April 21, 2011

Novel oh Novel

Aku memang suka membaca.Tapi hanya terhad kepada majalah-majalah seperti mingguan wanita, mastika (walaupun orang cakap majalah ni banyak cerita karut tapi aku tetap memuja majalah ni), buku cerita dongeng kanak-kanak dan paling teruja novel lebih-lebih lagi yang berkisar tentang cinta.Hohoi tangkap leleh lah!~Pernah try untuk baca komik-komik jepun seperti Secangkir Teh Karamel..ohh memang romantik.Tapi malangnya minat membaca tu tak pernah dipraktikkan pada buku sejarah, kimia, fizik mahupun buku soal jawab agama =( Agak kecewa dengan diri sendiri.


Baru-baru ni hati melonjak-lonjak nak beli novel baru.Novel-novel yang ada dah diulang baca berkali-kali sampai hilang unsur suspen dan excited untuk tahu kesudahan cerita.Tengah jalan-jalan dalam Wangsa Walk kaki bagai ditarik-tarik untuk melangkah ke kedai buku popular.Teruja tengok buku-buku yang tersusun rapi atas rak pameran.Tanpa berfikir panjang macamana nak survive untuk bulan ni..satu-satu buku dibelek dan ditarik.Dalam masa 10 minit aku dah capai 3 buah novel.Elok terletak dalam gendongan.Ohh tak lupa juga sebuah buku masakan.Ehem ehem first time teringin nak beli buku masakan.Memandangkan usia dah lanjut tapi masih tak reti-reti nak belajar memasak tindakan drastik terpaksa diambil.Tapi nampaknya buku masakan tu hanya menarik untuk dipandang dan dibelek sahaja. ^_^


Excited nak mula baca novel pertama.Cover nampak sangat menarik tak kurang juga dengan rumusan cerita di belakang novel.Baca muka surat pertama masih tersenyum.Teruja.Masuk muka ke dua dahi dah berkerut-kerut.Kenapa banyak sangat typing error.Mungkin editor atau pengarang terlepas pandang.Tak apa lah dimaafkan.Nak terbitkan novel yang beratus-ratus muka surat bukan senang.Sambung balik bacaan.Muka tiga empat lima dan seterusnya typing error makin bertambah.Aku yang membaca pula terpaksa betulkan ayat pengarang supaya sedap didengar.Mata semakin sakit..kepala semakin stress..otak makin penat nak betulkan setiap ayat yang lintang pukang.Apalah nak karang novel ikut dan je..asal siap dah cukup.


Mood nak habiskan satu novel tu dah makin hilang.First time baca novel dalam keadaan stress.Cerita yang cuba disampaikan tak dapat dihayati dengan baik sebab terpaksa memahami ayat yang lintang pukang.Ni kali pertama aku cuba nak baca novel yang bukan dari terbitan alaf 21 dan mungkin jadi kali terakhir.Tak berani nak tanggung risiko dengan menghabiskan duit belanja sebulan untuk membeli buku yang kesudahannya menyakitkan hati dan kepala.Biasanya satu novel bermuka surat 500-600 aku dapat habiskan semalaman tapi kali ni memerlukan 3 hari untuk novel yang tak setebal mana.Hoh!Kepada para pengarang muda di luar sana..keep it up your good work sampai berjaya terbitkan sebuah novel sendiri tapi janganlah sampai pembaca stress dengan hasil karya anda yang tangkap muat je.Kepuasan pembaca juga perlu diambil kira.

1 comment:

  1. Lin, agaknya sbb tu la ramai orang sekarang suka baca blog... kalau blog ni, slanga language & typo dimaafkan... atau hampir x dikisahkan langsung...

    ReplyDelete

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers