September 16, 2011

Bergurau atau serius?

Bila ke pasar terserempak dengan jiran sebelah rumah sedang memilih buah-buahan.Datang ummi lalu bertanya "beli buah ke?".Makcik sebelah pun menjawab dengan jujurnya "haah nak beli buah ni".Dan aku pula teringat kata-kata nabil dalam raja lawak episod yang entah ke berapa.Dalam hati dah mula mengomel sendiri "memang makcik tu tengah pegang buah takkan makcik tu nak beli basikal kot"
Itu ummi.Aku sendiri pun bila terjumpa anak jiran dalam lif sambil menunggu lif sampai ke tingkat 16 still akan bertanya "baru balik kerja ke?".Memang sahlah orang tu berkemeja dan bertie siap ada pass pejabat lagi tergantung di leher.Takkan baru balik pasar kan?Tapi itulah sebenarnya cara kita orang Malaysia berbudi bahasa.

Hari Khamis yang lepas aku gagahkan diri juga untuk mengecat luar rumah yang dah mula menunjukkan tanda-tanda kehijauan di sekitar dinding.Tengah mengecat datang seorang nenek.Nenek ini dulunya pernah datang mengurut ummi yang sakit-sakit badan dan juga memberi air penawar kepada adik bongsu aku.Air penawar yang mahal dan tak berkesan.Memanglah tak berkesan kalau hanya mengharapkan air penawar tanpa berdoa dan berusaha.Air penawar pun dibuat oleh manusia sendiri.Tapi bukan perihal air penawar atau mengurut.

Aku nampak nenek yang dipanggil Nek Nah itu menuju ke rumah aku.Lagi beberapa jengkal Nek Nah pun menegur aku dengan selambernya."Tengah buat apa tu nak?Tengah buat kuih ke?".Dan aku yang ketika itu sedang mencangkung sambil menenyeh roller cat ke dinding serba salah untuk menjawab.Tak pasti samada Nek Nah berlawak atau memang betul-betul bertanya.Adakah aku nampak seperti sedang membuat kuih di luar rumah sambil mencangkung dan tiada sebarang peralatan memasak?Ini baru kena dengan lawak Nabil yang aku selalu ingat bila menegur seseorang.Ketawa terpaksa ditahan dan kepala terpaksa dianggukkan dengan lajunya.Tak mahu mendengar soalan yang bukan-bukan lagi terkeluar dari mulut Nek Nah.

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers