September 3, 2011

Baju oh Baju

Seperti tahun-tahun yang sudah aku akan menempah 4-5 pasang pasang baju sekaligus.Bukan nak nampak hebat di hari raya memandangkan amalan pun segan-segan nak muncul time bulan Ramadhan kan cuma aku bukan kaki shopping.Jadi time raya ini lah jadi pilihan untuk aku memuaskan nafsu yang terpendam selama setahun.Heh kau memang bernafsu sentiasa lah~

Hari raya 2008 aku menempah 2 pasang baju dengan makcik tukang jahit bawah rumah.Sepasang kebaya dan sepasang kurung pahang.Tayang-tayang depan mata perfect!Try sarung di badan.Kenapa aku nampak macam nenek si bongkok tiga?Belahan depan baju tak centre.Setiap kali nak pakai baju itu aku terpaksa tarik dan pegang belahan depan baju supaya nampak centre.Orang lain riang gembira berjalan sambil berpegang tangan aku pula terpaksa berjalan dengan sopan sambil memegang butang baju!Baju kurung pahang pula boleh muat seorang lagi.Agaknya makcik ni ambil ukuran badan sendiri.Memanglah kata orang ukur baju di badan sendiri tapi kalau dah kain aku yang beli kenapa nak kena ukur badan makcik pula?

Tahun seterusnya aku menempah 2 pasang baju dengan tukang jahit di Terengganu.Terpengaruh dengan harga yang berkali-kali ganda murah dari KL.Dan tukang jahit kali ini direkomen oleh makcik aku sendiri.Malam raya baju masih belum siap dijahit.Sehingga pagi raya aku masih berbaju tidur.Sebelum ahli keluarga yang lain selesai solat raya aku bertemankan akmal pergi ke rumah makcik tukang jahit.Great!Makcik tukang jahit tengah menyiapkan kain baju kebaya aku.Dan aku tak bawa sepasang pun baju kurung spare untuk dipakai disebabkan level confident yang tinggi baju raya aku akan siap sebelum aku sampai ke kampung.Pagi itu aku tak beraya ke mana-mana.Hanya duduk di rumah menunggu baju raya yang belum siap dijahit.Hampir petang makcik tukang jahit datang menghantar baju sekali dengan butang baju untuk dijahit sendiri.Hebatlah makcik ni~

Tidak mahu perkara yang sama berulang aku membeli baju raya yang sudah siap dijahit di jalan tar pada tahun lepas.Aku membeli 3 pasang baju raya dengan harga RM500.Memang cepat pantas puas hati tapi dengan budget sebanyak itu untuk hanya 3 pasang baju tak berbaloi rasanya melainkan ada hati-hati yang penyayang dan pemurah nak sponsor.Jadi tahun ini aku kembali menempah kain pasang.5 pasang dihantar ke rumah makcik jahit kegemaran ummi.Sebenarnya makcik jahit sebelah rumah makcik jahit ummi.Memandangkan makcik jahit ummi tidak menerima tempahan selain dari baju kurung dan aku pula terkinja-kinja nak mengenakan baju fesyen tahun ini jadi terpaksa dihantar kepada jiran sebelah makcik jahit ummi.5 pasang dikembalikan semula dan cuma sepasang baju akmal sahaja yang sempat disiapkan.Heh nasiblah~Excited buka plastik dengan senyuman.Aik!Kenapa baju akmal jadi baju aku?Makcik ni memang ikut suka dia nak pilih-pilih baju orang.Terlajak perahu boleh diundur terlajak tempahan hati lah merana.

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers