dinikahkah oleh ayahanda tersayang. |
Sah menjadi isteri Khalid Riduan Bin Ahmad. Yang manis di belakang ummi kesayangan saya. |
Sepuluh jari suami saya merah dengan inai. Excited sungguh. |
Ayahanda tersayang sama-sama mendoakan kebahagiaan anak gadis dan menantunya. |
Selepas akad nikah suami terus pulang ke Sri Gombak untuk majlis persandingan. |
Anak-anak gadis oh termasuk sekalilah mak-mak dara. Orange theme. |
Sepupu merangkap pengapit. Single but not available. |
Ibu mertua saya. |
No comments:
Post a Comment