September 17, 2011

Sila buat list-to-do

Selalunya aku akan buat list ini untuk kerja-kerja di ofis sahaja.Kerja memang tak pernah surut dan sentiasa ada hari-hari tapi aku seorang sahaja yang bekerja.Jadi setiap hari aku terpaksa menyenaraikan apa tugasan yang perlu aku buat untuk keesokan harinya.

Khamis malam Emi (bff sewaktu di ofis lama) dan suami datang menziarah aku.Kami bersembang rancak dan terbukalah perihal pernikahan aku yang cuma tinggal 4 bulan sahaja lagi.

"Kau dah siap ke semua persiapan nak nikah?"

Aku dengan confidentnya menjawab.

"Dah.Dewan dah book.Andaman dengan  photographer pun dah book.Katering pun dah book".

"Oooo semua benda-benda besar dah booklah ya?Ok lah macam tu tak kelam kabut"

"Tapi baju nikah aku tak tempah lagi.Kad tak buat lagi.Ingat nak buat barang hantaran sendiri tapi memang tak buat apa-apa lagi.Souvenir pun tak cari lagi sebab lama lagi kan".

"Cik kak ooiii...4 bulan tu tak lama dah.Kau tak buat apa-apa lagi memang menggelupur lah kau last-last minit nanti.Kad bukan boleh siap on the spot.Kau nak agihkan lagi.Baju nikah ambil masa nak jahit.Dah siap jahit nak kena alter selalu takut tak fit.kalau ada yang tak kena macamana?Hantaran nak buat sendiri benda tu pun take time.Kau ingat boleh siap sehari dua???"

Belum sempat aku menjawab suami Emi pula mencelah.


"Ujian HIV dah buat?Kursus kahwin dah pergi?Borang nikah dah isi?Tok kadi dah booking?"

Geleng dengan lajunya.Emi dan suami mula membeliakkan biji mata.Bagus.Perancangan yang rapi tapi masih banyak yang tak tahu.Ujian HIV perlu buat appointment dulu di mana-mana klinik kesihatan.Dua bulan kemudian baru akan dipanggil.Kalau bernasib baik sebulan sudah boleh mulakan pemeriksaan.Keputusan pula akan dikeluarkan sebulan kemudian.Tanpa ujian HIV pernikahan tidak boleh dilangsungkan.Rasa mahu menangis menitik-nitik.Tinggal lagi empat bulan dan pelu ambil masa tiga bulan untuk ujian HIV.Great!

Kalau tok kadi sibuk masa aku nak menikah nanti siapa pula yang akan ganti tempat tok kadi?Fikir-fikir.Borang nikah pula perlu ambil di mana?Arghh banyaknya lagi yang tak setel.Ingatkan masih ada masa yang panjang boleh menghabiskan masa-masa bujang bersama kawan-kawan.Tapi empat bulan itu sangat singkat untuk bakal pengantin macam aku T_T.Perlu guide dari orang yang berpengalaman.Kalau salah tolong tunjukkan~

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers