October 23, 2012

Amaran dari si kecil

Assalamualaikum..

Makin hampir dengan due date makin rajin pula kaki ni berjalan-jalan.Hari ni bercadang untuk makan tengahari di Wangsa Walk sahaja memandangkan mak-mak yang lain sedang sibuk menyiapkan kerja masing-masing.Oh oh time lunch ni la baru nak sibuk la buat-buat sibuk la kan :p Maka hari ni cuma aku dan aisyah sahaja berlenggang-lenggang memenuhkan perut.Cadangnya nak makan mengikut nafsu memandangkan due date hanya tinggal lebih kurang 7 hari sahaja lagi.

Ikan keli goreng, sayur kangkung, kuah sup ayam, telur masin, hati ayam.Nasi separuh disebabkan malu nak minta tambah lagi..orang berderet-deret tunggu giliran nak bayar di belakang.Air kelapa original..demand tak nak yang dah siap bancuh.Haruslah.Kan saya tengah mengandung ni!Disebabkan tak sabar-sabar nak menyentap di medan selera yang tak ada la sedap pun sampai sanggup tahan nak buang air kecil di ofis.Bila sampai di medan selera baru terhegeh-hegeh nak cari tandas awam yang tak dapat dipertikaikan lagi baunya.

OMG!Oh my god!Ya Allah!Apakah??Macamana boleh keluar darah pula ni?Baby ok ke?Baby sihat kan?Baby nak keluar ke?Memandangkan gaji bulan ni belum pun masuk ke akaun lagi saya mengusap-usap perut memujuk baby supaya bertahan sehingga gaji keluar.Tak tahulah apa motif menunggu gaji keluar.Mungkin saya lupa saya tidak boleh buat apa-apa pun dengan gaji bulan ni memandangkan saya harus berpantang dan tak dibenarkan keluar ke mana-mana mahupun teringin untuk makan apa-apa.Sigh -_-" Terkocoh-kocoh keluar dari bilik air.

"Aisyah..kenapa aku keluar darah?"
Bila ingat balik soalan yang saya ajukan terasa seperti dungunya kau!

"Wei..biar betul!Kau nak beranak dah kot.Jom balik ofis la.Ko pergi cek kat klinik terus"
Memang gelabah betul Puan Aisyah memandangkan dia satu-satunya orang yang harus bertanggungjawab kalau aku terberanak di situ.

"Sabarlah!Aku nak makan dulu.Habis makan kita balik ofis."
Masih sempat makan dalam keadaan tenang sambil berbual-bual tentang pengalaman bersalin masing-masing.Eh eh saya belum lagi..hanya Aisyah yang bercerita.Saya cuma boleh bercerita tentang pengalaman bersalin kawan-kawan lain yang pernah saya dengar sebelum ini ^_^v Terus excited telefon suami.

"Sayang..darah dah keluar lah."
Seperti yang dijangka suami macam cacing kepanasan.Terus telefon adik ipar beliau iaitu adik saya..mak mertua kesayangan untuk datang ke rumah menjenguk saya sementara dia masih di tempat kerja.Memandangkan suami mahu memohon cuti lama jadi beliau cuma akan mula bercuti bila baby confirm nak keluar sahaja.

Kecoh satu ofis saya keluar darah.Bukan banyak manapun cuma sepalit sahaja seperti mula-mula mahu datang period.Masing-masing sudah menghalau saya pulang.Mesti takut saya bersalin di ofis.Siapa pula mahu jadi bidan kan walaupun ramai yang cakap2 ayam volunteer mahu menyambut baby saya amboi..Terus menuju ke rumah ummi.Harus ada yang meneman saya ke klinik.Dibuatnya doktor lelaki yang cek mahu korek-korek pula berapa bukaan memang haru.Bonus bila ayah juga mahu ikut serta menemani saya.Suami sudah berpuluh-puluh kali bertanya khabar baby dan mummy dalam masa 2 jam sahaja.Risaunya lah suami saya

Lega bila doktor cakap darah keluar cuma amaran.Belum nak bersalin lagi walaupun darah tak berhenti-henti keluar.Selagi air ketuban belum keluar dan contraction belum pum mencapai 10 minit sekali maknanya tanda-tanda nak bersalin belum sampai.Mungkin minggu depan baby akan keluar.Macamana rasa contraction pun aku tak dapat bayangkan sebab sampai sekarang aku masih belum rasa sakit lagi.Harap-harap rasa contraction tu tak sedasyat yang digambarkan oleh rakan-rakan seangkatan.Assalamualaikum~


No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers