Di saat para isteri merungut dan merajuk hampir setiap malam disebabkan terpaksa membatalkan temujanji dengan suami tercinta akibat Euro 2012 saya masih boleh tersenyum manis.Mana taknya..suami saya bukan seorang kaki bola, pencinta bola dan gila bola.Kalau suami orang lain setiap malam dihabiskan di gelanggang futsal suami saya setia menemani saya menonton televisyen di rumah.Biarlah tidak lelaki (ibarat kata sesetengah perempuan yang gilakan pemain bola) asalkan saya tidak perlu bermasam muka ditinggalkan setiap malam.
Suami saya juga bukan seorang perokok.Ya!Dan itulah ciri-ciri suami yang saya idamkan sejak azali lagi.Syarat untuk menjadi suami saya dia tidak merokok.Saya sangat alah dengan bau apatah lagi asap rokok.Bila berjalan-jalan di khalayak ramai dan ada sesetengah lelaki yang kononnya macho menyembur asap rokok tak kira yang lalu lalang tu ibu mengandung ke..budak kecil ke..orang tua ke..saya akan menutup mulut dan hidung sambil tangan kanan mengibas-ngibas udara dengan rancaknya.Sambil berlalu dengan jelingan tajam dan saya akan mengeluarkan perkataan busuk sehingga sampai ke pendengaran si perokok.Biar mereka tahu saya tak senang dengan bau-bauan yang keluar dan asap yang berkepul-kepul tinggi.Biarlah orang kata suami saya tidak macho asalkan suami, saya dan anak-anak tidak terbunuh di usia muda disebabkan rokok.
Facebook antara sumber yang menyumbang kepada penceraian dan perhubungan sulit.Dan saya sangat bersyukur kerana suami saya tidak mempunyai akaun facebook sendiri bahkan tidak tahu menggunakan internet dan komputer langsung.Akaun facebook suami yang ada sekarang ni pun hasil dari usaha isteri yang gatal tangan dan dipantau sepenuhnya oleh isteri.Suami saya cuma bagi arahan 'tolong tengok mesej..tolong buka facebook..tolong approve kawan..tolong delete kawan'.Itulah suami saya.Sentiasa memberi arahan kepada saya untuk menguruskan kehidupannya dari sekecil-kecil benda sehingga sebesar-besar hal.Biarlah orang kata suami saya buta it atau kolot atau tak moden asalkan saya tidak membazirkan airmata menangisi suami yang mula membuat hubungan sulit dengan perempuan lain.Kejam bunyinya kan tapi itulah realiti kehidupan sekarang.Makin maju dunia..makin moden kehidupan..makin banyak kejahatan dan penipuan.
Saya sangat bahagia punyai suami yang tidak gilakan bola..bukan seorang perokok dan tidak celik it.Rahsia dia menjadi rahsia saya juga dan rahsia saya menjadi rahsia dia.Tiada yang tersembunyi antara kami kerana kami saling memerlukan antara satu sama lain.Assalamualaikum...
See..tak cukup macho, bergaya, moden dan sihat lagi ke suami saya ni?Tepuk dada tanyalah isteri beliau ^_^
No comments:
Post a Comment