April 15, 2011

Special dedicated for my loves

Tengahari tadi tanpa disangka-sangka ada surprise party for me yang di organized oleh kawan-kawan ofis dan dijayakan oleh bos-bos yang sangat baik hati.Tak ketinggalan abang yang sangat sporting dan kawan lama yang sanggup mencuri masa untuk sama-sama hadir dalam big surprise party nie.Thanks to all.Memang sangat-sangat terharu.Kali ni aku nak bagi ucapan personally.

A big thank you to my big boss Encik Hisham dan bos kecik Puan Saida yang sudi menghadirkan diri dan paling penting menjadi sumber kewangan pada hari ini.Terima kasih juga di atas gift yang memang comel dan paling berterima kasih sebab jadi bos-bos yang sangat sporting..baik hati..caring dan tak pernah treat kami macam pekerja bawahan sampai kami rasa kami sedang bekerja di dalam company sendiri.Tak pernah rasa kekurangan atau stress sejak bekerja dengan kalian.Hari-hari pun senang hati nak datang kerja.Kalian berdua memang yang terbaik.

Terima kasih kepada abang Harrizul yang sangat sporting yang selalu menceriakan keadaan bila sesekali datang jenguk kami di sini.Terima kasih juga sebab bersusah payah mencari present yang memang kena dengan selera saya.So nice.Terima kasih yang tak terhingga juga untuk nasi ayam yang membuatkan hidung saya masih terbau-bau aroma yang menyelerakan sampai sekarang.Terima kasih kerana sudi meluangkan masa memeriahkan majlis hari ni dengan usikan-usikan yang membuatkan semua orang tak kering gusi.Terima kasih untuk semuanya.

Terima kasih untuk kak Hajar yang sangat alert dan sentiasa cuba untuk menggembirakan orang sekeliling.Terima kasih kerana menjadi surprise party planner hari ni.Terima kasih juga untuk donut jco yang sangat sedap walaupun akak sendiri tak boleh nak jamah.Terima kasih kerana menjadi tempat untuk saya meluahkan perasaan dan meminta pendapat walaupun kadang-kadang tindakan saya salah.Terima kasih kerana menjadi peneman paling setia.Sayang akak sangat-sangat.

Terima kasih kepada An yang sentiasa mengecohkan suasana dan menjadi adik dan kakak tiri yang terbaik.Terima kasih kerana sangat ringan tulang dan tak lokek memberi tunjuk ajar kepada adik-adik dalam ofis ni.Terima kasih kerana sering memutarkan lagu-lagu nostalgia yang membuatkan kami terbuai dengan kisah cinta di zaman kanak-kanak dan sesekali menjadi penyanyi liar yang bersuara sumbang =) Jangan marah..sayang an.

Terima kasih kepada kak Renu..becoming birthday girl yang sama bulan dengan saya.Terima kasih kerana menjadi peneman saya balik kerja hari-hari.Terima kasih kerana sudi berkongsi cerita dengan saya walaupun kita baru kenal beberapa bulan.Terima kasih di atas kepercayaan yang diberi.Love you.

Terima kasih tak terhingga juga kepada lelaki-lelaki gagah dan prihatin Ulum, Etek dan Syafiq yang sudi bersusah payah merempit ke sana sini semata-mata untuk memenuhi nafsu makan kami.Terima kasih juga sebab selama ni tak pernah merungut dengan tugas yang diberi walaupun kadang-kadang tugasan yang diberikan last minute dan dengan arahan yang menyakitkan hati.Thank you so much.

Walaupun ucapan di atas berbaur bodekan dan ampuan yang melampau tapi semua ni datang dari hati yang ikhlas yang tersangat happy diberi kesempatan untuk berada di dalam keluarga yang besar ni.This is my big family and this is my love.Love u all~

1 comment:

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers