Aku mengambil keputusan untuk berehat sahaja di rumah sehingga keadaan betul-betul pulih.Tengkuk yang bengkak dan tegang tak membenarkan aku bergerak ke mana-mana.Badan juga masih lebam-lebam.Kaki masih tidak mampu untuk menekan clutch kereta.Jadi dalam keadaan diri yang masih tidak mampu untuk berbuat apa-apa aku hanya bekerja dari rumah.
Alhamdulillah aku mempunyai seorang bos yang sangat memahami dan boleh bertolak ansur.Aku diberikan kebenaran untuk berehat sehingga sembuh.Hari pertama berehat di rumah sudah mula risaukan keadaan ofis.Bila hampir kesemua client adalah orang Iran aku tak boleh nak bersenang lenang sahaja.Pasti akan ada kerenah yang menyakitkan hati.Terasa mahu pergi ke ofis pagi esok untuk selesaikan segala kerja yang tertangguh tapi bolehkah berjalan dengan keadaan macam robot ini?
Banyak arahan yang diterima melalui email.Dan aku masih tidak mempunyai pembantu untuk menguruskan hal di ofis sementara aku sedang bercuti.Hanya mengharapkan budi baik budak despatch untuk membuat kerja-kerja yang kecil.Susahnya bila semua tanggungjawab terletak di bahu ini.Celik mata ingat kerja tengah makan ingat kerja nak masuk tidur pun masih ingatkan kerja.Hati tak senang selagi tidak berada di ofis.
No comments:
Post a Comment