Akibat dari kemalangan ngeri yang berlaku pada 17 September lepas aku menjadi semakin berhati-hati dan semakin lembab juga.Meter minyak tidak akan lebih dari 100km/j.Jarang sekali mencecah ke angka 100.Aku akan pastikan jarum meter sentiasa berada di tahap 80 @ 90km/j.Bila berada dalam keadaan yang kurang baik seperti hujan lebat mahupun cuaca mendung aku sudah mula mengurangkan lagi pedal minyak ke 40 @ 60km/j walhal awan mendung disebabkan jerebu yang semakin menjadi-jadi.
Berada di tengah highway akan membuatkan aku sentiasa terbayang kemalangan ngeri yang sudah berlaku.Setiap kali tayar kereta melanggar lopak atau lubang-lubang kecil aku sudah mula berdebar-debar.Degupan jantung mula menggila.Aku tidak lagi berada di lane paling kanan macam kebiasaannya tetapi cuma menggerakkan kenderaan di laluan tengah atau kiri.Lebih selamat sentiasa berada di laluan kiri.
Setiap pergerakan seperti keluar simpang, masuk simpang, menukar lane dilakukan secara berhati-hati atau lebih dikenali sebagai terhegeh-hegeh.Kalau dahulu bila aku melihat kereta hadapan mahu keluar simpang tetapi menunggu semua kenderaan di jalan besar clear aku sudah mula menceceh di dalam kereta.Sekarang benda yang sama berlaku kepada aku.Dahulu perkataan yang keluar dari mulut bila kereta hadapan seakan teragak-agak untuk menukar lane dan bergerak seperti mahu makan angin aku akan memintas dan berkata "perempuan.patutlah" atau "pakcik rupanya.pakcik nak bersiar-siar ke".Sekarang pastinya kereta di belakang aku pula akan berkata demikian.Ahh bencinya bila pemandu lain menggelarkan diri ini sebagai "perempuan" bila memandu.
Apa boleh buat.Tidak mahu pisang berbuah dua kali.Lebih baik terhegeh-hegeh dari meremukkan kereta lagi.Setiap kali buka facebook akan terlihat gambar kereta Encik Tunang yang remuk dikerjakan oleh aku.Remuk redamnya hati ini bila melihat gambar tersebut.Maka niat untuk meneruskan sembang laman sosial dibatalkan.Terus sahaja sign out dan menyambung kerja seperti biasa.Ada baiknya juga gambar tersebut ditag kepada aku dan ada bagusnya juga setting gambar ditukar supaya lebih jelas besar dan terang.Semakin excellent lah kerja-kerja aku kali ini -_-'
No comments:
Post a Comment