September 11, 2011

Tragedi Highway Guthrie KM11.8

Semalam aku dah janji dengan kakak angkat kesayangan, Kak Sofiah untuk pergi beraya di rumah bekas bos kak Sofiah iaitu pakcik aku.Yee kak Su bekerja dengan pakcik aku dulu.Sebab tu lah kami rapat lepas masing-masing dah belajar di IPT padahal masa sekolah menengah dulu stok pandang-pandang jeling-jeling saja.

Dari KL kami bergerak dua buah kereta.Kak Su dan suami serta Fayyadh yang comel bergerak satu kereta dan aku dengan akmal dalam satu kereta yang lain.Disebabkan kelewatan aku keluar rumah jadi kami berjanji untuk berjumpa di rumah pakcik aku saja.Lepas makan dan solat kak Su satu family bergerak dulu.Aku dan akmal cuba menghabiskan nugget yang ditinggalkan kak Su.Thehe peluang keemasan.Depan orang perlu lah sorok sikit perangai gelojoh.Jam 3.30 hujan renyai-renyai mula turun dengan lebatnya.Tapi aku dan akmal terpaksa juga meredah hujan lebat untuk pergi ke destinasi seterusnya.Hari sabtu memang penuh dengan aktiviti mengumpul lemak.Jadi untuk tidak menghampakan semua orang aku perlu bijak mengatur jadual perjalanan.Boleh lah rasa macam-macam menu~Weeeee

Disebabkan aku adalah seorang yang buta jalan jadi pakcik Sham bekalkan kami dengan GPS sebagai petunjuk arah kami.Dari Sungai Buloh bergerak ke rumah acik di Putrajaya.GPS ni memang membantu terutama untuk orang-orang yang sentiasa menggagau bila nak ke mana-mana macam aku lah kan.Pemanduan berjalan dengan lancar sehingga lah selepas tol pertama highway guhtrie dari Sungai Buloh.Jalan basah sebab baru lepas hujan dan aku dah bercita-cita untuk ke lane tengah selepas memotong kereta Avanza biru yang berada di depan.Tapi nasib tak menyebelahi aku.

Tengah concentrate memandu dengan kedua-dua belah tangan kejap di stereng tiba-tiba aku terasa tayar kereta lari dari landasan.Ke kiri dan ke kanan dengan lajunya.Aku yang mula panik cuba untuk mengawal stereng tapi tak berjaya.Elok saja stereng dipulas ke kiri jalan kereta mula berpusing dan meluncur laju sehingga pintu belah pemandu merempuh divider lane kiri.Kereta terpelanting ke tengah jalan dan berpusing-pusing dengan laju beberapa kali dan bontot kereta merempuh divider lagi dengan kuatnya.Bonet kereta mula terbuka dan segala barang-barang yang ada dah tercampak ke tengah jalan.Component dan aksesori kereta tercabut dan berterabur satu-satu di tengah highway.Dada aku terhentak ke stereng dan terhenyak kembali ke seat.Aku dapat rasakan leher aku dah mula tergeliat akibat hentakan kuat tersebut dan tangan sudah terlepas dari memegang stereng kereta.Akmal pula saat itu sudah tercampak ke seat belakang dan kami kembali berpusing di tengah highway.Saat itu aku sudah tidak mampu untuk berbuat apa-apa melainkan pasrah sahaja walau ke mana kereta itu membawa kami.Akhirnya selepas beberapa kali berpusing dan terhentak ke divider kereta kembali melantun ke lane kanan dan berhenti.

Saat itu hanya air mata dan kesyukuran saja dipanjatkan bila kami berdua tiada kecederaan parah.Aku menangis semahu-mahunya.Menyesal dan bersyukur kerana Allah masih melindungi kami adik-beradik.Orang ramai mula mengerumuni kami.Masih ada lagi lelaki-lelaki yang tiada perhubungan darah baik hati membantu kami.Mereka menjaga lane jalan supaya tiada kereta laju yang merempuh kami memandangkan kereta kami melintang di lane kanan.Benda pertama yang aku fikir cumalah telefon dan orang pertama yang terlintas adalah encik tunang memandangkan kereta tersebut adalah kereta encik tunang.Akmal pula sibuk mencari GPS yang dipinjam dari pakcik Sham.Encik Tunang dapat dihubungi.Seterusnya aku mendail no ayah dan juga pakcik Sham untuk datang membantu.Pertama kali terlibat dengan kemalangan ngeri.Panik dan tak tahu apa yang perlu dibuat.Aku tak segagah akmal bila akmal mula turun dari kereta dan mengutip barang-barang yang berterabur di tepi jalan dan aku pula hanya mampu menangis di dalam kereta.Tapi tangan masih juga sibuk mengutip barang-barang berharga yang sudah berterabur dari dalam beg.Beberapa minit kemudian baru semangat aku pulih untuk bergerak ke luar kereta.

Kami diarahkan untuk duduk di dalam kereta peronda highway.Akmal sudah mula menunjukkan kesakitan akibat hentakan-hentakan kuat dan aku masih kuat untuk berjalan sendiri.Selang beberapa minit kemudian pakcik Sham datang untuk membantu.Kami duduk berteleku di dalam kereta pakcik Sham.Ambulans datang untuk membawa kami ke Hospital Sungai Buloh.Akmal dibawa masuk ke bilik pemerhatian di wad kecemasan separa kritikal dan aku masih mampu menungg nombor giliran di wad yang sama.Alhamdulillah tiada apa yang patah melainkan lebam-lebam dan bengkak-bengkak di badan.Pukul 11.30 malam kami bergerak keluar dari hospital.Dan hari ini aku yang gagah semalam mula merasakan kesakitan di seluruh badan.Sudah tak mampu bergerak seperti biasa.

Syukur Ya Allah.Hanya kesakitan yang tak seberapa ini Kau turunkan kepada kami.Kau masih melindungi Kami walau Kami sering lalai mengingatiMu.Aku mula jadikan apa yang berlaku ini sebagai peringatan kecil dari Allah untuk Kami yang selalu melupakanNya.Terima kasih Ya Allah untuk kesempatan yang tak terhingga ini~

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers